CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2248|Reply: 0

Bakar 600 kalori dalam 60 minit

[Copy link]
Post time 17-11-2014 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Satu demi satu lagu po-pular dimainkan dan kebanyakannya masih tegar menghayun tubuh tanpa mengira betul atau tidaknya ritma tempo itu.
Nyata hayunan kaki dan tangan berjaya memujuk diri untuk terus menari hingga tamat sesi meskipun terpampang riak keletihan pada wajah masing-masing.

Sememangnya senaman Jazzercise bukan rejim senaman biasa. Sekali pandang ia seperti aerobik, tapi Jazzercise lebih tertumpu kepada gerakan tarian di samping latihan tentangan mudah.


Aktiviti bersenam sering dilabel membosankan berikutan melakukan rutin yang sama. Pasti ramai antara kita hanya teruja bersenam di peringkat awal sebelum mengalah selepas beberapa sesi.

Justeru, faktor bosan itulah yang cuba dielakkan dalam program senaman Jazzercise dan ia lari daripada rutin senaman biasa menerusi gabu-ngan aerobik, tarian, yoga dan seni mempertahankan diri.

Nyata, ia yang kini menjadi fenomena senaman dunia dan francais antarabangsa berpangkalan di Carlsbad, California, Amerika Syarikat itu menyenaraikan lebih 10,000 jurulatih dan hampir 50,000 kelas latihan di lebih 32 negara.

Seperti kali pertama ia diperkenalkan oleh Judi Sheppard Missett di Evanston, Illinois, Amerika Syarika pada 1969, Jazzercise meng-gabungkan variasi tarian antaranya jaz, hip hop, country dan pop serta diselang-selikan dengan gerakan kickboxing, yoga juga pilates bagi menjadikannya senaman menyeluruh selama 60 minit.

Antara 30 ke 40 minit pertama ia dimulakan dengan aerobik tarian, 15 ke 20 minit seterusnya untuk latihan kekuatan tubuh bagi membentuk otot tangan, mengempiskan perut dan memejalkan punggung, kaki serta paha.

Beberapa minit terakhir pula menjurus kepada senaman yoga dan pilates yang lebih kepada regangan serta menyejukkan badan.

Jazzercise mudah diikuti wanita pelbagai peringkat usia terutama antara lima hingga 65 tahun kerana rentak tarian yang mudah untuk diikut dan tidak perlu menghafal rentaknya.

Berdasarkan kajian Universiti Kansas, Amerika Syarikat, senaman ini berupaya membantu mengurang-kan tekanan darah tinggi dan beberapa penyakit lain serta berkesan mengurangkan sel barah.

Bagaimanapun, majoriti yang menyertainya lebih memberi tumpuan untuk menurunkan berat badan dan mengekalkannya di samping meningkatkan kecergasan.

Sememangnya rentak Jazzercise tidak begitu sukar untuk diikuti. Ajakan beberapa teman sebelum ini membuat-Skan penulis agak skeptikal kerana berasakan ia hanya refleksi kepada senaman aerobik tradisional yang dikemaskinikan bagi menepati trend semasa.

Hakikatnya, Jazzercise menyeronokkan dan tidak memerlukan peserta menghafal rentak. Penggunaan beberapa peralatan ri-ngan seperti tali regangan pula membuatkan senaman ini lebih intensif.

Penulis sendiri tidak me-ngambil tempoh lama untuk memahami tempo pergerakannya dan berupaya mengikut pergerakan pelatih kecergasan serta peserta lain yang sudah beberapa kali menyertai kelas itu.

Sesi tambah menarik apabila himpunan lagu terkini dimainkan bagi mengelakkan peserta berasa bosan dengan lagu dan rutin yang sama serta mengelak tubuh imun dengan rentak latihan sedia ada.

Jelas pelatih Jazzercise merangkap salah seorang pemilik Lola Fitness Studio yang mengkhususkan kepada senaman ini, Apsah Pucha Paji, Jazzercise membantu membakar 600 kalori dalam 60 minit menerusi gerakan senaman kardio dan kekuatan otot tubuh.

"Mengkut pelbagai kajian kesihatan berterusan terutama di Amerika Syarikat, Jazzercise bukan saja membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan obesiti, malah meningkatkan stamina serta keyakinan diri.

"Tetapi majoriti peserta lebih memberi tumpuan untuk menurunkan berat badan dan mengekalkannya di samping meningkatkan kecergasan.
"Menariknya wanita hamil juga boleh menyertai-nya. Ada beberapa pelatih Jazzercise yang masih mengamalkan senaman ini walaupun hamil hingga minggu terakhir sebelum bersalin.

"Bagaimanapun, sebaik-nya kami sarankan wanita hamil mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan senaman ini," katanya.
Dengan melakukan Jazzercise juga, kadar degupan jantung akan meningkat pada tahap maksimum antara 55 hingga 85 peratus ketika segmen aerobik (seperti dalam carta).

Seperti senaman lain, Jazzercise menitikberatkan keupayaan seseorang individu dan setiap peserta disaran melakukan senaman me-ngikut kemampuan fizikal mereka.





      Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 5:01 AM   
«»






HANYA 60 minit diperlukan dalam Jazzercise bagi membantu membakar sekurang-kurangnya 600 kalori pada setiap sesi.








- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9517#sthash.1vat2TZc.dpuf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.332822 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list