CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sundayz0

Mari Bercerita

[Copy link]
Post time 18-11-2014 06:01 PM | Show all posts
ri_na76 posted on 17-11-2014 10:19 PM
Remy ishak ada bukak cc ke bang....

mana la tau. dia kan kaya. ada duit buleh bukak cc.
hahahaha

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2014 06:56 PM | Show all posts
Amboi bahasa tt ni. Hiperbola sangat. Ape pun all the best la. Best cita tt ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 12:22 PM | Show all posts
Aku jarang balik kampung la tt. Aku mencari rejeki kat tengah bandar kota raya kolumpo. Untungla tt bole bukak bisnes kat kampung. Aku xde modal. Nanti dah pencen baru aku balik bertapa kat kampung. Hajat di hati nak bukak kedai makan mek siti wan kembang di bandar pasir puteh. Jemput la datang nanti ye. Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 07:39 AM | Show all posts
pening gak nak membaca cerita ni. ayat terlampau bersastera..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 01:35 PM | Show all posts
TT, kemana kamu pergi??

Dah habeh ke cite misteri mung? Aku beriya menunggu lagi ni. TT janganla menghilang.

Aku nak tanya ni. Mung pernah dengar tak sungai yang mung katakan ada langsuir tu sebenar sungai tu ada "sesuatu". Aku pun ada experience tapi x banyak. Izinkan aku story kat sini ye.

Sungai tu laluan nyer di belakang rumah aku. Nampak tenang tapi nenek aku cakap ada buaya. Cukup risau kalu hujan lebat dan sungai bah sebab boleh melimpah sampai ke rumah kami. Tapi nasib baiklah tak pernah terjadi bah yang teruk. Aku cukup suka main dekat2 dengan sungai tu. Taktau la kenapa. Satu hari aku jenjalan sampai hampir sungai. Semakin hampir aku rasa kaki aku ditelan selut. Semakin hampir semakin tenggelam kaki aku. Dada aku pun semakin berdebar. Aku rasa x sedap hati, aku tarik cepat2 kaki aku dan patah balik ke rumah.

Kisah kedua ada satu malam tu aku nak buang air kecil. Bilik air aku memang menghala ke sungai. Seingat aku waktu tu memang lewat malam dalam pukul 12 lebih macam tu lah. Selesai buang hajat, aku terdengar sayup2 suara. Aku tak pasti bunyi suara apa, ada semacam suara bayi menangis, ada semacam bunyi kucing memanggil mengiau-ngiau. Sayu je bunyi suara tu. Aku bgtau mak aku, mak aku marah aku. Katanya jangan dilayan bunyi tu.

Kisah ketiga, aku baru sampai dari kl naik bas waktu malam dan smpai kampung jam 5.00 pagi. Aku naik "prebet sapu" dari bandar menuju ke kampung. Waktu ni mak aku sedang enak tidur diulit mimpi. Aku jenuh memanggil mak aku dari pintu depan. Dah penat kaki aku berdiri, aku memanggil dari tingkap bilik mak aku. Masa nak panggil tu aku terpaling ke kanan which is menghala ke sungai. Aku nampak sesuatu. Seolah2 seperti satu bebola merah sedang tengok aku. Aku ketuk cermin tingkap bilik mak aku sambil jerit2 suruh cepat bukak pintu sebab aku bagitau aku nampak "sesuatu". Mak aku marah kata jangan tengok. Aku berlari ke pintu depan sebab takut. Dalam rumah aku cakap kat mak aku benda yang aku nampak tu. Kami berspeku. Mustahil lembu sebab bebola tu aku nampak tinggi. Ketinggian yang melebihi lembu dewasa.

Sume kejadian tu semasa aku masih di alam persekolahan. Masih panas dalam ingatan aku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 02:55 PM | Show all posts
kenapa ramai kata pening eak dengan gaya penulisan TT?  sebab aku rasa biasa2 je.. ok je.. senang je nak hadam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2014 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
arrowtotheknee posted on 15-11-2014 11:38 AM
Aku nak tanya ni.



Punyalah aku skrol. rupnya ini!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
hest posted on 22-11-2014 02:55 PM
kenapa ramai kata pening eak dengan gaya penulisan TT?  sebab aku rasa biasa2 je.. ok je.. senang je ...

Kalau begitu aku yakin kau pengikut penulisan buku fixi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 10:46 AM | Show all posts
aerolz posted on 23-11-2014 08:52 PM
Kalau begitu aku yakin kau pengikut penulisan buku fixi

hahahahaah tak juga... tapi aku memang membaca novel
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 11:19 AM | Show all posts
abe yg kacak segak brgaya sila update lg na
monday blues rini
amik motivasi wat keja sat, hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 02:52 AM | Show all posts
sundayz0 posted on 18-11-2014 01:31 AM
Okay pc aku baru tuka hardisk dan aku lupa bekap karangan cerita hantu tempatan yang aku karang hamp ...

ko dulu blaja mana ek?
taman tenaga cheras
dulu selalu lepak situ jamming lepas tu depan dia penuh kedai makan
terbaik

nak speku ko dulu student UPm ke?

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
sambungan pls!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 01:53 PM | Show all posts
Kejap, aku kena gout. Sakit dowh...!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 02:05 PM | Show all posts
xoxopac08 posted on 22-11-2014 01:35 PM
TT, kemana kamu pergi??

Dah habeh ke cite misteri mung? Aku beriya menunggu lagi ni. TT janganla  ...

A`ah sungai tu banyak mistik. Zaman ayah kepada moyang aku duk situ ada kisah jugak menurut cerita nenek aku masa tu dunia kepawangan sangat cool story dan bole main seru seru buaya mistik, dan ayah kepada moyang aku dikatakan masa tu pawang buaya. Kalau berilmu kena cara mungkin bole belajar tamparan buaya macam Bomo VIP Malaysia tu. Lel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 02:07 PM | Show all posts
leenaz posted on 26-11-2014 02:52 AM
ko dulu blaja mana ek?
taman tenaga cheras
dulu selalu lepak situ jamming lepas tu depan dia pen ...

Dulu aku masuk KPTM Cheras untuk dapatkan kelayakan tajaan MARA demi kesinambungan BBA di MMU. Kira induksi aku belajar KPTM Cheras dan bermastautin di Apartment Lestari. Nasibaek aku masuk lewat 1 year kalau tak sure kena duk Levera berhantu tu. Lel. Tahun ke dua sebelom kena seludup Cyberjaya, aku pindah duk Sri Shamelin maklumlah aku bukan gahara nak tanggung sewaan apartment RM1.4k sebulan. Lel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 02:11 PM | Show all posts
Tajuk; Belaitubuh Buaya Mistik
Lokasi; Sekitar Pasir Puteh (Kelantan) ke Besut (Terengganu)
Tarikh Kejadian; Penceritaan dari sepupu yang berusia senja.


Penceritaan semula kisah ini adalah ketika aku menemani beliau mengambilalih kereta sedara di Kota Bharu. Perjalanan dari Pasir Puteh ke Kota Bharu ditemani dengan hujan guruh dan angin kencang membuatkan kancil turbo pinjaman itu merangkak rangkak dalam kesurupan waktu seawal jam 5 pagi. Apa boleh buat, nak pakai kereta adik aku nanti rasa sayang pula kalau terpaksa redah jalan berlumpur, nanti kos mencuci aku pula tanggung lel. Kedekut sket demi kekayaan duniawi.

Dalam aku duk tersengguk sengguk menahan mata dari terlelap demi kesejahteraan pemandu, tiba tiba beliau membuka topik berkenaan sejarah nenek moyang yang lama dan kurang disejarahkan oleh kebanyakan ahli keluarga. Katanya dulu salah seorang leluhur adalah seorang pawang yang hebat dan memiliki seekor buaya mistik, katanya lagi buaya itu masih mendiami sekitar sungai yang dikatakan berhantu dalam penceritaan yang lalu dan ini membuatkan andrenaline aku bingkas memberi response kepada tindakbalas kimia badan untuk terus kekal aktif demi kesinambungan cerita.

Diceritakan dari mulut ke mulut, pawang tu nama dia Che Deraman. Kepalanya botak, mukanya sedikit bengis. Suka memancing di sungai berkenaan dan selalu masuk hutan. Buat apa masuk hutan, tak pula siapa tahu. Hutan mana, tak pula siapa bertanya. Misteri terus kekal misteri selayaknya untuk generasi seterusnya. Ahh... yang pasti beliau punyai hayat yang agak panjang, di mana salah seorang cicit (pakcik aku sekarang) sempat ketemu beliau dan menjadi saksi kepada proses pem-buaya-an itu di mana beliau (pakcik aku) pernah ketemu dan bermain main anak dengan buaya putih berkenaan di gigi air. Kisah hayat yang panjang ini, aku bangkang kerana kemungkinan pada zaman itu usia matang untuk berkahwin ialah 18 tahun. Kata aku sambil memegang kertas membuat taakulan mantik, dan sepupu aku setuju.

Nak cerita panjang panjang pun tangan aku sakit now, so aku ringkaskan cerita ini bahawasanya dikatakan buaya mistik itu masih wujud di sungai berkenaan dan bole disaksikan oleh leluhur asli keluarga dengan membaca mentera tertentu. Mentera apa, kena tanya pakcik aku. Pernah juga aku bertanya minggu lepas, beliau kata aku belum kental iman belom masa. Aku sedikit terkilan. Disanadkan oleh beliau lagi, buaya mistik itu kali terakhir beliau lawati adalah dalam 10 tahun kebelakangan ini, dan size buaya itu sudah membesar dengan cemerlang. Ntah, selagi tak nampak dan selagi tak snap picture aku separa percaya dan anggap ia sebagai dogengan sahaja, kata aku kepada beliau sambilk makan nasik.

Sekian, wassalam.

Pesakit Gout Kritikal Extreme Lel
- SundayzO -


Last edited by sundayz0 on 27-11-2014 02:23 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 02:34 PM | Show all posts
sundayz0 posted on 27-11-2014 02:11 PM
Tajuk; Belaitubuh Buaya Mistik
Lokasi; Sekitar Pasir Puteh (Kelantan) ke Besut (Terengganu)
Tari ...

tt, mung ni muda2 dah ada gout. Ni mesti makan x pantang. Lom kawen. Jaga badan tu kawan. Badan nak pakai lama. Makan tu jangan main bedal aje.

Aku baca cite Belaitubuh Buaya Mistik buat aku nak tergelak pun ada. Takde seram pun sebab ayat mung ni sastera sungguh. Mesti mung ni mat jiwang kan. Hahahaha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 02:46 PM | Show all posts
@xoxopac08 ; aku dah insaf dah. Makan nasik kosong je now. Kentaki tengok saja, pizza amek bau je. Mentis air mata tengok budak budak MyEG sebelah duk makan.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 02:49 PM | Show all posts
sundayz0 posted on 27-11-2014 02:46 PM
@xoxopac08 ; aku dah insaf dah. Makan nasik kosong je now. Kentaki tengok saja, pizza amek bau je. M ...

Bila dah baik, boleh makan. Tapi jangan selalu dan jangan makan seolah2 macam x pernah makan. Amek rasa je. Buat masa sekang, pantang dulu. Bukan x biasa makan kan, wat relaks je tgk budak2 tu makan pun. Sambil pantang, sambil bole simpan duit.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 02:55 PM | Show all posts
Baeklah terima kasih atas nasihat pemakanan ittew. Kita hargai nasihat awak. Jom deting dengan penuh kash sayang IF ONLY you're female. dôôb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.257948 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list