CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
Post time 23-12-2014 12:46 PM | Show all posts
cik.nana posted on 23-12-2014 12:39 PM
Cerita nenek kamsia tu cerita apa? Thread mana?

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=540841

Nama (Cik es & Cik Nana), dan cara penulisan pun dah lebih kurang dah tu. teruskan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2014 01:06 PM | Show all posts
Zep posted on 23-12-2014 12:46 PM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=540841

Nama (Cik es & Cik Nana), dan car ...

Ohhh... baru nak baca thread tu. Tapi kami takde kena mengena pun
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:51 PM | Show all posts
Zep posted on 23-12-2014 12:46 PM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=540841

Nama (Cik es & Cik Nana), dan car ...

Dah agak. Mesti akan ada yang akan cakap ciknana ni cik es. Hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 02:48 PM | Show all posts
aerolz posted on 23-12-2014 01:51 PM
Dah agak. Mesti akan ada yang akan cakap ciknana ni cik es. Hehehehe..

Dapat merasakan instinct yang sama jugak ke? ingatkan aku sorang jer. tapi oleh kerana TT ckp bukan, maka silap orang lah tu. takpe TT, teruskan berkongsi kisah ya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 05:04 PM | Show all posts
cik.nana posted on 23-12-2014 10:30 AM
Alhamdulillah, lepas yg gangguan masa mula-mula kahwin tu, jarang sangat terjadi benda-benda pelik ...

mudah2an smpi bila2 la dah xde gangguan2 ni..
kuatkan semangat yer cik nana n famili..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 05:43 PM | Show all posts
Zep posted on 23-12-2014 02:48 PM
Dapat merasakan instinct yang sama jugak ke?  ingatkan aku sorang jer.  tapi oleh kerana TT ck ...

Takla.. Tapi instinct untuk orang cakap beliau itu cik es itu ada la.. Hahaha. Biasalah MPS ni sensitif sikit ekekeke..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2014 11:39 AM | Show all posts
Kisah 16 - Tangan Berjari 6

Dalam tiga hari lepas aku kerasukan tu, aku dapat call dari Mama waktu Maghrib. Masa ni Mama dah tahu aku kerasukan, tapi aku tak cerita pasal mimpi dan sangkaan yg aku pregnant tu. Aku tak nak Mama risau lebih-lebih. Maghrib tu, aku sedikit terkejut bila tengok Mama yg call. Mama ni memang pantang sekali orang call time Maghrib. Mengganggu katanya. Dah kalau dia yg call tu, maknanya adala benda penting tu. Aku jawab call dan bagi salam.

Aku: Ye, Ma. Kenapa?
Mama: Long, balik rumah kejap lagi *suara gelisah*
Aku: Kenapa, Ma? Apa jadi?
Mama: Alang pengsan kat tempat kerja.
Aku: Hah! Bila?
Mama: Petang tadi. Kawan dia yg drive dia balik. Kawan dia kata masa pengsan tu dia meracau-racau. Masa dalam kereta, dia nak terjun keluar kereta. Ni pun tadi Mama ajak dia solat, tengah nak takbir dia tumbang ke belakang.
Aku: Mak aih. Bakpe jadi gitu? Ni dah sedar ke belum?
Mama: Dah sedar, tapi dia jadi lain macam sangat.
Aku: Lain macam tu macam mana?
Mama: Mama tak reti la nak cerita. Kau datang je la sini. Datang eh?
Aku: Ok, ok. Lepas solat kitorang datang.
Mama: Jangan lambat sangat tau. Datang cepat sikit.

Jarangla Mama ni nak panik tak memasal. So aku saspek keadaan Alang tu membimbangkan jugakla. Aku pun bagitau suami pasal Alang. Aku minta suami bawak kawan dia sekali yg rawat aku tu. Kalau kami kena pergi jemput pun aku tak kisah. Suami aku terus SMS kawan dia. Nak call, macam tak sesuai pulak waktu Maghrib ni. Dalam setengah jam lepas tu kawan tu call dan setuju nak ikut kami ke rumah Mama. Pukul 8 lebih, kami sampai kat rumah Mama.

Bila aku masuk rumah, aku nampak Alang tengah duduk bersandar di sofa dengan mata terpejam. Aku ingatkan dia tidur. Tapi bila kawan suami aku tu masuk, terus dia buka mata. Kawan suami aku dijeling sedikit. Tapi reaksi muka dia kosong je, macam takde apa-apa perasaan. Dia tengok aku pun macam kosong je. Muka Alang aku tengok pucat, tapi yg peliknya muka dia macam gelap. Aku tak retila nak explain macam mana. Macam tetiba kulit muka dia jadi kusam macam tu. Aku terus pergi kat Mama.

Aku: Apa cerita?
Mama: Dia tak cakap apa sejak dari lepas dia tumbang masa nak solat tadi.
Aku: Lepas tu solat tak?
Mama: Nak solat cemana, setiap kali angkat takbir, tumbang ke belakang. Macam pokok jatuh, tau? Dia tumbang straight je. Nasib baik Angah ada jaga belakang. Kalau tak, kena kepala.

Aku pandang Alang. Muka dia masih tak tunjuk apa-apa reaksi. Kawan suami minta nak solat dulu sebelum memulakan rawatan. Kami solat Isyak berjemaah dulu sebelum apa-apa sambil Angah dan Ateh jaga Alang. Acik pula Mama dah hantar ke rumah jiran. Sebab Acik kan dah pernah kena, so Mama tak nak Acik 'terjangkit'. Selesai solat tu, kawan suami duduk bersila di aatas lantai. Dia panggil Alang.

Kawan: Mai dok sini depan saya.
Alang: Tak nak.
Kawan: Pasaipa tak mau. Mai la dok depan ni nak sembang sat.
Alang: Tak nak.
Kawan: Jangan dok buat perangai sangat. Mai sini.

Alang bangun, malas-malas dia jalan lalu duduk depan kawan suami. Tapi muka dia dipalingkan ke lain. Sikit pun dia tak tengok muka kawan suami aku tu.

Kawan: Ni pasaipa ni?
Alang: Ape?
Kawan: Pasaipa yg jadi macam ni?
Alang: Jadi macam mana?

Dia jawab soalan dengan soalan pulak dah.

Kawan: Jadi apa kat tempat kerja tadi?
Alang: Jadi apa?
Kawan: Ni, jangan dok nak test aku sangat naa. Aku sibuk ni, hang tau dak?
Alang: Dah tu, pi la balik. Datang sini buat apa?

Alang senyum sinis. Kawan suami aku keluarkan sebatang pembaris besi dari dalam beg dia.

Kawan: Pegang hujung pembaris ni.
Alang: Nak buat apa?
Kawan: Pegang ja lah!

Alang pun pegang. Kawan suami aku mula membaca ruqyah. Tak sampai seminit, Alang lepaskan pembaris besi tu.

Kawan: Pasaipa lepas?
Alang: Tak suka.
Kawan: Aku tak suruh lepas pun. Pegang balik.
Alang: Tak mau. Aku tak suka. Panas.
Kawan: Hang tau pulak panas. Pegang balik.
Alang: Kau ni pekak ke bangang? Aku kata tak nak, tak nakla! Dah, pergi balik. Kau bukan boleh buat apa pun. Tak cukup ilmu lagi kau ni.
Kawan: Eksyen hang ni noo. Takpa, aku try cara lain pulak.

Kawan suami aku minta air sebaldi macam yg dia buat kat aku hari tu. Dia mula bacaan sekali lagi, tapi kali ni aku tak sure ruqyah ke apa tapi masih lagi ayat Quran. Mula-mula tu Alang dah menguap dua tiga kali. Tapi tu je lah. Menguap je. Lepas tu tau apa jadi? Selamba kodok je Alang ambil bantal, baring dan terus tidur depan kawan suami aku tu. Siap berdengkur pulak tu! Kuang asam betul. Kawan suami aku rilek je, teruskan bacaan dan tiup ke dalam air sambil kacau dengan jari telunjuk. Dia ambil sikit air tu dan renjis pada muka Alang yg tengah tidur. Takde reaksi. Alang terus tidur.

Kawan: Betoi dah tu dia kata. Bukan tahap saya ni. Kena bawak pi kat orang lain.

Kami terdiam. Kiranya yg kena kat aku hari tu tak cukup power lagi la sebab yg tu kawan suami aku boleh buat. Yang Alang ni dia macam 'tumpul'. Kawan suami aku bagi nombor dan alamat seorang ustaz yg berkemungkinan boleh membantu memulihkan Alang.

Mama: Habis, malam ni macam mana?
Kawan: Insya Allah, dia tak buat apa. Tapi jangan tangguh bawak dia berubat. Takut melarat pulak satgi.

Jadinya malam tu, kami tak dapat berbuat apa. Sebelum balik tu, kawan suami hulurkan sebotol kecil minyak kasturi hitam yg telah diruqyahkan kepada Mama. Katanya, jin cukup benci bau minyak kasturi, jadi calitkan sikit pada bahagian-bahagian tertentu tubuh badan Alang. Ini cuma salah satu usaha kita saja, katanya. Yang mengizinkan segala-galanya hanya Allah saja, jadi minta pertolongan dengan Allah. Minta perlindungan dengan Allah. Doa ibu dan doa orang teraniaya ni makbul, tiada hijab dengan Allah jadi mintak saja.

Aku terpaksa balik malam tu jugak sebab esoknya kami berdua kena kerja. Ikut cerita Mama, malam tu memang Alang tidur je sampai ke pagi. Subuh tu elok je dia bangun solat apa semua. Takde tumbang-tumbang. Lepas mandi, Mama suruh dia calitkan minyak kasturi tu. Dia ikut je, tak banyak cakap. Tapi bila masuk waktu Maghrib, lain pulak cerita dia.

============================


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 11:57 AM | Show all posts
Okay next!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2014 12:54 PM | Show all posts
cik.nana posted on 16-11-2014 08:24 PM
Mintak maaf bagi yg tertunggu-tunggu sambungan kisah Cik Ton. Jom kita sambung.

================= ...

macam aqua pernah kena
nak bersuara, tapi mcm sangkut kat rengkung
nak bergerak tapi kaki tangan berat yang amat
nak bernafas, tapi rasa macam tak bernafas je
dapat je peluang, terus lari gi bilik mama tidur
terus tiba2 demam panas 3-4 hari
nak recover memang amik masa berbulan2

terkena sebab masa tu abang baru berubat pagar rumah dia
tapi tak sangka la ada gak kacau malam tu

pasal aqif tu kan, teringat niece aqua
ni kes lepas aqua nampak benda alah hitam legam tinggi
6 kaki ++ kat perenggan atas tu
niece aqua cakap kat papa dia, papa2 kawan Mia kat luar tu
terus abang tutup pintu pastu cakap jangan ajak kawan
Mia masuk rumah kita
agaknya benda tu takleh masuk sebab abang dah 'pagar' habis rumah
masa tu Mia baru 3tahun lebih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh....da ade citer baru......
Setia menunggu sambungan....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 01:35 PM | Show all posts
cik.nana posted on 25-11-2014 05:43 PM
Salah satu gangguan yg cik.nana maksudkan macam ni kisah dia...

#1

cik nana, aqua nak tanya
rumah family cik nana berapa bilik?
kalau mama cik nana 1 bilik dengan arwah abah.
cik nana share dengan angah, alang dengan acik,
ateh tidur sorang2 ke?
kalau ye, berani dia tidur sorang2 even lepas kejadian pok su
buang benda dari badan acik tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 01:45 PM | Show all posts
khailya posted on 26-11-2014 01:07 PM
huuu seram.. byk jugak cerita aku bace melibatkan highway PLUS ni..
kg aku kt kedah.. so mmg sokmo  ...

sama la
aku pun kg kat kedah
exit kat Jawi
so far naik bas ke, naik kereta Alhamdulillah tak kena apa2
biasa bertolak siang ke kedah
pernah la dulu abang 2nd buat gila balik malam
dia punya peel memang suka travel malam
sejuk dan kurang kereta katanya
tapi yang tu pun ok je, aku tak terserempak apa2 yg lain
minta simpang la sebab aku sedar tak kuat sangat bab2 gini

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 02:00 PM | Show all posts
lavender_aqua posted on 24-12-2014 01:35 PM
cik nana, aqua nak tanya
rumah family cik nana berapa bilik?
kalau mama cik nana 1 bilik dengan  ...

Bilik kat atas ada 4, kat bawah ada 1. Ateh memang tidur sorang sebab bilik tu memang kecik. Ateh ni agak kental la sikit. Dia tidur kena kacau pun still tidur sorang jugak.

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 02:38 PM | Show all posts
cik.nana posted on 15-12-2014 11:25 AM
cik nana agak bizi sekarang. Almaklum dah hujung-hujung tahun ni, ramai pulak orang yg cuti so kita  ...

nice info cik nana
thanks utk jawapan pasal berapa bilik rumah family tu

kalau langau macam mana?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 02:44 PM | Show all posts
lavender_aqua posted on 24-12-2014 02:38 PM
nice info cik nana
thanks utk jawapan pasal berapa bilik rumah family tu

Langau tak pasti pulak. Sebab spesifiknya orang tu sebut lalat rumah atau housefly. Tapi dia ada ajar, kalau nampak lalat di rumah waktu malam, bacakan ayat Kursi dan kemudian pada ayat yg terakhir tu (wala ya uduhu...) baca tiga kali (atau ulang sampai lalat tu berhenti terbang) sambil berniat untuk ditujukan pada lalat itu agar dimatikan langkahnya. Lepas tu dah boleh bunuh.

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 02:55 PM | Show all posts
cik.nana posted on 24-12-2014 02:44 PM
Langau tak pasti pulak. Sebab spesifiknya orang tu sebut lalat rumah atau housefly. Tapi dia ada a ...

owh ok takpe
tq share info ni

dulu masa duduk apartment, pernah kakak ipar terjumpa 1 belalang
aqua tak ingat apa nama, tapi ni belalang yang orang kata ada kaitan dengan
benda2 sihir la
mama buat macam mana ntah, sebab belalang tu duduk elok je kat fridge

------------

tengah baca kisah alang pengsan kat tempat kerja
kiranya cik nana tinggal tak jauh sangat la dengan rumah mama ciknana?

------------

sekarang ni angah dengan alang dah kahwin ke?
acu sekarang kat mana, kerja ke, study ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2014 02:59 PM | Show all posts
btw ciknana, nanti free sambung na
dah khatam habih sampai kisah alang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 03:01 PM | Show all posts
lavender_aqua posted on 24-12-2014 02:55 PM
owh ok takpe
tq share info ni

Belalang tu tak silap orang kata pelesit. Tangkap lepas tu cabut kepala dia. Orang kata laa.
------
Tak jauh mana pun, dalam 30 - 40 km macam tu dari rumah Mama. Almost every weekend balik rumah.
----------
Semua dah kerja sekarang, kecuali Acu. Acu masih lagi belajar. Yang dah kahwin cuma Nana ngan Acik. Yg lain masih bujang trang tang tang.

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu terkonpius antara acik ngan ateh....hihi....     

Yg pernah kene rasuk ngan antu air ngan histeria kat skola dan terlangkah tangkal tu acik kn...
Yg cik nana amik adik yg nk blk bwk brg selori n nmpk penanggal kejar tu?....yg mn?...ateh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 03:31 PM | Show all posts
seeri_7843 posted on 24-12-2014 03:29 PM
Selalu terkonpius antara acik ngan ateh....hihi....     

Yg pernah kene rasuk ngan antu air nga ...

Yang kerasukan 2 kali - histeria + hantu lemas = Acik
Yang nampak penanggal = Ateh

Diorang dua orang ni rapat macam kembar sampai kadang-kadang orang luar kompius mana kakak mana adik. Yang tak kompius kitorang adik beradik je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.462140 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list