View: 28053|Reply: 173
|
Empat Kali Cerai Uols...
[Copy link]
|
|
Shima mahu hidup sendirian tanpa perlu memikirkan hendak bernikah lagi. Foto RAFIQ RAHMAN
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Penyanyi popular 1990-an, Shima mendedahkan dia sudah kembali solo sejak dua tahun lalu selepas bercerai dengan rakyat Kanada yang dikahwininya pada tahun 2003.
Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 45, berkata, ia merupakan perceraiannya buat kali keempat dan dia tidak mahu lagi memikirkan tentang pasangan hidup.
"Empat kali berkahwin, empat kali juga bercerai. Ingatkan yang terakhir sebelum ini dapat bertahan lama, tetapi jodoh kami tidak panjang.
"Kerana itu kami bercerai dua tahun lalu dan sekarang saya kembali solo. Cukuplah dengan alam berumahtangga. Bukannya serik, tetapi saya rasa hidup sendirian seperti sekarang lebih membahagiakan," katanya kepada mStar Online.
Tambah Shima, bagaimanapun dia tidak akan menolak sekiranya ditakdirkan bertemu dengan jodoh lain kerana ia adalah ketentuan Ilahi.
Selain dengan rakyat Kanada itu, Shima pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain keyboard kumpulan The Boys iaitu Satiman pada tahun 1990 dan bercerai pada tahun 1994.
Dia juga pernah berkahwin dengan seorang guru bernama Khairun Lamb pada tahun 1996, namun mereka bercerai pada 1998. Bagaimanapun Shima enggan berkongsi identiti individu ketiga yang dikahwininya.
Sementara itu, Shima juga tidak pernah berasa sunyi tanpa teman kerana aktiviti hariannya sentiasa terisi dengan pelbagai kerja-kerja nyanyian selain meluangkan masa bersama lima ekor kucing kesayangan.
"Dulu masa awal-awal bercerai, memanglah rasa sunyi, tetapi lama-lama rasa itu hilang lebih-lebih lagi apabila hari-hari kita diisi dengan pelbagai aktiviti.
"Sekarang ini saya rancang mahu kembali aktif dalam industri seni muzik tempatan. Lagipun saya dah lama tak keluar album. InsyaAllah pada tahun hadapan saya akan muncul dengan single lagu baharu," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Shima kini terlibat dengan pertandingan nyanyian Gegar Vaganza, yang menampilkan penyanyi-penyanyi yang pernah popular sebelum ini.
"Alhamdulillah, saya ditawarkan menyertai pertandingan ini selepas setahun menamatkan kontrak menyanyi di sebuah hotel.
"Bagi saya, ini satu cabaran baik untuk saya memantapkan diri semula sebelum muncul dengan single lagu baru," tuturnya.
Antara penyanyi lain yang turut terlibat termasuklah Mamat (Exist), Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.
Gegar Vaganza bersiaran bermula 16 November 2014 setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).
Shima sebelum ini pernah popular menerusi lagu Di Sebalik Sejuta Wajah, Setelah Aku Kau Miliki dan Teringin.
**Mstar
|
|
|
|
|
|
|
|
hurm...sila bertabah la ka shima...
tak taw nak komen cemana |
|
|
|
|
|
|
|
ni haaa piccanya ai tempek kan
chubby bam bam kann
|
|
|
|
|
|
|
|
gigihnya ko kak berbaju giteww |
|
|
|
|
|
|
|
Special sangat husband no 3 nya |
|
|
|
|
|
|
|
iols sebaya dgn dia pon idok tergamok nak makeinya baju tu |
|
|
|
|
|
|
|
individiu ketiga tu suami org kah?
sheols ni x de anak, tu yg payah tu...tp meols pernah makan sblh meja dgn sheols n hubby kanada tu...jgnt ak tau hubby omputih tp makan nasi padang hurkeh...and speaking malay juga. |
|
|
|
|
|
|
|
ksian gak shima ni dh 4 kali kawen n 4 kali cerai..tkpe la...ada sesuatu yg lbh baik Allah nk bg pd dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
erm .. xde anak eh .. mungkin sebab tu .. xpelah move on kak semoga berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
bertabahlah kak shima.. mungkin ada hikmahnya tuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mokcik ni..pakai la bajusenonoh sikit la..tua dah kan. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah lah kak shima..xde pic anak2 beliau ker..agak2 sape suami no.3 yg dirahsiakan tu ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
suami pertama sheols Satiman tu dulu ahli the boys...skrg jd manager hotel kt mana ntah... xnak rujuk balik ke dgn satiman? hensem lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Ouh... still singing... good luck shima .. dulu2 shima rawks... |
|
|
|
|
|
|
|
kebabom kak shima pakai baju mcm tu . harap suara masih sedap seperti dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
duyong95 posted on 18-11-2014 09:59 AM
iols sebaya dgn dia pon idok tergamok nak makeinya baju tu
walaupun badan uols lagi mantap dr sheols kan? hehehhe
|
|
|
|
|
|
|
|
aishhh, seksinyaaaaa
tengok dalam gegar vaganza kulit bertompok2
ni pulak nk pakai skirt, habis nampak semua selulit dan tompok2
|
|
|
|
|
|
|
|
alamak...appearance nk come back tak kena la kak shima.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|