CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
 Author| Post time 9-12-2014 06:00 PM | Show all posts
===================
Kak Wan sambung lagi cerita dia...

Kak Wan: Dua tiga kali akak try bukak pintu bilik air, sampai dah menangis-nangis dah, barula terbukak. Terus akak call Kak Lis datang sini.
Aku: Habis, yg akak SMS saya tu bila pulak?
Kak Wan: Itu sebelum akak nak mandi. Akak dah rasa semacam masa tu, rasa macam akak diperhatikan je.
Kak Intan: Ish, seram sejuk aku! Ko ni lagila, tidur sorang pulak tu. Meh tidur bilik aku ngan Lis lah!
Kak Wan: Aku pun pikir camtu jugak la. Ko tak nak temankan akak ke, Nana?
Aku: Abes, roomate saya, siapa nak teman?

Dan aku ceritakan pada kakak bertiga tu tentang bunyi TV yg didengari Suzie. Habis je aku bercerita, TV bilik Kak Wan tiba-tiba menyala sendiri. Terkejut beruk kami berempat. Cepat-cepat kami tinggalkan bilik Kak Wan. Kak Wan ikut Kak Lis dan Kak Intan ke bilik mereka. Aku ambil keputusan nak balik bilik sendiri. Dalam lif tu, aku dah rasa meremang je bulu roma. Aku cuba tenangkan diri sendiri, baca apa yg patut. Sampai kat level aku, laju je aku jalan menuju ke bilik. Baru aku tangan nak ketuk pintu bilik, aku macam ternampak kelibat berlari di koridor bilik. Macam nak runtuh pintu bilik aku ketuk.

Baik-baik Suzie buka pintu, aku terus meluru masuk ke dalam.

Suzie: Eh, kau ni kenapa pulak?
Aku: Tak... takde apa.
Suzie: Gabra semacam je ni. Ni, Kak Wan call tadi.
Aku: Hah? Kak Wan call? Bila? Call mana?
Suzie: Call pakai telefon bilik. Baru je kejap tadi, tak sampai seminit pun. Dia suruh kau gi bilik dia.

Aku terdiam. Apa pulak Kak Wan suruh aku pergi bilik dia? Padahal tadi kitorang dah keluar dari bilik dia lepas TV tetiba on sendiri. Aku rasa macam tak best pulak. Aku pun SMS la Kak Wan.
Akak kat mane?
Kat bilik Kak Lis lah. Nape?
Akak ade call bilik saya ke tadi?
Ko duduk bilik mana pun akak tak tau. Nape nape?
Suzie kata akak call saya, suruh saya gi bilik akak tadi
Baik-baik aku send mesej tu, Kak Wan call aku.

Kak Wan: Ko biar betul, Nana. Akak takde call ape pun.
Aku: Suzie yg kata gitu. Mana saya tau kak.
Kak Wan: Eish, mengusik bukan main lagi ni...

Aku diam je. Aku jadi macam tak sedap hati jugak. Tapi aku tak kata apa pada Suzie. Aku naik atas katil saiz king yg dikongsi dengan Suzie. Aku cadang nak tidur je. Esok pagi program start awal.

Suzie: Nana...
Aku: Hmm...
Suzie: Tadi kan, masa aku mandi kan...
Aku: Hmm...
Suzie: Aku dengar suara ko panggil aku kat luar.

Aku terus bangun duduk, pandang Suzie kat sebelah aku. Riak muka Suzie resah.

Aku: Lepas tu?
Suzie: Aku bukak la pintu, tapi tengok takde sape pun.
Aku: Then?
Suzie: Aku tak pikir sangat. Aku ingat, mungkin mainan perasaan aku. Tapi lepas tu, bila aku sambung mandi, aku dengar bunyi TV kuat sangat. Lepas tu macam tukar-tukar channel.
Aku: Apsal ko tak call aku?
Suzie: Sebab aku malas nak ambil kisah benda-benda macam ni. Aku anggap je macam takde apa-apa jadi.

Berani jugakla Suzie ni. Kalau aku, silap-silap aku dah berlari keluar bilik. Aku ajak Suzie masuk tidur je. Aku tidur tak berapa lena malam tu. Aku rasa macam selimut aku ditarik-tarik. Aku ni dahlah trauma selimut kena tarik lepas yg kena dengan 'Cik Ton' tu. Kadang-kadang aku dengar macam orang jalan ulang-alik di sebelah katil bahagian aku tidur. Tapi aku abaikan je semua tu. Aku pejamkan mata dan berdoa minta Allah lindungi aku dan Suzie. Alhamdulillah, sampai Subuh tu, takde benda serius yg jadi. Rupanya Suzie pun tidur tak berapa lena sebab dia pun rasa selimut dia ditarik-tarik.

Pagi tu, kami turun ke bawah nak bersarapan. Sekali lagi bertembung Abg Jep dan Abg Faiz. Aku tengok Abg Jep macam orang tak cukup tidur je. Siap mata lebam macam panda.

Aku: Abg Jep tak tidur ke apa semalam?
Abg Jep: Nak tidur macam mana...
Aku: Napenye?
Abg Jep: Nanti kat bawah aku cerita.

Dah ambil breakfast, aku duduk di meja bulat dengan Suzie, Abg Jep, Abg Faiz dan kakak tiga orang tu. Kak Wan mula-mula cerita insiden dia semalam, lepas tu aku tambah pasal kisah aku dan Suzie.

Abg Jep: Aku kata dah, hotel ni memang keras.
Kak Wan: Apa jadi kat korang?
Abg Faiz: Aku tak kena apa pun. Tidur lena siap. Ni Si Jep ni ha yg kena.
Aku: Abg Jep kena kacau ke?
Abg Jep: Kacau tak kacau la. Ada ke 'dia' angkat aku letak dalam bath tub!

Hah!? Okey, masa ni kami gelak besar. Sebab apa? Sebab Abg Jep ni, orangnya berbadan besar. Bila dia kata orang angkat dia letak dalam bath tub, agak lawak la di situ.

Abg Jep: Korang gelak, gelak! Aku letih tau tak, berpindah tempat tidur sepanjang malam.
Kak Lis: Hang tak sedaq ka bila hang kena angkat tu?
Abg Jep: Aku mana sedar. Memula tu, aku dah terlelap. Lepas tu aku rasa macam apa hal sejuk semacam je. Selimut aku pun hilang. Aku sedar-sedar aku dah duduk dalam bath tub.
Kak Intan: Kau ni mengigau kot, Jep. Basuh kaki tak sebelum tidur? Baca doa tak?
Abg Jep: Tak pernah-pernah aku mengigau masa tidur, Cik Intan oi!
Aku: Sekali tu je ke kena?
Abg Jep: Sekali apanya. Dah aku naik tidur atas katil balik, dia angkat aku letak tang lain pulak. Kejap kat hujung katil, kejap kat sofa.
Kak Lis: Gagah perkasa dia nooo, boleh angkat-angkat hang. Dah tu hang tak sedaq ka, Faiz?
Abg Faiz: Aku sedar pun lepas dia kejut aku, suruh tukar tempat tidur.
Abg Jep: Aku mintak tukar la, kot-kot aku tersalah tidur tempat dia ke. Tapi dah tukar pun, sama jugak.
Aku: Eh Abg Faiz tak kena pulak?

Abg Faiz sengih je sambil geleng kepala. Pelik gak aku. Apasal Abg Jep kena kacau, Abg Faiz tak kena? Musykil sungguh.

====================
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
cik.nana posted on 9-12-2014 06:00 PM
===================
Kak Wan sambung lagi cerita dia...


Abg faiz tu ade sesuatu kah??
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah abis ke cik.nana? Atau ada sambungan lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus posted on 9-12-2014 04:58 PM
cik.nana oooooo cik.nana! lamanya boss panggil...nanti sambung naaa  

Btw hotel P tu.. ...

aku baru nak teka..pantas nko ekk
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
wow!!! best lah citer2 ko... seram! kelakar pun ada! Bab kat hotel, lagi seram! Angker sungguh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 12:37 PM | Show all posts
=================
Aku: Kenapa Abg Faiz tak kena kacau eh?
Abg Faiz: Sebab hantu tu, hantu gay! Dia berkenan kat Abg Jep ko je. Dia nak tidur dengan Abg Jep, tapi atas katil mana muat. Penuh katil Abg Jep ko sorang je tidur.

Tersembur air oren aku dengar Abg Faiz cakap gitu.

Abg Jep: B*b*lah!
Aku: Tak logik langsung Abg Faiz ni!
Kak Lis: Hang sembang muhung la Paiz!
Abg Faiz: Laa... aku cakap tak nak percaya pulak. Betul la hantu tu hantu gay. Mula-mula, dia letak dalam bath tub. Ko ingat sikit, hantu setan ni kan suka duduk dalam bilik. Lepas tu kat hujung katil, senang nak golek-golek hindustan. Atas sofa, senang dia nak duduk renung muka ko tengah tidur.

Abg Jep dah mencarut-carut dah dengar Abg Faiz cakap macam tu. Aku dan yg lain-lain dah tergelak-gelak. Ada ke patut hantu gay yg dikata Abg Faiz. Memang tak tercapai akal aku dengan penjelasan Abg Faiz ni.

Suzie: Macam mana Abg Faiz tau ni?
Abg Faiz: Masuk bilik je aku nampak dah.
Abg Jep: Apsal tak cakap awal?
Abg Faiz: Aku tak naklah kau takut pulak karang. Aku ingat dia tak buat kacau la.

Mencarut lagi Abg Jep. Cair taik telinga aku dok dengar Abg Jep mencarut di pagi hari. Hampir pukul 8, kami bergerak ke dewan untuk aktiviti hari pertama. Sepanjang hari sibuk dengan program. Pukul 6 petang baru naik bilik. Itu pun nanti lepas makan malam ada program lagi. Masa aku dan Suzie sampai di bilik, pintu bilik kami terbuka luas. Aku dan Suzie panik. Nak kata housekeeping, takkan housekeeping datang dah lewat petang pulak? Takut pencuri je. Aku dan Suzie berdiri lama di luar, jauh sikit dari bilik nak tengok siapa yg masuk bilik kami.

Agak lamalah kami berdiri di luar tu, adalah dalam 20 minit. Tapi tengok takde orang pun yg keluar dari bilik. Aku dah pikir nak turun ke lobi je, laporkan kat front desk pasal pintu bilik kitorang terbukak. Lepas tu aku teringat yg bilik Abg Jep dan Abg Faiz sama level dengan bilik kitorang. Aku pun terus call Abg Faiz. Tak sampai 2 minit, Abg Faiz dan Abg Jep sampai kat aku.

Abg Faiz: Korang ni tak masuk bilik lagi ke?
Aku: Nak masuk camne. Kalau ada pencuri ke perogol ke pembunuh ke? Haaa...

Abg Faiz gelak je dengar aku cakap camtu. Dan takde angin, takde ribut, pintu bilik kami tertutup dengan kuat macam ditolak dari dalam. Terkejut kami berempat. Abg Faiz minta kunci bilik dan terus buka pintu bilik. Sebelum masuk, aku nampak Abg Faiz ada baca sesuatu. Selang seminit, aku dengar Abg Faiz bercakap.

Abg Faiz: Dia tak kacau kamu, kamu janganlah kacau adik-adik aku. Ingat, kamu tu siapa, kami ni siapa.

Lebih kurang macam tu la ayat Abg Faiz. Lepas tu Abg Faiz azan dalam bilik 3 kali.

Abg Faiz: Dah, clear. Pi masuk bilik.

Teragak-agak aku dengan Suzie nak masuk bilik. Tapi kami masuk jugak. Takde apa-apa yg pelik dalam bilik. Barang-barang kami sikit pun tak berusik. Aku ucapkan terima kasih pada Abg Faiz dan Abg Jep. Mereka pun berlalu pergi.

Suzie: Bapak ah seram hotel ni. Nama je 5 star, tapi macam apa je.
Aku: Jangan cakap camtu, Suzie...

Tak habis aku bercakap lagi, TV on dengan sendirinya. Ha ha ha ha. Natangnye. Dalam hal ni, aku salahkan Si Suzie. Mulut tak reti jaga. Tapi takpe, setakat main bukak tutup TV, biarkan dia. Jangan menampakkan diri dia pada kami, sudah. Aku dan Suzie terus buat macam biasa. Mandi, solat, dan bersiap-siap nak pergi dinner pulak. TV kami biarkan je terbukak walaupun nak keluar bilik. Malas aku nak cerita apa-apa pada orang. Aku biarkan Suzie je bercerita. Bagi aku, apa pun dalam bilik tu, so far agak harmless. 'Dia' suka tengok TV kot. Kalau kena angkat pindah-pindah tempat macam Abg Jep, memang alamatnya aku minta balik KL terus.

Malam terakhir tu, aku dan Suzie takde diganggu lagi. Kalau ada pun, mungkin kami tak perasan sebab tidur lena akibat kepenatan. Esok paginya, aku tanya Abg Jep samada dia ada diganggu tak. Abg Faiz belum apa-apa lagi dah gelak dulu dah.

Abg Jep: Semalam pesen lain pulak.
Aku: Pesen lain camne?
Abg Jep: Aku tengah tidur, ada orang dok hoi-hoi kat aku.
Suzie: Amboi, main hoi-hoi la pulak.
Abg Jep: Aku ni penat, ngantok. Aku ingatkan Si Faiz ni nak main-main ke apa. Tapi aku perasan, yg dok hoi tu suara perempuan.
Kak Intan: Hoh! Ada perempuan pulak masuk bilik korang?
Abg Jep: Sabarla, bagi aku habis cerita. Bila dah dok hoi aku tiga empat kali, aku pun bangunla duduk. Aku nampakla macam ada orang berdiri kat hujung katil tu. Bila aku perati betul-betul, ko tau apa aku nampak?
Aku: Apa? Apa?
Abg Jep: Macam sorang aci India pakai baju ala-ala cleaner dok sengih-sengih kat aku. Aku dah macam apa pundek cleaner mai bilik malam-malam orang nak lena ni? Aku pun sound la sekali. Aku cakap kat dia, oi gila ke kacau orang tidur malam-malam ni? Dia macam marah kat aku, terus mata dia jadi merah.

Dah terlopong kami satu meja ni dengar cerita Abg Jep. Abg Faiz je dok sengih tak habis-habis.

Abg Jep: Bila aku marah tu, Faiz pun tersedar la. Faiz nampak apa yg aku nampak, dia baling bantal je. Terus hilang aci tu. Hamjadah betui. Aku ingatkan orang betul. Selamba je dok hoi aku.

Aduila. Kami gelak lagi. Selalu kalau orang kena gangguan ni, cerita dia mesti seram atau menakutkan. Kena kat Abg Jep, insiden tu jadi kelakar. Entah mana datang aci cleaner tu, dok mengusik Abg Jep. Mujurlah, kami pun nak check out dah dari hotel tu. Hotel 5 star pun, kalau dah begini gangguan dia, tak sior rasa nak duduk dah. Seram segala bulu kat badan aku.



Tamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-12-2014 12:39 PM | Show all posts
Aku tak nak iyakan atau tidakkan nama hotel yg korang teka tu. Takut jadi isu pulak nanti. Hahahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 01:01 PM | Show all posts
gila aarrhh... tiga bilik kene kacau... bilik mana la yg 'bersih' nih.... byk sgt ganggguannyerrr...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2014 01:05 PM | Show all posts
Shahreen74 posted on 10-12-2014 01:01 PM
gila aarrhh... tiga bilik kene kacau... bilik mana la yg 'bersih' nih.... byk sgt ganggguannyerrr...

Bilik budak opis yg lagi 2 orang tu tak kena pun. Bilik orang lain pun tak kena. cik nana cerita bilik yg kena kacau je.

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 01:07 PM | Show all posts
best penulisan ciknana ni... tunggu sambungan cerita baru....
dah habis rempit sini...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoi hoi hoi ya hoi...kita sume gumbira............hahaha

Kurang sopan btol antu aci tu men hoi hoi jer kat org
Lg best sbb abg jep senirik tak sedar tu antu...haha

Terima kasih cik nana sbb hidang kn kitorg cerita ngan gaya penceritaan yg sgt menarik
Kitorg kat sini mmg kelaparan ngan cite cite yg best  
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 02:07 PM | Show all posts
ellynorman posted on 10-12-2014 10:07 AM
aku baru nak teka..pantas nko ekk

heheheeh! org Johor katakan
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 02:08 PM | Show all posts
cik.nana posted on 10-12-2014 12:39 PM
Aku tak nak iyakan atau tidakkan nama hotel yg korang teka tu. Takut jadi isu pulak nanti. Hahahaha!

I ok jeerrr...no hal
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
seeri_7843 posted on 10-12-2014 02:02 PM
Hoi hoi hoi ya hoi...kita sume gumbira............hahaha

Kurang sopan btol antu aci tu men hoi ho ...

abg jep mamai la tu... kalau ikut logik. mana ada housekeeping masuk bilikyg ada org .. malam lak tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 03:48 PM | Show all posts
Haa... meh nak share satu kejadian paling latest. Benda ni jadi hari Isnin baru ni kat seorang opismet. Baru je dapat lampu hijau dari dia untuk share kat sini. Opismet ni cik nana bagi nama Liza. 'Aku' dalam kisah ni merujuk kepada Liza.

Kisah 14 - 'Penunggu' Toilet (yeke?)

Fuh! Letih mata dok menghadap PC satu hari. Aku menggeliat sambil tengok jam kat tangan. Dah pukul 6 petang lebih. Majoriti staf dah balik. Tinggal dua tiga orang je belum balik lagi, termasuklah aku. Masih ada kerja belum habis. Esok bos nak tengok paperwork ni. Sikit lagi je nak siap. Tapi sebelum sambung kerja, aku nak pergi toilet, nak segarkan diri dan buang apa yg patut. Ofis ni kat level 3, satu level ada 2 pintu. Maksudnya, ada 2 ofis berlainan kat level 3 ni. Satu ofis lagi tu ofis peguam. Staf diorang ni kerja kengkadang sampai pukul 10 malam. Tapi toilet kami share 1 level.

Toilet ada 6 kubikel, menghadap sink. Ni gambaran toilet kat opis tu:


*gigih tau pi lukis ni*

Aku selalunya akan masuk kubikel 6 atau 5 sebab bersih. Masa masuk toilet tu, aku terkejut jugakla sebab ada sorang minah ni dok berdiri kat sink hujung sekali sambil menghadap tingkap. Seingat aku, aku tak pernah nampak lagi minah tu kat level ni. Maybe salah sorang staf opis peguam tu. Aku pun masuk je dalam kubikel 5, buat apa yg patut. Dah sudah tu, aku keluar, aku tengok minah tu masih lagi berdiri kat situ. Tak bergerak sikit pun. Aku pergi kat sink yg first sekali, yg dekat dengan pintu keluar untuk basuh tangan dan muka. Sambil tu aku jeling-jeling la sikit kat minah tu, tertanya-tanya apa yg dia dok buat berdiri tegak je kat situ.

Minah ni rambut dia panjang, melepasi bontot. Dia berpakaian serba hitam, macam skirt labuh ke apa, aku tak pasti. Kulit putih melepak. Muka dia aku tak nampak sebab dia menghadap ke tingkap tu. So aku dok basuh tangan tu, aku tengok jam, dah nak pukul 7. Tetiba je aku rasa seram sejuk. Aku rasa macam ada angin bertiup arah aku. Bulu roma aku dah meremang. Aku terus lari keluar dari toilet. Oleh kerana aku masih rasa keseraman dan kesejukan, aku ambil keputusan nak sudahkan kerja esok pagi je. Aku kemas-kemas handbag dan pergi kat Suzie. Aku pun cerita kat Suzie apa yg aku nampak.

Aku ajak Suzie teman aku turun bawah. Suzie pulak bila dah dengar cerita aku, dia sama kelam-kabut nak balik. Kalau nak keluar pergi kat lif, memang akan lalu toilet ni. Si Suzie ni pulak terlebih curious, nak jugak jenguk dalam toilet. Aku dah tekan butang lif nak turun bawah. Suzie masuk toilet lepas tu keluar balik. Muka dia pucat je.

Suzie: Weh, dia ada lagi la. Tak bergerak langsung. Tapi aku pun rasa macam seram jugak bila masuk toilet.

Lepas Suzie cakap macam tu, terdengar macam orang jalan seret kaki dari dalam toilet. Aku dan Suzie tak tunggu dah. Lari terus ikut tangga kecemasan sampai ke lobi. Brader guard tu pun tengok kitorang semacam je bila dah termengah-mengah turun tangga. Esoknya, aku pi opis peguam tu, saja buat-buat tanya khabar sambil aku tanya kat receptionist tu ada tak staf depa yg berambut panjang sampai bontot. Receptionist tu tengok aku lama, lepas tu dia cakap "Takde orang macam tu kat sini, kak. Akak jumpa penunggu toilet tu."

Pehhh... meremang terus bulu roma aku bila dia kata gitu. Lepas tu aku tak guna dah toilet level 3 tu. Aku sanggup naik level 4 kalau nak guna tandas.


Tamat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 04:26 PM | Show all posts
GhostWalking posted on 17-11-2014 01:59 AM
Hoiiiiii takut citer ko nih.tak tau la aku susunan ayat ke isinya ke tapi citer kak ton memang seram ...

takut yer....
avatar die yg creepy tu die tak seram pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2014 04:37 PM | Show all posts
edoraixora posted on 17-11-2014 11:34 PM
Nk tgok jugak rupe cik ton tu
Cantik lagu mana
Tapi mcam seram pulak

seru la
aku tak tau....

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 04:41 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 10-12-2014 08:26 AM
takut yer....
avatar die yg creepy tu die tak seram pulak

seram weh cite ciknana ni
hantu mat saleh tak seram sangat
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 04:57 PM | Show all posts
Shahreen74 posted on 24-11-2014 11:29 AM
heehee.. kt umah ni x takut.. sebb mmg setiap mlm pasang ayat Ruqyah.. sejak en. asben kene ganggu ...
sejak en. asben kene gangguan 2 tahun lepas
dh ada yg mintak uol citer psl ni?

klu dh, ok
nnt i baca
klu tak, please...share ur story

tt, boleh kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 05:40 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 10-12-2014 04:57 PM
dh ada yg mintak uol citer psl ni?

klu dh, ok

Boleh je. Sila, sila. Nak tau gak cerita.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.079421 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list