CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
Post time 18-12-2014 08:20 AM | Show all posts
Hai cik.nana.. baru menjenguk balik benang cik.nana.. xmenghampakan.. baca sambil dada debor2 gituu.. cuma citer kat hotel p tu je gelak2 sikit.. selalu jg acik g hotel p tu kalo balik kg husband.. tp g makan aje .. huhu..xtaw lak keras naw tmpt nye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 11:34 AM | Show all posts
halimi78 posted on 17-12-2014 05:24 PM
@BabeYSHa mohtip komen kecik2 gitu... kasik tred baru satup plissss...

hikhik.. Bia laa.. biar abe halimi tenung sket apabenda haku taip.. hihi..

thread baru apa jah abe?

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 01:56 PM | Show all posts
Merempit 2 hari nk habeskan baca kisah cik nana ni..ade cite lagi tak???

Yang kat Uitm Jengka tu betui ka ade cik pon jln menunduk tu???

Hari selasa ngn rabu cik balik lepas magrib lalu depan uitm...seriau nih...sekarang kat simpang Uitm tu dah ade traffic light.kalu tgh merah kat ctu teringat cite cik nana...huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2014 04:05 PM | Show all posts
Yang mengikuti thread ni dari awal dah tau yg adik cik.nana, Acik sudah 2 kali kerasukan. Sedikit info tentang Acik -- bulan Februari tahun ni, Acik dah bernikah. Bulan 5 disahkan mengandung dan kemudian bulan 8, Acik keguguran. Semalam Acik mengadu yg dia selalu ternampak kelibat berupa kain putih dalam rumah.

Suami Acik pulak terdengar suara orang perempuan ketawa kecil kat dapur. Sama jugak adik ipar Acik terdengar benda yg sama. Kata Acik lagi, setiap kali dia bangun tidur dia mesti akan nampak lembaga hitam di sudut bilik tidur. Tapi Acik kata dia tak takut pun. Cuma macam mengganggu dia.

Mama pulak cakap dia selalu mimpi ular hitam datang kat dia. Terfikir jugak cik.nana, semua ni kebetulan atau ada yg tak puas hati?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 05:05 PM | Show all posts
cik.nana posted on 18-12-2014 04:05 PM
Yang mengikuti thread ni dari awal dah tau yg adik cik.nana, Acik sudah 2 kali kerasukan. Sedikit in ...

Salam takziah utk acik...sian dia

Kena berubat kot si acik tu, mgkin ada yg mengekornya, tambahan pulak badan dia dah ada laluan (org kata pernah ada yg singgah dlm badan)
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
BabeYSHa posted on 18-12-2014 11:34 AM
hikhik.. Bia laa.. biar abe halimi tenung sket apabenda haku taip.. hihi..

thread b ...

bkn ritu kata bicha nk kasik tred satup ka? hmmm... sula lupa ka?



*iols kat kg.. x bestnya pakai fon...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2014 03:33 PM | Show all posts
hebat penceritaan cik nana.
malam tadi terjaga pukul 3.30pagi.. sudahnya, aku tak boleh tido lepas tu dok teringat cerita cikton.
memang melekat lah cerita cik nana ni.



selalu ak memang tak penah tutup tingkap kalu tido malam, biar jaring nyamuk je tutup kat tinkap.
patutler nenek ak sebelum senja dah beriya suruh tutup. agaknya, kes-kes begini lah yer..

mohon jauhkan ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 11:13 AM | Show all posts
Kisah 15 - Jadi Mangsa Lagi

Hampir sebulan kami bernikah. Dalam tempoh sebulan tu jugak semacam ada rasa tak aman dan tenteram dalam hati. Pantang suami tegur sikit, aku mula nak menyinga. Balik kampung suami, aku berkurung je dalam bilik. Tak bertegur sapa dengan mertua dan ipar aku. Suami aku sabar je, layan kerenah aku yg macam budak tengah hormon menggila. Aku balik kerja, aku terus masuk tidur. Sembang pun ala kadar je dengan suami aku. Sampai suami aku sendiri pernah tanya, aku ada masalah ke. Aku tak tau macam mana nak cakap sebenarnya. Bila aku ada dengan dia, kepala otak aku jadi berserabut. Jadi jiwa kacau.

Aku bukannya kena kahwin paksa ke apa pun. Kahwin atas dasar suka sama suka. Sebelum kahwin ok je. Dah kahwin je perasaan aku jadi tak menentu. Aku selalu marah-marah. Kena usik sikit je, terus aku naik angin. Kadang-kadang, bila nak tidur, aku kunci pintu bilik, tak bagi suami aku masuk. Lepas tu aku menangis sorang-sorang. Betul-betul macam orang sakit jiwa dah. Pernah sekali, suami aku ajak solat Maghrib berjemaah, aku cakap aku penat. Aku pun suruh dia solat dulu. Dia cakap dia tunggu aku. Terus aku mengamuk hentak-hentak kaki, hempas pintu semua. Aku marah dia, aku cakap dia tak paham bahasa aku penat.

Jauh dalam hati aku, aku sedar apa yg aku buat semua tak betul. Gila kurang ajar aku dengan suami sendiri. Tapi aku macam tak boleh nak kawal diri sendiri. Kat tempat kerja aku ok je. Suami mesej, call semua aku layankan dengan baik. Cuma bila dia depan mata, aku jadi hangin semacam. Kesian suami aku. Nak bermanja pun aku buat acuh tak acuh je. Tapi dia tetap sabar je dengan perangai aku. Cakap dia masih lembut, takde tinggi suara walaupun aku tinggi suara.

Sampailah ada satu malam ni, aku tak boleh nak tidur. Aku rasa tak sedap badan. Sejak dua minggu lalu, aku makan apa-apa pun aku muntah. Semuanya tak kena pada selera aku. Kalau makan nasik pun, aku makan suku pinggan je. Lepas tu dah tak lalu. Kadang aku jadi loya dan muntah. Tapi sekali tu, balik kampung suami, mak mertua aku buat kerabu mangga, 2 pinggan nasik aku tibai. Aku makan lauk tu je. Suami aku dah saspek aku mengandung. Tambah pulak period dah lewat. Aku tak komen apa pun.

Malam tu, aku tengok TV sampai pukul 2 pagi. Masa tengah tengok TV, aku macam nampak ada bayang orang berdiri belakang aku kat TV. Bila aku toleh, takde apa. Suami aku dah tidur dah masa ni. Lepas tu, aku baring dan aku terlelap. Masa terlelap ni lah aku mimpi. Dalam mimpi tu, aku dan suami macam tengah makan angin kat tempat yg macam kat Cameron Highlands. Suami aku tengah dukung sorang baby yg comel sangat. Baby lelaki tak silap aku. Aku dapat rasa dalam mimpi tu yg baby tu anak aku. Masa tu kami berjalan-jalan kat tepi lereng bukit, macam ladang teh macam tu.

Tengah kami berjalan-jalan sambil bergurau senda, tiba-tiba muncul seekor makhluk yg sangatla huduh depan kami. Makhluk tu terus ambil baby dari suami aku dan dia campak baby ke bawah lereng bukit. Aku menjerit dan terus sedar. Bila aku sedar tu, aku rasa berdebar-debar dan takut sangat. Perut aku mula rasa sakit. Masa tu aku mengiring ke kanan. Lepas tu aku perasan, makhluk yg aku nampak dalam mimpi tu tengah duduk bertinggung depan aku. Lidah aku terus kelu. Aku nak menjerit tapi macam tak terkeluar suara aku. Aku nak bangun, tapi rasa tak terdaya. Perlahan-lahan, aku pusingkan badan aku ke kiri. Niat aku nak cuba bangun dan duduk.

Aku pusing je ke kiri, makhluk tu dah ada kat situ. Masih lagi duduk bertinggung. Ya Allah... aku dah start menangis. Aku cuba pusing sekali lagi. Kali ni aku dalam keadaan terlentang. Dan tiba-tiba, makhluk tu ada atas dada aku sambil duduk bertinggung. Langsung aku tak boleh bergerak. Air mata je mengalir laju. Makhluk tu tengok je aku. Aku dok berdoa macam-macam dalam hati sambil dok minta suami aku sedar. Pintu bilik pulak bertutup. Aku rasa macam putus harapan dah. Tapi mungkin Allah, dengar doa aku. Aku nampak pintu bilik terbukak dan suami aku keluar. Aku masih tak boleh nak panggil dia. Suami aku datang dekat dan pegang tangan aku.

"Sayang..." suami aku panggil. Terus badan aku yg keras kejung boleh bergerak. Aku bingkas bangun dan peluk suami aku sambil menangis teresak-esak. Suami aku dah pelik dan risau kenapa aku tiba-tiba jadi camtu. Berulang-kali dia panggil aku, aku cuma geleng-geleng kepala sambil terus menangis. Suami aku angkat aku masuk dalam bilik, cuba pujuk aku. Bila dah reda sikit menangis, aku pun cerita kat suami aku yg ada makhluk duduk atas dada aku. Aku tak ceritakan langsung pasal mimpi aku. Suami aku suruh aku mengucap dan selawat banyak-banyak. Tapi aku menangis je.

Kemudian, suami aku ambil wuduk dan mula baca ayat-ayat Quran sampailah aku tertidur dengan sedu-sedan aku. Suami aku tak tidur langsung sampailah azan Subuh berkumandang. Subuh tu, dia kejut aku dan ajak solat sekali. Bila aku masuk bilik air, ada darah keluar. Aku anggap je aku dah period masa tu. Bila aku bagitau suami aku, dia terdiam. Aku dapat rasakan, dia semacam sedih je bila aku kata aku period. Yelah, sebab dia dah jangka aku dah pregnant masa tu. Aku pun ada rasa kecewa dan sedih. Tapi aku tak pikir apa-apa sangat pun. Dan badan aku dah mula rasa dedar nak demam.

=======================

Rasa macam emosi je bila ingat balik kisah ni. Ada kerja sikit. Nanti cik.nana sambung ye...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 11:29 AM | Show all posts
sedih terasa bila baca ..part yg suami nana terdiamm
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram seh yg gangguan dalam hotel tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 02:27 PM | Show all posts
=====================
Lepas Subuh tu, badan aku dah panas. Demam. Siap muntah semua. Suami aku bagi roti makan, aku muntahkan balik. Dia buatkan milo pun aku muntahkan balik. Sudahnya aku minum air je. Darah period keluar banyak. Ketul-ketul warna hitam. Aku sakit perut macam senggugut sampai mengerekot atas katil. Sampai pucat muka aku menahan sakit. Suami aku nak bagitau Mama, tapi aku tak bagi. Aku tak nak Mama risau. Diam-diam, suami aku call kawan dia yg boleh merawat. Seharian aku terlantar atas katil, tak larat nak bangun buat apa pun. Bila tidur, aku mimpi yg bukan-bukan. Mimpi ada tangan berbulu tarik tangan aku. Mimpi ada lembaga hitam kejar aku. Macam-macam, sampai suami kata aku tersentak-sentak bila tidur.

Lepas Maghrib tu, kawan suami aku sampai. Aku dah betul-betul tak larat masa ni. Lembik dah sebab tak makan apa, minum air je. Dengan badan panas. Suami aku dah bawak gi klinik, doktor kata demam biasa je. Macam biasalah, dia bagi paracetamol, antibiotik ngan ubat tahan muntah je. Aku dah makan pun, takde apa-apa effect. Badan panas sampai berair-air mata. Kawan suami aku minta air sebaldi dan suruh aku duduk depan dia. Aku pun duduk la bersila depan dia dengan suami aku kat sebelah.

Kawan suami aku mulalah baca ayat-ayat yg patut. Dia baca jelas dan terang. Ayat apa yg aku tahu, aku ikut sekali. Tengah-tengah dia dok baca tu, aku rasa kemarahan meruap-ruap dalam hati. Aku rasa nak mengamuk. Sampai menggigil-gigil tangan aku. Aku pegang kaki aku. Sejuk. Sampai biru jari kaki aku dia punya sejuk. Aku dah rasa lain macam. Terus aku tarik tangan suami, aku genggam jari dia, aku bisik "Abang, jaga-jaga..." Dengar je aku cakap macam tu, suami aku peluk bahu aku dengan kemas. Tak kasar, cuma kemas. Nafas aku start turun naik dengan laju. Kawan suami aku cuma perhati je aku.

Sampai satu masa tu, aku tenung je kawan suami aku. Satu badan aku dah start menggigil. Suami aku kemaskan lagi pegangan dia. Aku mendengus kasar. Aku sedar aku mendengus tapi aku tak boleh nak kawal. Kawan suami aku pandang aku dan sambung bacaan dia. Aku tolak tangan suami aku, kaki aku automatik menjulur keluar, nak tendang baldi air. Mujur kawan suami aku macam dah jangka apa aku nak buat, dia pegang baldi air tu. Kawan suami aku hentikan bacaan dia.

Kawan: Ni awat ni?
Suami: Tak tau. Dia dah bagi warning kat aku tadi, suruh jaga-jaga.
Kawan: Panggil nama dia.
Suami: Nana...
Aku: DIAMLAH!

Suara aku keluar kasar. Memang suara aku, tapi kasar. Aku tolak lagi tangan suami aku. Dia tak lepas bahu aku. Aku mendengus-dengus kuat, meronta-ronta.

Kawan: Hang pegang dulu, bagi aku habih baca.
Suami: Ok, ok.

Kawan suami aku sambung bacaan dia. Aku laga-lagakan gigi atas dengan bawah sambil tutup telinga. Masa tu diri aku sendiri cuba lawan rasa nak mengamuk tu. Aku pandang suami aku, cuba cari kekuatan diri. Tapi tangan aku mencakar-cakar pergelangan lengan suami. Makin lama makin kuat aku meronta. Suami aku terpaksa peluk dari belakang. Kaki dia diletakkan atas kaki aku. Aku marah. Keluar bunyi macam anjing bila marah. Aku cuba hantukkan kepala aku ke dagu suami aku, tapi suami aku macam dah kunci pergerakan aku. Kawan suami aku dah selesai bacaan. Air di dalam baldi dikacau dengan jari telunjuk sambil dia tengok aku.

Kawan: Hang pegang kuat.

Dia pesan pada suami. Dia ambil sedikit air dalam baldi dan direnjis ke muka aku. Aku menjerit sekuat-kuat hati. Melolong sambil meronta-ronta. Aku sedar semua yg aku buat, tapi macam aku kata, aku tak boleh nak kawal. Macam badan aku, bukan aku yg punya. Punyalah kuat aku menjerit sampai orang-orang surau berlari datang ke rumah. Sampai jiran tetangga jenguk kepala ke luar. Bila orang-orang surau datang, aku diam. Aku berhenti meronta.

Kawan: Takpa, lepas dulu. Bukan dia boleh nak pi mana.

Suami aku pun lepaskan aku. Aku duduk je diam-diam tak bergerak walaupun mata aku meliar. Suami aku pergi berjumpa dengan orang-orang yg datang ke rumah, jelaskan pada mereka yg kami dalam proses merawat. Orang-orang surau tanya samada suami aku perlukan pertolongan dan kawan suami aku kata insya Allah dia boleh handle. Walaupun diorang dok sembang kat pintu pagar, dan aku kat dalam rumah, aku dapat dengar dengan jelas butir-butir perbualan diorang. Aku siap cam lagi itu suara siapa, ini suara siapa. Padahal nak ikutkan kebiasaan, orang bagi salam kat luar pun jarang la kami dengar dari dalam rumah.

Beberapa minit kemudian, suami aku dan kawan dia masuk semula ke dalam rumah. Aku ketawa tak semena-mena. Pada aku, bunyi ketawa aku macam bunyi ketawa nenek kebayan yg biasa dok dengar dalam TV tu. Aku jadi takut sendiri bila dengar diri aku ketawa macam tu.

Kawan: Hang menganjing aku nooo...

Kawan suami duduk bersila di hadapan aku yg terbaring di atas lantai. Aku gelak lagi. Kawan suami aku ambil air dari dalam baldi dan sekali lagi, air itu direnjis ke muka aku. Sekali lagi aku menjerit terpekik terlolong. Kawan suami mula membaca ayat-ayat amalannya. Aku menggelupur di atas lantai. Aku bangun duduk, cuba nak lari. Suami aku terus pegang aku. Aku melawan. Aku sepak suami aku, cakar tangan dia, siap cuba nak gigit lagi tangan dia. Tapi suami aku pandai sikit la. Dia pusingkan badan aku bagi meniarap dan tekan lutut dia atas badan aku dengan tangan aku dikilas ke belakang. Tinggal kaki aku je dok meronta-ronta.

Kawan suami aku minta izin dengan suami aku nak pegang kaki aku. Dia pegang je kaki aku, aku tendang. Kena kat muka dia. Aku gelak puas hati. Kawan suami aku sikit tak heran. Dia pegang kedua belah kaki aku kemas. Kemudian dia picit ibu jari kaki aku sebelah kanan. Aku meraung.

Kawan: Hang nak keluaq dak?
Aku: *meraung*
Kawan: Hang nak keluaq ka dak ni?
Aku: *diam*
Kawan: Aku tanya last ni, hang nak keluaq dak???
Aku: Tak mau! Tak mau! Tak mau!
Kawan: Pasaipa hang tak mau keluaq?
Aku: Aku suka dia. Aku nak jaga dia.
Kawan: Tak payah hang dok sibuk nak jaga dia. Allah ada nak jaga dia.
Aku: Aku suka dia. Aku nak dia.
Kawan: Tak boleh! La ni hang habaq, hang nak keluaq ka, nak aku bunuh hang?
Aku: *diam*
Kawan: Amboi, ketegaq sungguh hang ni!

===============================



Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama tunggu nana update citer......ari ni br ada

Kesian cik nana adik beradik....
Awal perkahwinan asik la diganggu makhluk tak bertauliah tu
Kalau jasad nye nampk oleh mata kasar bole le kot nk debik kalo sakit ati..
Ni tak nmpk dek mata kasar
Hanye kekuatan iman je dpt mengatasi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 06:27 PM | Show all posts
=================
Ibu jari aku ditekan lagi. Aku menjerit sambil cuba menendang tangan kawan suami aku tu. Dalam dok menggelupur, meronta tu, badan aku dah beralih kedudukan ke terlentang. Masa ni aku pun nampak muka suami aku. Aku nampak mata dia berair. Suami aku menangis. Dalam hati aku punyalah sebak tengok suami aku macam tu dengan dok pegang aku yg bergelut tak sudah sambil dok menjerit. Aku cuba lawan apa yg ada dalam diri aku. Aku rasa aku 'menang' sekejap sebab aku sempat pegang tangan suami aku sambil panggil dia dengan suara yg amat lemah. Tak sampai 10 saat pun, aku mengganas balik. Suami aku terpaksa pegang aku kuat-kuat. Aku dengar suara aku maki-maki suami aku.

Kawan suami aku macam dah mati kutu kejap bila apa yg dia buat macam tak berkesan. Dia suruh suami aku bertahan sementara dia call tok guru dia. Aku gelak mengekek bila dia tak dapat buat apa. Suami aku marah.

Suami: Kau ni siapa hah? Kenapa kacau isteri aku?
Aku: Kau diamlah! Aku jaga dia, tahu tak!
Suami: Kau bukan jaga dia! Kau seksa dia!
Aku: Aku takkan bagi kau ada zuriat dengan dia! Haahahahahaha!!!

Aku macam terkejut dengar apa yg aku cakap tu. Aku tengok suami aku pun macam terperanjat. Kemudian kawan suami aku datang balik kat aku. Dia letakkan sesuatu antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua aku lalu dia tekan. Aku terpekik terlolong macam orang gila. Kawan suami aku terus cuba keluarkan apa benda yg ada dalam badan aku sambil baca ayat-ayat yg aku sendiri dah tak faham. Sampailah satu tahap tu, aku rasa macam ada sesuatu direntap keluar dari badan aku, sampai aku terbangun terduduk. Masa tu barulah aku rasa aku sedar sepenuhnya dan badan aku rasa sakit sangat-sangat. Tubuh aku jadi lembik. Aku jatuh semula. Suami aku sempat sambut badan aku bila aku jatuh.

Kawan: Panggil nama dia.
Suami: Nana...
Aku: Abang...

Aku menangis. Tiba-tiba je aku rasa sebak dan sedih sangat. Hilang rasa malu menangis depan orang.

Kawan: Mengucap tengok, aku nak dengaq. Lepas tu selawat.

Aku pun buat apa yg disuruh. Mula-mula suara aku tersekat-sekat, tapi kawan suami aku suruh aku mengucap dan selawat sampai lancar. Aku turutkan aje. Kemudian dia suruh suami aku sapu air dalam baldi ke muka aku sambil selawat. Aku diberi air yg dah ditawar untuk minum. Lepas dalam 20 minit, baru aku rasa tenaga aku pulih sikit. Aku bangun dan duduk sambil bersandar pada dinding. Kawan suami pun mula bertanya macam mana rupa makhluk yg aku nampak malam semalam.

Lalu aku pun bagitau. Rupa makhluk tu hodoh sangat, sebijik macam rupa mende Gollum dalam filem Lord of the Rings tu. Kurus kering, kulit berkedut-kedut macam orang tua. Mata je lain sikit. Mata dia hitam, kosong. Warna kulit dia macam warna tanah liat yg dah kering, coklat-coklat. Aku tanyalah kawan suami aku tu, apa bendanya tu. Dia cuma kata tu jin, nak kacau aku. Aku disuruh mandi dengan air di dalam baldi tu. Mandi bukan macam mandi biasa tu, tapi lebih kepada meratakan air tu ke seluruh tubuh badan. Lepas tu aku kena biarkan air tu kering sendiri, jangan lap. Aku tengok jam. Mak aih, pukul 1 pagi dah!

Mandilah aku pagi-pagi buta sejuk tu. Dahlah air tak boleh lap. Kena tunggu sampai kering. Tapi yang peliknya, demam aku kebah. Lepas mandi tu, terus aku rasa segar walaupun badan masih rasa sakit-sakit. Terus perut rasa lapar. Oleh kerana dah lewat malam sangat, suami aku pun buat roti telur je untuk aku. Aku makan penuh selera. Takde muntah-muntah langsung dah. Lepas makan tu, dengarlah tazkirah kejap pasal jin, pasal cara nak lindung diri dari kawan suami aku tu. Katanya, aku kemungkinan dah lama 'berteman' jin ni, cuma aku je tak perasan. Dan dia jugak cakap, kemungkinan aku pregnant, tapi jin tu tak suka, dia 'cakar' benih tu sampai keluar darah. Kira macam aku gugur, macam tu la.

Sedih aku dengar bila kawan suami cakap macam tu. Tapi aku redha. Mungkin belum masa lagi aku dan suami nak dikurniakan anak. Allah lebih tahu, aku serahkan pada Dia saja. Yang penting, aku yg kena usaha untuk jaga diri aku sendiri jangan sampai terleka atau terlalai, jangan sampai lupa pada Dia. Itu antara pesan kawan suami aku. Dan malam tu juga, aku tidur lena tanpa mimpi yang pelik-pelik dan menakutkan.


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 08:00 AM | Show all posts
hebatnya gangguan  nana...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 09:46 AM | Show all posts
manja377 posted on 23-12-2014 08:00 AM
hebatnya gangguan  nana...

Bak kata Bujang Lapok, "Cobaaaaaaannnnnnn!"
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:24 AM | Show all posts
cik.nana posted on 22-12-2014 06:27 PM
=================
Ibu jari aku ditekan lagi. Aku menjerit sambil cuba menendang tangan kawan suami  ...

Nana..besar sungguh dugaan mu..dr zmn bujang smpi dh kawin..
harapnya jgn smpi beranak cucu nanti famili awak diganggu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2014 10:30 AM | Show all posts
kyroskebab posted on 23-12-2014 10:24 AM
Nana..besar sungguh dugaan mu..dr zmn bujang smpi dh kawin..
harapnya jgn smpi beranak cucu nanti ...

Alhamdulillah, lepas yg gangguan masa mula-mula kahwin tu, jarang sangat terjadi benda-benda pelik. Mimpi yg menakutkan pun sangat-sangat jarang. Cuma family je yg masih ada gangguan sikit-sikit.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 11:34 AM | Show all posts
sabar la wahai cik.nana
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:25 PM | Show all posts
Adakah TT orang yang sama mengarang cerita nenek kamsiaaa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 12:39 PM | Show all posts
Zep posted on 23-12-2014 12:25 PM
Adakah TT orang yang sama mengarang cerita nenek kamsiaaa?

Cerita nenek kamsia tu cerita apa? Thread mana?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.152893 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list