CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
 Author| Post time 11-12-2015 12:29 PM | Show all posts
Terima kasih daun keladi cik.nana ucapkan pada yg sudi singgah dan baca thread cik.nana ni.

Sebenar benar benarnya la kan, cik.nana decide nak slow down posting cerita kat sini sebab... asal posting je 1 cerita, ada je benda pelik yg jadi. Yang latest lepas posting cerita pasal zaman kanak-kanak tu, ada ke patut ada 'benda' dok main cak-cak ngan cik.nana dari dalam bilik bos Mementangla bos takde, dia plak nak jadi bos.

Malam tu pulak cik.nana dgn suami dengar bunyi orang mencakar dinding kat luar rumah. Adoiyai. Ingatkan kucing ke apa, tapi dah check takde plak. Mungkin kucing la *nak bagi sedap hati*. Hehehehe. Dan setelah sekian lama tak ajak orang teman nak ke toilet, cik.nana boleh plak ajak suami temankan gi toilet sebab tetiba rasa seram sejuk sampai meremang bulu roma. Goosebumps gitu, sampai nampak jelas berbintik-bintik kat tangan.

Pernah sekali, cik.nana terjaga tetengah malam, ternampak macam ada orang berdiri tegak kat sudut bilik. Eh seram kau! Sekarang pun rasa seram. Terus cik.nana kejutkan husband, dia suluh pakai flash dari handphone. Harusla takde apa kan bila dah suluh tu. Lepas tu, dua-dua takleh nak tido. Masa tu pulak la anjing jiran nak melalak melolong macam ada orang pukul dia. Terkebil-kebil kami laki bini sampai ke subuh.

Mungkin tu semua perasaan/imaginasi cik.nana je, tapi hati rasa tak berapa sedap. Jadi cik.nana take five la dulu layankan aje cerita-cerita orang lain. Mintak maaf ye korang. Nanti rasa dah tenang, cik.nana akan cuba share apa yg boleh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2015 03:58 PM | Show all posts
Takpelah . cik nana rehat dulu ye .. nanti da oke ,, share lah cerita ngn kami semua .

kami setia menunggu cerita dr cik nana ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 04:07 PM | Show all posts
cik.nana replied at 11-12-2015 12:29 PM
Terima kasih daun keladi cik.nana ucapkan pada yg sudi singgah dan baca thread cik.nana ni.

Seben ...

Cik minion datang mengusik tu...cik nana..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 04:38 PM | Show all posts
hu.. kene ganggu lepas bercerita tu yg tak bestnya tu.. takperla cik.nana.. take ur time.. n dalam masa sama pergila junmpa perawat2 yer.. mohon tabahkan diri..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2015 04:51 AM From the mobile phone | Show all posts
cik.nana replied at 11-12-2015 12:29 PM
Terima kasih daun keladi cik.nana ucapkan pada yg sudi singgah dan baca thread cik.nana ni.

Seben ...

kami setia menanti
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 11:03 AM | Show all posts
cik.nana replied at 11-12-2015 12:29 PM
Terima kasih daun keladi cik.nana ucapkan pada yg sudi singgah dan baca thread cik.nana ni.

Seben ...

Cte2 nana mmg best dan seram2.. tp tula, bak kata ustaz pon lau bole makhluk tu x bole disebut2 sbnrnya o x bole nk diingat2 sbb dia bole tau dan anggap org dok seru dia.. kes penah jdi kat adik.. pas dh kene 'halau' dgn ustaz, itula yg ustaz pesan jg diingat2 jgn disebut2 kmgkinan besar dia bole dtg balik.. opppsss.. scaryy the merry..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2015 01:40 PM | Show all posts
bak kata dalam citer kak limah
Orang ingat kat kita, dia datang nak tengok kita

tak pe cik nana. take your time

kami setia menanti cerita2 menarik dari cik nana
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 10:43 PM | Show all posts
best bace kisah TT nie...10 Star ambe bg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2015 09:37 AM | Show all posts
Salam..saya dari Wujud Paranormal Team...Mohon share kisah ni di page kami..Terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2015 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam.
hai @cik.nana seronok baca pengalaman cik nana. Daftar forum semata2 nak baca kisah cik.nana je tau. Hihihi

pengalaman as xdelah sehebat cik nana. Just nmpk kelibat melalui ekor mata je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2015 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Crite c.nana mmg best
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Asfiza replied at 19-12-2015 03:59 PM
Salam.
hai @cik.nana seronok baca pengalaman cik nana. Daftar forum semata2 nak baca kisah cik.nana ...

samela kite.. huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2015 06:55 PM | Show all posts
Dila@rif replied at 3-9-2015 11:59 AM
Aqua,dila rasekan baik g berubat.sbb besenyer kalu kat bdn kita ada lebam2 pastu selalu nmpak keli ...

Maaf menyampuk..saya selalu kena tindih..dah macam benda biasa dah. Ada masa kena tindih tu, yang datang mai duk usik2 tarik2 anggota badan. Rasa jugalah sakitnya. Yang pesen lagi satu, masa kena tindih tu kadang2 rasa macam ringan2 dengan seseorang. Biasanya saya takkan nampak muka dia macam mana. Selalu sangat jadi. Sampai kan saya dah macam lantak kau lah..aku nak tdo je..malas nak layan. Sebab lazimnya benda tu yang lead n saya kadang2 ikut je. Yang terakhir skali saya ingat, benda tu dah macam nak sampai ke peringkat nak bsetubuh dah. Tapi tak tau macam mana saya lawan dan tolak sebab rasa sakit. bila tsedar, memang ada terasa sakit tu. Fyi, saya xde pulak lebam2 kat badan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2015 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kara89 replied at 26-12-2015 06:55 PM
Maaf menyampuk..saya selalu kena tindih..dah macam benda biasa dah. Ada masa kena tindih tu, yang  ...

Bahayenyeeeeeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 01:46 AM | Show all posts
jinkalewa replied at 18-12-2015 09:37 AM
Salam..saya dari Wujud Paranormal Team...Mohon share kisah ni di page kami..Terima kasih...


Salam jinkalewa. Cik.nana baru berkesempatan menjengah ke page WPT. Wah, rajin betul jin share cerita-cerita cik.nana. cik.nana suka jugak baca komen-komen yg ada. Demanding jugakla pembaca kat sana ye. But I appreciate all the comments. Ada jugak yg jatuh cinta dgn kawan cik.nana ye . Apa pun, terima kasih sudi share kisah cik.nana dia page awak.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 01:48 AM | Show all posts
kara89 replied at 26-12-2015 06:55 PM
Maaf menyampuk..saya selalu kena tindih..dah macam benda biasa dah. Ada masa kena tindih tu, yang  ...


Pada pendapat cik.nana, ada baiknya kara pergi berjumpa perawat sebelum terlambat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2015 11:54 AM | Show all posts
Salam ciknana.. Sya mmg suka dgn story cik nana.. Mase mule2 kenal mps Ñi pun kisah cik nana laa Yg sya baca dulu..

Xpe lah Klu ade gangguan tu slow down ler dulu.. Huu..

Btw suka dgn famili korg yg mostly perempuan tp masih kuat semangat..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 11:58 AM | Show all posts
cik.nana replied at 27-12-2015 01:46 AM
Salam jinkalewa. Cik.nana baru berkesempatan menjengah ke page WPT. Wah, rajin betul jin share c ...

terima kasih juga kepada Cik Nana kerana sudi menjengah page kami...Rajin kerana jalan cerita dan penulisan Cik Nana memang super A+++...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 12:28 PM | Show all posts
jinkalewa replied at 28-12-2015 11:58 AM
terima kasih juga kepada Cik Nana kerana sudi menjengah page kami...Rajin kerana jalan cerita dan  ...

Marah betul ye pembaca-pembaca di page awak sebab kisah Abg An takde ending. Abg An sekarang masih di kampung, duduk dengan mak dia. Masih tak kerja, tak buat apa. Khabarnya, dah slow down buat perangai gila dia. Sekarang dia suka contact kami adik-beradik sebab dia kata kami je yg paham perasaan dia. Tapi kitorang adik-beradik tak berapa layan sangat Abg An ni. Sebab apa? Sebab dah lain macam sangat perangai dia. Gaya macam orang angau pun ada. Macam orang gila bayang pun ada.

Jadinya, kisah Abg An memang tak akan berkesudahan la kot sampai dia sendiri sedar diri.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 12:54 PM | Show all posts
Edited by cik.nana at 28-12-2015 12:55 PM

Edisi Selingan Manja

Nak share sikit. Bulan lepas, ada minor renovation dijalankan kat rumah Mama, bahagian dapur. Ada 4 orang yg buat kerja renovation tu. Seminggu lebih jugakla diorang buat kerja. Ketuanya kita panggil Wak je la ek. Sepanjang tempoh renovation tu, kerja dijalankan dari 8.30 pagi sampai 5.30 petang. Kadang-kadang, Mama tinggalkan aje rumah bila diorang buat kerja sebab bising + habuk dan jugak sebab Mama tinggal sorang. Suatu hari tu, suami pergi tengok-tengok orang buat kerja. Mama pun ada sekali. Wak tu pun datangla menyembang sikit dengan suami.

Wak: Rumah ni, sudah berapa lama?
Mama: Sama umur dengan anak sulung saya, 30 tahun.
Wak: Lama kakak tinggal sini?
Mama: Lama dah...
Wak: Jadi biasa la dengan kejadian-kejadian pelik?
Mama: Ha?

Mama agak cuak la bila Wak tanya camtu. Yela, sebab Mama ingatkan gangguan-gangguan ni dah tak ada.

Wak: Macam ni, kak. Pekerja saya kata bila buat kerja, rasa semacam diperhatikan. Selalu jadi macam tu bila kakak keluar. Jadi sampai bulu roma meremang. Itu hari, dengar macam suara kakak panggil pekerja saya, tapi bila tengok, kakak tak ada pun.

Ah sudah! Ada pulak mandur tak diiktiraf ke apa ni?

Mama: Jangan main-mainlah, Wak. Wak nak kata rumah saya ada hantu ke?
Wak: Bukan hantu, kak. Ini lain macam saja rasanya. 'Dia' ganggu saya takpe, kak. Kalau ganggu kita buat kerja, susah jugak. Itu hari, barang-barang kita buat kerja, semua 'dia' pindah letak luar.
Suami: Letak luar mana?
Wak: Luar di laman depan. Macam dicampak aje. Tiles 1 batch pun pecah, bang. Ni saya tunjuk...

Wak pun tunjuk la ada 1 batch jubin yg pecah, terbelah dua macam tu dari kepingan atas sampai bawah.

Suami: Terjatuh masa angkat agaknya ni...
Wak: Ya, kalau gitu, tak apa, bang. Kita minta yg elok-elok saja.

Lepas tu dah takde komen apa-apa lagi dari Wak. Suami aku tunggu masuk Zohor, pergilah solat di tingkat 2 kat dalam salah satu bilik sementara Mama masih kat bawah tengok orang buat kerja. Tengah solat tu dia rasa bulu roma meremang tiba-tiba. Dan rasa macam ada orang lalu-lalang belakang dia time solat. Padahal belakang dia tu almari baju adik aku, orang sesuka hati bukan senang. Hilang khusyuk solat . Bagi aje salam, dia tengok la kot-kot Mama dah naik atas. Rupanya Mama still kat bawah. Mama pulak, naik tangga separuh jalan aje, lepas tu turun balik. Dia kata nak solat kat bawah je. Tapi dia tak cakapla kenapa.

Bila suami aku cerita pasal kejadian ni, aku dgn Angah senyum je la. Dah memang dari dulu lagi rumah tu macam tu, nak buat macam mana kan. Pagar berapa kali pagar dah. Garam berapa kilo tabur dah. 'Dia' tak nak keluar jugak. Bukan Mama tak tahu, cuma aku rasa Mama ni dia malas nak pikir-pikir atau in denial.

Tu je la setakat ni.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.487563 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list