CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Edisi Amboi Ko Dekkkk:Rayyan Dapat Naik BMW Akhirnya.UPDATE #194

[Copy link]
Post time 18-11-2014 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
linnnda posted on 18-11-2014 08:43 AM
ramai betol melayu namakan anak dia rayyan skang ni
selalu i dgr parents terjerit2 panggil ryan..ry ...

Muahaha.. Ada sekjp tu trend danial.. Panggil daniel..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2014 10:02 PM | Show all posts
sekngucing posted on 18-11-2014 09:42 PM
kalau aku ada anak pompuan
aku akan namakan Dorothy
sorang lagi nama Alice

Same la...aku kalu ada anak laki aku nak namakan justin timberlake ,kalo pompuan aku nak namakan veronica..yg lelaki tu membawa maksud retis,yg pompuan tu xde tujuan just suke nama tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 07:41 AM | Show all posts
cinonet182 posted on 18-11-2014 04:34 PM
tak semua yg pakai bmw tu kaya...ada bmw murah dr myvi...cuma bila baca kisah rayyan ni kami rasa  ...

ko slh sorg members bmw ni ek...tabek skittt
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 08:39 AM | Show all posts
axl_bach posted on 18-11-2014 09:42 PM
kalo aku senang jer, sebutan nama ikut ejaan arab......kalo Rayyan aku sebut jadi bunyi "Royyaaan" ...

mereka tu ego bang, mana nak ngaku niat letak nama camtu sbb nak fefeeling kokesen
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 09:16 AM | Show all posts
Marah beno org2 dalam ni yg ada anak nama fefeling gitu. KIHKIHKIHKIH.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
hantu_poyos posted on 18-11-2014 06:07 PM
Khen nonoks...

Sukatila apela nak letak..janji mksd baik..xkirala bahasa arab ke monggolia ke g ...

Iols retis ok...harus after sebulan br reveal nama....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2014 09:33 AM | Show all posts
lupa nak jawab soalan semalam, anak saya bernama omar dan aisyah
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 09:43 AM | Show all posts
budakmanentah posted on 18-11-2014 08:57 AM
hahahah...kejam btol statement ko...tp mmg betul pon...ummah kampungan pon gigih buh nama anak dan ...

Janganlah kejam sangat.

Daniel/ Danial tu kalau tak salah nama salah seorang nabi.

Bab nak menamakan anak ni, no komen sebab nama anak-anak saya pun berjela juga.

Mohamad Anuarul Hakimi
Nur Humaira Tihani
Mohamad Adam Hawwari

Psttt, bukan nak canang nama anak ea.
Last edited by wipers81 on 19-11-2014 09:52 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2014 09:50 AM | Show all posts
hantu_poyos posted on 18-11-2014 06:11 PM
Kosser...

Anak uols dgn ahmad dhani kan nak letak nama anak bermula kachak kalo pompuan nama se ...

opkos... setara laa dgn kesantekkan mak dan ketampanan bpk... uols hado? ehh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 09:59 AM | Show all posts
wipers81 posted on 19-11-2014 09:43 AM
Janganlah kejam sangat.

Daniel/ Danial tu kalau tak salah nama salah seorang nabi.

patut kena tambah al sebelum hakimi, tihani dan hawawri tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 10:07 AM | Show all posts
wipers81 posted on 19-11-2014 09:43 AM
Janganlah kejam sangat.

Daniel/ Danial tu kalau tak salah nama salah seorang nabi.

Nur Humairah Tihani? mcm dalam novel aisya sofea hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 04:55 PM | Show all posts
alhamdulilah..

Ala naik je pun, budak tu bukan mintak kereta sebuah,

Thumbs up pd orang yg really take time off just adik Rayyan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 07:45 PM | Show all posts
murah rezeki sapa yg hiburkan hati rayyan ni....kalau keje klinik desa simpan gaji 3 tahun tak sentuh bleh la pakai  e46 seken....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2014 08:21 AM | Show all posts
Shah Alam:"Seronok sangat dapat naik kereta BMW. Suka kereta ni sebab laju," itu luahan Muhamad Rayyan Azhar, 5, yang menderita penyakit kanser otot sejak tahun lalu ketika dibawa berkonvoi oleh lebih 80 buah pemilik kereta mewah itu daripada persatuan Mthusiast&BMW E60.

   Jelas terpancar wajah kegembiraan dan perasaan teruja kanak-kanak terbabit ketika masuk ke dalam kereta BMW sambil duduk diriba bapanya yang turut menyertai konvoi berkenaan.

   Difahamkan, Rayyan bersama bapanya menanti ketibaan rombongan konvoi itu di hadapan rumahnya di Kampung Padang Jawa seawal jam 7.30 petang sebelum memulakan perjalanan pada jam 9 malam.


   Menurut bapanya, dia terkejut dan tidak menyangka ramai yang prihatin untuk memenuhi hasrat anaknya apabila sanggup menawarkan untuk menaiki kereta BMW milik mereka.

   "Apa yang saya harapkan anak saya (Rayyan) gembira apabila hasratnya untuk menaiki kereta berkenaan sejak kecil sudah tercapai. Saya hanya mahu melihat dia gembira apatah lagi memandangkan pada Ahad ini adalah sambutan hari lahirnya.

   "Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam menjayakan misi konvoi untuk memenuhi impian anak saya," katanya ketika ditemui Harian Metro.

   Sementara itu, Presiden persatuan Mthusiast&BMW E60, Mohd Nizam Ismail berkata pihaknya tersentuh untuk membantu memenuhi hasrat kanak-kanak malang itu selepas impian berkenaan dimuat naik di laman sosial dan menjadi viral.

   "Kami mahu memberi suntikan semangat selain komited untuk menggembirakan Rayyan. Ini adalah masa sesuai untuk memenuhi impiannya dan kami berharap supaya dia cepat sembuh.

   "Seramai lebih 80 buah kereta BMW akan sama-sama mengiringi konvoi membawa Rayyan bermula dari rumahnya di Kampung Padang Jawa ke Restoran KFCLebuhraya Persekutuan, Shah Alam menghala ke Kuala Lumpur yang dijangka mengambil masa selama lebih 45 minit perjalanan.

   "Kami turut mengutip dana dan memberi sumbangan untuk Rayyan sempena sambutan hari lahirnya yang jatuh pada 24 November ini," katanya.
   Turut hadir menyertai konvoi berkenaan adalah pelakon dan pelawak Tauke (Jambu) atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria.

   Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang kanak-kanak mengidap kanser otot sejak setahun lalu berhasrat untuk menaiki kereta mewah BMW yang sudah menjadi impiannya sejak kecil.

   Disebabkan kekangan hidup memandangkan bapanya hanya berkerja di sebuah kilang Shah Alam, tidak mampu melunaskan impian anak kecil itu.





      Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 November 2014 @ 3:54 AM   
«»
Pesakit kanser otot Muhammad Rayyan Azhar, (dua dari kanan) bersama bapanya Azhar Ahmad.











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10203#sthash.pZ3f3hZ9.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bawak malam ke....

Harap group ni buat sekali lagi siang hari pada bday rayyan ahad ni
...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 11:13 AM | Show all posts
jazaa posted on 20-11-2014 12:27 AM
Bawak malam ke....

Harap group ni buat sekali lagi siang hari pada bday rayyan ahad ni

Mesti best kalau bawak dia pusing2 KL nak BMW masa birthday dia. Pastu buat brithday party bertemakan BMW.

Budak2 ni kalau kita bagi benda yg dia minat, dia akan hargai.. walaupon benda tu kecik. Anak sedara aku gemar sangat Ben10. Belikan jam Ben10 rege RM10 kat pasar malam pon dipeluk bawak tido.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2014 08:18 AM | Show all posts
Shah Alam: “Kami tiada niat untuk meminta lebih namun saya tidak menyangka begitu ramai individu sangat prihatin dengan keinginan Rayyan walaupun mereka tidak mengenali kami.

“Saya sangat terharu dengan kesanggupan pihak terbabit kerana memberi peluang kepada Rayyan untuk menaiki kereta BMW seperti diinginkan,” kata Azhar Ahmad, 40, bapa kepada Muhamad Rayyan Azhar, 5, yang menderita penyakit kanser otot sejak tahun lalu.

Azhar berkata, sejak hari pertama isterinya Hasni Mat Hassan memuat naik keinginan anaknya untuk menaiki kereta BMW, dia tidak henti-henti menerima panggilan telefon daripada individu yang ingin menawarkan diri.


“Pada mulanya kami hanya mahu meminta bantuan seorang individu yang memiliki kereta jenis BMW untuk membawa anak saya menaiki kereta berkenaan.

“Namun tidak sangka berita berkenaan tersebar begitu cepat di laman sosial dan ini membuktikan masih wujud sifat prihatin rakyat negara kita kepada golongan yang kurang bernasib baik walaupun tidak mengenali antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui malam kelmarin.






      Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 November 2014 @ 5:16 AM   
«»
Muhamad Rayyan  (kanan) bersama bapanya menaiki  BMW berkonvoi di sekitar Kampung Padang Jawa, kelmarin.











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10651#sthash.Wsa9G3Hs.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 08:27 AM | Show all posts
jadi masalah pula bagi azahar pasal setiap hari ada saja pemandu bmw dtg ke rumah beliau nak tawarkan meronda dlm kereta bmw
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:44 AM | Show all posts
azimodin posted on 20-11-2014 11:13 AM
Mesti best kalau bawak dia pusing2 KL nak BMW masa birthday dia. Pastu buat brithday party bertema ...

ala sweetnyer anak sedara ko
bg aku , bagus laa ramai yg prihatin
budak2  mmg lebih pandai menghargai
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:32 AM | Show all posts
kihkih..aku yg dok pdg jawa pon tak taw dorang konvoi masuk pdg jawa hihi..
mak rayyan ni saing aku mase ngandung dulu..kerap gak nampak rayyan n adeknya ngikot mak g checkup..
tak sangka plak rayyan sakit kanser otot huhu..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.379590 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list