CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3831|Reply: 9

Mini Drama Sambungan ‘Ada Apa Dengan Cinta’

[Copy link]
Post time 18-11-2014 08:46 PM | Show all posts |Read mode
Tiada siapa boleh menidakkan kebenaran mengenai filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) adalah sebuah fenomena pada awal tahun 2002 tersebut. Ia antara karya seberang yang menjadi kegilaan anak-anak muda generasi 90-an dan memberikan kesan sehingga kini.



Kini setelah dua belas tahun berlalu apakah yang berlaku kepada 5 sekawan dengan pemuda bernama Rangga yang cukup hebat peranannya dimainkan Nicholas Saputra tersebut? Masihkah anda teringat kisah babak terakhir sebelum mereka berpisah di lapangan terbang ketika itu, romantis sekali.

Dek kerana keyakinan yang tinggi oleh pihak penaja iaitu LINE, pembangun aplikasi mesej ringkas terhadap kisah cinta Rangga dan Cinta dimainkan Dian Sastrowardoyo tersebut, sebuah film pendek berdurasi 10 minit pastinya akan bikin hati anda berbunga-bunga serta mengimbau kembali kenangan 12 tahun lalu.

Dinamakan Projek Reuni AADC, kesinambungan  kisah AADC ini memang membuat siapa saja mampu bernostalgia. Ringkas tetapi mengembalikan semua watak utama dari filem yang berusia 12 tahun lamanya itu nyata sangat mengharukan.



Karektor yang menjadi pujaan ramai, Rangga dan Cinta memang seakan begitu melekat kepada mereka berdua sampaikan terlupa yang itu bukan nama sebenar mereka. Kini cereka 10 minit yang sebenarnya merupakan iklan komersial oleh LINE telah menarik sebanyak dua juta lebih penonton sejak mula dimuatnaik di media sosial sejak 7 November lalu.



Bagi yang terlupa, AADC? mengisahkan cerita tentang  Cinta (Dian Sastrowardoyo) sebagai seorang pelajar sekolah yang gemar berpuisi dan menulis sajak. Memiliki kawan iaitu Alya (Ladya Cherill) yang merupakan sahabat karib Cinta dengan teman-temannya yang lain seperti Carmen (Adinia Wirasti), Maura (Titi Kamal), dan Milly (Sissy Priscillia).

Tetapi gelaran juara yang sering dimilik Cinta telah disambar Rangga (Nicholas Saputra) yang akhirnya telah mencuri hati gadis tersebut hinggakan memutikkan satu kisah cinta yang indah.

-murai.com.my, 18 Nov 2014





Last edited by Mary_jane on 18-11-2014 08:46 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2014 11:04 PM | Show all posts
pehh menggamit kenangan zaman persekolahan
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku.dah tgk minggu lepas. Walaupun cuma 10 minit je, Kira ok jugak nak tahu kesudahan Cinta-Rangga ni. Best best best! Dgr cerita February tahun dpn ada sambungan AADC kat pawagam indon. Betul ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2014 12:11 AM | Show all posts
Dh lama sgt, smpai dh lupa jln cite movie ni. Bleh recall nama rangga je. Byk makan semut k.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 05:06 AM | Show all posts
bila aku tgk balik filem AADC ni utk kali ke-10 baru2 ni.. baru aku betul2 faham
filem yang nampak simple, with simple premise, tapi sebenarnya ada multilayered message

Kisah cinta Rangga & Cinta tu cuma medium yang menggerakkan cerita,
subplot mcm domestic violence, politic corruption, kesan perceraian, persahabatan membuatkan cerita ni lebih menarik
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 03:13 PM | Show all posts
Rangga makin encem .. dlu rasenya dia tak la encem sgt hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2014 07:08 PM | Show all posts
bakal box office besar kat malaysia ni, maklumlah awek malaysia ramai gilakan si rangga tu, drama, movie dan band indon

teringat masa aadc mula kuar kat malaysia dulu, indon hantar rangga sorang je habis tergugat semua hero2 filem di malaysia

tapi skang ni indon hantar berbakul2 hero mix diorang pun org tak pandang sgt



Last edited by RED 666 on 19-11-2014 07:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 02:58 PM | Show all posts
huhuhu fenomena citer ni ... memang booming... wpon satu haremmm xphm mende dorang bebel...
pastu dah subtitle baru leh paham

mate aku tgk pon... rangga yg 2014 lebih berkarisma... he3 nak compare zmn old school dorang dlm AADC 2002 dulu tu pd aku cam comot2 jer dorang



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 03:03 PM | Show all posts
saje tepek flashback fav. scene aku dolu2



Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 04:20 PM | Show all posts
Dah lawa2 dah cewek2...
Time pakai baju sekolah hudoh jer dulu...
(Rambut kerinting)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.314108 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list