CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1713|Reply: 0

Dulu dituduh Syiah, sekarang PasMa, kata Husam

[Copy link]
Post time 17-11-2014 06:14 PM | Show all posts |Read mode

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata tuduhan lalu tentang mengupah penulis memburukkan pemimpin PAS serta tuduhan terbaru terhadapnya tentang terlibat dengan PasMa fitnah semata-mata. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 November, 2014.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengatakan tuduhan beliau terlibat dengan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hanyalah fitnah semata-mata.

Husam berkata, tuduhan mengatakan Pasma ditubuhkan di sebuah perpustakaan didakwa miliknya juga adalah tidak benar.

“Sebelum ini saya dituduh Syiah kerana menamakannya Nur Zahrah iaitu nama kepada Saidatina Fatimah iaitu isteri kepada Ali," kata Husam seperti dilaporkan Harakahdaily, merujuk kepada Fathimah Zahra, isteri kepada menantu Nabi Muhammad, Ali Abi Talib.

“Perpustakaan tersebut milik orang lain dan perjumpaan menubuhkan Pasma adalah dengan izin pemilik berkenaan dan saya tidak terlibat."

Sebelum ini tersebar tuduhan mengatakan Husam berada di belakang Pasma dan kumpulan yang dilihat anti kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menggunakan perpustakaan miliknya semasa penubuhan badan itu.

Menurut Harakahdaily, Husam berkata fitnah tersebut sama dengan apa yang dihadapinya berkaitan tuduhan mengupah seorang penulis menulis artikel memburukkan pemimpin PAS.

“Semua itu tidak benar. Walhal penulis berkenaan selama empat tahun menyerang saya, sehinggalah dalam satu majlis alumni penulis berkenaan duduk dekat saya. Dan hanya kerana itu saya dituduh mengupah penulis berkenaan memburukkan pemimpin,” katanya.
Sebelum ini, Pasma menegaskan pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang urusan parti PAS, termasuk pemilihan jawatan tertingginya, walaupun ahlinya juga merupakan ahli PAS.

Presiden Pasma Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, bagi meredakan salah faham mengenainya, PasMa akan menemui kepimpinan PAS, diketuai naib presiden Salahudin Ayub minggu depan.

"Kami tidak akan campur urusan PAS. Masalah kepimpinan dalam Pakatan Rakyat (PR) akan ditentukan sendiri oleh mereka," kata Phahrolrazi pada satu sidang media selepas selesai mesyuarat pertama PasMa di Petaling Jaya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian menjawab soalan wartawan sama ada PasMa akan terlibat dalam pemilihan PAS yang bakal diadakan pertengahan tahun depan ekoran pendekatannya yang mahu PAS rapat dengan PR.

Phahrolrazi berkata cadangan pertemuan PAS dengan pemimpin PasMa membayangkan pengiktirafan parti Islam itu terhadap mereka dan mengubah kenyataan Majlis Syura Ulama sebelum ini yang meminta ahli PAS menjauhkan diri dari program PasMa. – 16 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.0JK0Qwx3.dpuf Last edited by DTECCONAN on 17-11-2014 06:35 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.057808 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list