CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6435|Reply: 31

MANUSIA BERBICARA JIN

[Copy link]
Post time 20-11-2014 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Cerita ini adalah sebuah kisah benar yang berlaku pada seorang hamba Allah. Yang ingin saya kongsikan buat tatapan kalian semua juga iktibar. Insya'Allah.


Episode 1.
LANGKAH KIRI

      
"Aku rasa hang ni bukan sakit, tp hang nk kena jemput keturunan ni". Ujar pawang pada karim yang sedang kebingungan. Suasana sepi yang tinggal ketika itu hanyalah karim dan samad. Samad la yang memperkenalkan pawang sultan bugis pada karim. "Eh jemput keturunan tu apa plak, sy ni kalau boleh nak bg keadaan badan sy ni macam biasa ja,janji sy sihat". Balas karim pada pawang sultan td."hulurkan tangan kamu, biar aku tgok kamu ni ada keturunan ke atau memang sakit".pawang itu memulakan langkah untuk melihat apa keadaan sebenar pada karim. Lantas dia mengenggam tangan karim dengan memerhati mata karim. "Aku dapat rasakan keturunan kamu sedang menunggu kamu". Dengan nada yang berbeza pawang bertukar suara memberitahu kepada karim. Apa lagi pucat la muka si karim tu."habis tu macam mana? Boleh diubat ke?" masih tertanya-tanya karim. Pada mulanya karim hanyalah mengikut samad kerumah pawang itu untuk melihat bagaimana yang dimaksudkan menjemput keturunan yang selalu diceritakan kepada karim. Akhirnya karim juga terjebak dalam masalah yang sama. Setiap minggu sabtu malam ahad pasti ada majlis menjemput keturunan. Karim melihat sendiri bagaimana yang dimaksudkan dengan menjemput keturunan. Wahhh begitu semangat karim melihat samad dengan tarian silat akan bunga-bunga langkah yang ditarikan samad. Bukan samad saja disitu, malah ada hampir belasan orang yg beraksi. Mana dgn ngauman singa, silat, duduk seperti org tua sedang memerhati dengan lantunan bunyi lagu pencak silat yang dimainkan pawang. "Aku rasa mcm dah balik zaman hang tuah pulak bila melihat keadaan mcm ni" bisik hati karim dengan tertawa kecil. Pawang mula memberi salam. "Assalamualaikum" dengan nada yang keras. Dibalas salam oleh semua yang sedang leka beraksi. Ada yang suara-nya garau, ada yang seperti perempuan tua keuzuran dan macam-macam la suara yang keluar dari peserta tu. Karim dh mula srram sejuk. Badan nya mengeletar walaupun dia hanya penonton yg ada disitu."AHhhhhhhh..... kenapa pula dengan badan aku ni. Td ok ja, sekaeang ni rasa srram sejuk pulak". Karim mula resah dengan kehadiran tak menentu dibadan-nya.

      Maka selesai lah upacara tadi. Pawang pon memanggil sa-orang demi sa-orang peserta td. Yang datang kebanyakkan sakit misteri. Ada yang disantau, diganggu jin, saka dan macam-macam lg. Tp kebanyakkan nya semua misteri. Ini kali pertama pengalaman karim mengikuti cara perobatan melayu dulu-dulu. "Pehhh... aku tak sangka betul boleh melihat depan mata semua ni  selalu-nya aku tgok misteri nusantara ja yang selalu tunjuk benda-benda macam ni.ini real niii...." katim terpegun dgn semua ni. Ni la yg aku habaq kt hang tu. Apa yg hang tgok ni semua adalah keturunan kita, qarin. Lebih kurang jin jugak la. Tp depa ni hidup lama dh. Zaman tok nenek kita dulu nuuuu...." samad mula ceritakan pada karim. "Kita ambik keturunan ni sebenarnya untuk protech family kita" jelas samad lg. "Bila pawang tu nk berubat aku?" Tanya karim pada samad. "Aku dh tanya dia dh, minggu depan dia berubat hang. Tp hang kena carik 3 biji buah nyoq gading, 7 jenis bunga dengan limau purut 10biji" balas samad pada karim. "Nyoq gading tu nyoq apa?" Gelak karim sambil menanyakan pada samad. "Ishhh... hang ji, nyoq gading hat nyoq kaler kuning tu. Tak kan hat tu pon hang xtau." Samad menyindir karim yang tidak tahu pasal buah nyior.

      Maka tiba la giliran karim menemui pawang tersebut............

to be continued.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
huihh karim sakit apa TT?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 08:00 AM | Show all posts
cepat smbung ter TT...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 03:43 PM | Show all posts
TT, sila sambung secepatnye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2014 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Malam satg sy post sambungan-nya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mr.makio posted on 20-11-2014 04:56 PM
Malam satg sy post sambungan-nya.

TT kalau bleh bagitau la lokasi kejadian sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2014 05:54 PM | Show all posts
Nanti keturunan tu akan dapat ke generasi karim pulak ke. Uuuuuuu seram.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2014 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf la ya. Lambat pulak nk post sambungan cerita ni.

Masih lagi sambungan episode 1 (langkah kiri)


      Maka tiba la giliran karim menemui pawang tersebut. Pada awal pagi hari sabtu tersebut, sibuk lah karim mencari bahan-bahan yg diminta oleh pawang sultan. "Ket hang tau dak nyoq gading lagu mana.? Aku ni nk kena carik nyoq gading, malam satg aku nk pi berubat." Tanya karim sambil membelek-belek vespa yg berada didepan rumahnya. "Kalau nyoq gading x silap aku kaler kuning. Tu yg aku tau la". Jawab ket pada karim yang memandangnya. "Satgi kita pi carik sat. Dh la 3 bijik dia nak. Bunga dia nak 7 jenis. Limau purut tak pa la kita boleh pi beli kat tesco ja". Balas karim sambil dok set angin vespa. "Ket satgi teman aku kita oi carik sat nyoq gading tu dekat-dekat area sini kalau ada". Karim meminta ket menemaninya untuk memcari perkakas yg diminta pawang tersebut. Matahari dah terpacak diatas kepala sedangkan satu barang pon karim belum mencari. Karim dah mula kelam kabut. Takut dia tidak sempat mencari barang-barang yang diminta pawang. "Ket woi...... bangun la teman aku sat kita pi cari nyoq gading". Karim mula bising-bising. Ket bergegas bangun terus mandi untuk menemani karim mencari barang-barang tersebut. Mereka menaiki motorsikal dan hanya ronda di sekitar kawasan rumah mereka. "Ket, hang rasa ada dak nyoq gading kat area rumah kita ni". Tanya karim dengan berharap akan ada nyoq gading disekitar perumahan mereka. "Ada kot.... sebab aku ada perasan nyoq gading dekat simpang hujung sekolah tu". Balas ket pada karim. "Ha tudiaaaaaa.... aku nampak dh nyoq kaler kuning. Berhenti ket.. berhenti!!!!..." balas karim dengan keadaan kalut-nya. Karim mula memanjat pokok kelapa tersebut. "Lega aihhhh... jumpa jgk nyoq gading" dengan puas karim melepaskan perasaan-nya kepada ket. Lepas selesai dapat bahan pertama. Karim mula mencari 7 jenis bunga. Nasib la jiran-jiran karim banyak menanam pokok-pokok bunga. Tapi hanya 5 jenis bunga saja yg dapat dicari karim. "Ket tesco jom. Aku nk beli limau purut la....". Karim masih menyusahkan kawan-nya yg sudah malas nk kehulu kehilir dengan-nya. Tapi ket menurut jugak kemahuan karim supaya dia menemani beliau ke tesco. Sampai saja di tesco karim terus mencari limau purut. "Alhamdulillah..... jumpa jugak limau purut". Karim sudah mula rasa lega. Pada sebelah petang karim menelefon samad mwmberitahu yang dia hanya dapat mencari 5 jenis bunga saja. "Xpa karim... depan rumah pawang sultan tu pon ada pokok bunga, satgi kita pi petik depan rumah dia sudah la.... hahahaha". Jawapan samad mengembirakan karim. Maka selesai la sudah perkakas yang dicari karim dari tengahari tadi. "Karim.., hang siap awai skit, dalam pukoi 8 aku sampai rumah hang". Samad mengingatkan karim untuk siap sebelum dia datang mengambil-nya.

      Tepat pukul 8 samad pon sampai la dirumah karim. mereka bergerak kerumah pawang. Lebih kurang satu jam jugak la nk kerumah pawang tersebut. Dalam perjalanan kerumah pawang, karim menanyakan sesuatu pada samad. "Samad hang rasa kelia ka pawang tu, rasa-rasa salah dak kita p ikut cara dia". Dengan selamba samad pon jawab "aku tgok setakat ni ok la. Nk cakap lebih-lebih pon aku bukan la reti sgt. Tapi aku tgok dia guna ayat quran jugak berubat, siap dengan azan lagi. Aku rasa tak adak masalah la". Samad cuba menjelaskn pada karim tentang cara perubatan pawang tersebut. "Kita ni, kalau nk berubat pasai-pasai jin, kena guna jin jugak. Sebab jin yang boleh berbicara sesama jin". Jelas samad lagi. "Hmmmmm.... ada betol jugak cakap si samad ni ya". Bisik hati karim merasa diri nya salah menafsir cara perubatan pawang tersebut. "Hang dh berapa kali dh pi berubat ngan dia" soal karim yang ingin kepastian tentang perubatan tersebut. "Aku ni dah lebih kurang 3 kali dh mai berubat kat pawang ni, badan pon rasa lain dh la ni, rasa seronok pin ada jugak kalau kita dh ada benda ni, tp hang kena la niat yg betul. Niat kerana Allah, ambik benda ni kena jaga solat hubungan kita dengan Allah. Supaya kita tak ikut dia". Jelas samad lagi pada karim. "Adoiii.... aku xpaham la cmna ni. Tp tak apa la, aku cuba berubat dulu, kalau lega Alhamdulillah". Bisik hati karim menyedapkan keadaan beliau.

      Maka sampai lah mereka berdua kerumah pawang tersebut. Kelihatan ramai org yang datang untuk berubat dirumah pawang. Keadaan rumah yg bersih dan rapi. Memandang pawang ni seorang pembersih. Karim pon melangkah masuk kedalam rumah pawang dan duduk di tepi pasu yang berisikan kayu-kayu. Kayu yg kelihatan seperti tongkat yg diperbuat daripada akar pokok. "Ha sapa yg nk mandi tu cepat2". Tanya pawang pada semua yg ada. Karim menganggukkan kepala dan bangun terus membawa barang-barang yg diperlukan diberi kepada emak pawang tersebut. Dalam keadaan karim menunggu tiba-tiba badan-nya menggeletar. "Haishhhh.... tiba-tiba plak mengggeletar badan aku ni, nasib dh dekat rumah pawang". Bisik hati karim. Keadaan karim sebelum ini pon begitulah asyik berdebar-debar, badan menggeletar. "Ok... yang mana yg nk mandi tu meh sini minum air kelapa ni dulu" ujar mak pawang pada yg ikut untuk upacara mandi. "Ha yg mana 3bijik kelapa tu tolong habiskan. Minum semua air kelapa tu ketiga-tiga nya sekali, sebelum nk minjm tu baca 3 qul( surah al-falaq, al-ikhlas dan an-nas) dengan ayat qursi dulu. Mohon pada Allah supaya jauhkan diri ni dengan benda yang jahat". Mak pawang memberi penerangan kepada semua yg terlibat.  Karim pon mula bacaan-nya secara perlahan-lahan(baca slow-slow). "Slruuuuippppp....peh bau bhnga kemboja dalam air ni."bisik hati karim. Masing-masing memandang muka masing. "Dah berapa kali kamu datang berubat kt sini" tanya seorang lelaki pada karim. "Eh ini baru kali pertama sy datang berubat disini." Balas karim dengan selamba. Karim berborak panjang dengan seorang pemuda yg dia jugak kali pertama menerima rawatan dari pawang sultan. "Ha dh habis ke minum air kelapa tu" soal mak pawang yg meluru masuk ke ruang kecil yg ditempatkan khas untuk merawat. "Kalau dh habis pergi tunggu didepan, sekejap lg pawang pggl sorang2 untuk mandi." Mak pawang memberitahu pada kami semua. Lepas tu sa-orang demi sa-orang di pggl pawang untuk memulakan mandian. Dan tiba-lah giliran karim. "Kamu tak bawa tuala ke?". Tanya pawang pada karim. "Tak bawa la pulak". Balas karim yang sedang melondehkan pakaian-nya dan memakai kain basah. Mandian dibuat di tepi rumah pawang. Ada bekas tempayan yg diisi air, bunga-bunga yang dicarik td dan limau purut. Sebelum memulakan mandian pawang menyuruh karim membaca ayat qursi dan 3 qul serta niat supaya benda kotor dan jahat didalam badan keluar dan pergi jauh. Azan di-laungkan oleh pawang. Selesai pawang azan dia memulakan mandian. Mulut kumat-kamit dibaca pawang yg tak didengari oleh karim. "Huh..... sejuknya mandi malam-malam, tambah pula air dari tempayan". Bisik hati karim, yg badan-nya menggigil kesejukkan. Setelah selesai mandi karim mengeringkan badan-nya dan menunggu di ruang dimana disitu-lah upacara menjemput keturunan akan dilakukan oleh pawang sebentar lagi. Bukan karim sorang. Ada la dalam 7 orang.

      Maka setelah selesai semuanya. Tiba la masa untuk karim menjemput keturunan-nya. Pawang memanggil semua yg buat mandian td. "Semua kamu duduk selari berdepan dengan saya". Ujar pawang pada kami. Karim pon melangkah kedepan pawang dengan kedudukan selari dengan pesakit-pesakit lain. "Hah...ambik kain kuning ni. Rentangkan di depan kamu." Pawang melempar-kan kain kuning kepada kami untuk dibentang dihadapan kami. "Duduk kalian di-atas kain kuning itu." Pawang menyuruh semua pesakit duduk di-atas kain tersebut dengan nada pawang yg sudah berubah dari nada yg lembut sudah berubah ke nasa yg agak kasar.(suara garau atau suara yg berubah). Maka semua pesakit mula duduk di-atas kain tersebut. Lampu di-padam yg tinggal hanyalah lampu kecil berwarna oren. Keadaan menjadi sunyi, pawang mula membakar setanggi. Bau setanggi menusuk kehidung karim. Lagu pencak silat mula dimainkan. menggigil badan karim ketika itu.

to be continued....


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2014 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
tudia set angin vespa siap hahahahhaa sambung lagi TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2014 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha. Pomen vespa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
adoii ada setanggi bgai.. sambung weh.. tgh best ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2014 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan malam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ok... xsabar ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 09:45 AM | Show all posts
pisangbaik posted on 22-11-2014 12:23 AM
tudia set angin vespa siap hahahahhaa sambung lagi TT

hahahhaa
aku pun tergelak baca part tu


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
leenaz posted on 23-11-2014 09:45 AM
hahahhaa
aku pun tergelak baca part tu

hahahhaa tu la siap set angin vespa...pstttt TT nyoq gading tu mcmana rupa? ada gambaq ka? pastu mintak tak kat tuan pokok tu? hahahahahhahhha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih lagi dalam sambungan episode 1 (langkah kiri)

      Setelah semua telah bersedia, pawang mula memberi cara atau peraturan untuk memulakan upacara memanggil keturunan masing-masing. "Baiklah, jika kalian semua sudah bersedia untuk bertemu keturunan kalian, beta akan mulakan". Pawang memulakan upacara tersebut. Pawang tersebut telah dikuasai keturunan-nya yang berbahasakan beta, ini kerana keturunan pawang adalah dari keturunan sultan bugis. "Jantung kalian akan berdebar kencang dan badan kalian akan terasa kebas, itu perkara biasa dalam menjemput keturunan, mainkan nafas kalian biar ia meresap terus ke-badan kalian, ikut rentaknya dan jangan melawan". Pawang tersebut memberi arahan pada pesakit yang terlibat dalam upacara tersebut. Karim yang kali pertama merasa pengalaman perubatan yang sebegini mula rasa takut. "Ahhh.... janji boleh baik sudah la, dan aku tawakkal pada Allah." Bisik hati karim. Karim mula pejamkan mata dan mengikut arahan pawang. Setelah beberapa minit badan karim mula terasa sesuatu, nafas menjadi laju, jantung mula kencang. "Huishhh.... apa yg aku rasa ni." Karim dalam keadaan takut, tp tetap memberanikan diri. Badan karim mula melirik mengikuti Lagu pencak silat yg dimainkan pawang. Badan karim hampir keseluruhan terasa kebas, gerak badan nya sudah bergerak sendiri dan tiada daya lagi karim mengawal-nya walaupun keadaan karim yg sedar akan pergerakkan tu. Nafas nya mula bengis dan keadaan seperti orang yg tengah bersilat. Dan secara tiba-tiba pawang itu memberi salam lalu disahut semua pesakit... "wa'alaikumussalam.....". Jawab karim yg pasti itu bukan suara-nya. Suara yg serak dan bengis yg keluar dari mulut karim itu ada lah suara yang dikatakan keturunan karim.

      Hampir sejam semua itu berlaku. Dan pawang mula menyuruh semua pesakit berhenti dan membuka mata. "buka-lah mata kalian, ber-istigfarlah kalian biar-kan dia pergi secara perlahan" pawang tersebut telah menghenti-kan upacara tadi. "Beredar-lah kalian dari kain kuning itu". Pawang menyuruh semua pesakit kebelakang kain kuning tersebut. Maka sa-orang demi sa-orang dipanggil pawang. Karim adalah org terakhir yg dipanggil pawang. Sementara pawang berjumpa dengan org lain, karim melangkah ke-arah samad yg berada diluar. "Macamana td? Hang rasa apa?." Tanya samad yg sedang menghembus asap rokok. "Aku rasa lain td, rasa takut pon ada". Jawab karim sambil membakar sebatang rokok. "Tu la yg dimaksudkan keturunan hang". Balas samad. Datang sa-orang pemuda pada karim dan berkata "tahniah. Tak semua org dapat keturuna silat cenderawasih, kalau pandai guna-nya kau akan rasa akan kelainan tu". Lantas saudara yg menegur terus pergi. Terus kehairanan karim. "apa pulak yg dimaksudkan saudara tu samad?". Tanya karim kepada samad yg telah 3kali melangkah mengikuti upacara ni. "Aku pon xtau sgt, xpa satgi kita tanya pawang." Balas samad yg jugak ingin tahu apa yg dimaksudkan pemuda tersebut.

      Lama karim berborak dengan samad diluar. Dan sa-orang demi sa-orang telah beransur pulang dari rumah pawang. "Ha mana kawan samad tu?" Tanya pawang pada org yg berada di ruang perubatan-nya. "Samad, tu pawang dh panggil kawan hang tu". Kawan samad memanggil samad supaya karim masuk berjumpa dengan pawang. Karim dan samad melangkah masuk untuk berjumpa pawang. Ketika itu hanya ada beberapa org saja didalam ruangan perubatan tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 02:23 AM | Show all posts
update laa banyak sikit
jenuh nak nunggu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
tu la jenuh nunggu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 03:51 PM | Show all posts
ala ape nie.. sekerat2 cite..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2014 06:46 PM | Show all posts
sorry la ya lambat nk sambung. banyak kerja pulak sehari dua ni...

ok. sambungan dari episode 1 (langkah kiri)

samad dan karim melangkah kedalam ruangan perubatan. "hah kamu, duduk disini." ujar pawang pada karim. karim dan samad duduk didepan pawang tersebut. " begini cerita-nya, keturunan kamu ada ahli silat ke?." tanya pawang pada karim. karim yg penuh kehairanan akan pertanyaan pawang menoleh pada samad. "eh rasa-nya xdak la pulak keturunan saya ni ahli silat." balas karim dalam kehairanan. "mungkin keturunan yg lama". ujar pawang pada karim. "kamu telah mewarisi seni persilatan cenderawasih, bukan sebarangan org yg boleh membawa dengan baik ilmu persilatan cenderawasih ini, beta harap kamu dapat menjaga-nya dan menjaga keluarga kamu" balas pawang tersebut. "minta maaf, nk tanya skit, selama ni yang saya sakit ni berpunca pada keturunan ni la ya?'. karim bertanya akan penyakit-nya sebelum ni. "kemungkinan juga, tapi beta harap kamu dapat menjaga dan mewarisi-nya dengan baik. jangan lupa jaga pergaulan kamu dan jaga amalan kamu. tinggalkan segala perbuatan maksiat, jaga solat dan hubungan dengan Allah." pesan pawang pada karim. samad hanya mengangguk kan kepala melihat perbualan mereka. "hah samad macamana keluarga kamu? masih diganggu lagi ke?" pertanyaan pawang beralih kepada samad yg berada disebelah karim. "macam tu jugak la. kadang-kadang baik, kadang-kadang tak baik." balas samad kepada pertanyaan pawang tersebut. "kamu kena kuat samad, kamu anak lelaki sulung dan kamu dipertanggungjawabkan menjaga keluarga kamu, perihal ibu kamu nnt pawang tengok." balsa pawang pada samad. setelah lama berborak dengan pawang dan kami adalah orang terakhir berjumpa pawang. "ada siapa lagi yg hendak berjumpa dengan beta, sebelum beta mengundur diri." tanya pawang pada semua yg berada distu. "baiklah beta undurkan diri dahulu" ujar pawang tersebut. maka berubah-lah pawang pada sediakala. yang mana tadi suara beliau agak kasar dan sekarang kembali seperti biasa.

      setelah selesai semua-nya, karim dan samad berangkat pulang. dalam perjalanan pulang, samad menceritakan kepada karim langkah seterus-nya. "karim, lepas ni hang kena mandi muara, ni step kedua hang kena lalui, mandi muara ni macam kita nk kuatkan diri kita la." samad memberitahu karim akan langkah seterusnya. "mani muara? untuk apa plak kena mandi muara?" karim yang sedang keletihan bertanyakan pula akan langkahg seterusnya itu. "mandi muara ni perlu. untuk badan hang selesa dengan semua ni. mandi malam masa bulan mengambang". samad menerangkan pada karim. "haishhh..... dah macam pelik pulak cara ni." bisik hati karim yg sedang memikirkan cara perubatan tersebut. setelah hampir satu jam. sampai la mereka kerumah karim. "terima kasih la samad hang bersusah payah nk tolong aku". karim memberitahu samad yg dia rasa bersalah menyusahkan kawan-nya tu. "ala... benda kecik je karim, minggu depan jangan lupa sediakan kain putih, baldi kecik dengan limau purut 10 biji". samad memesan kepada karim. "ok. jumpa minggu depan. karim melangkah kedalan rumah dalam keadaan letih. waktu sekitar 3.30 pagi. karim yg keletihan terus tidur tanpa memikirkan benda lain. baru saja karim hendak melelapkan mata dia terasa akan sesuatu dihujung kaki-nya. terus terbangun karim melihat apa benda dikaki-nya. tiada apa pon. "hmmmm..... mungkin perasaan ja kot." bisik hati karim. baru saja karim nk melabuhkan kepala-nya di bantal tiba-tiba talifon-nya pula berdering. terus karim mencapai telefon. "huishhh... ada apa pula samad telefon aku ni". bisik hati karim. "hello karin, tadi masa aku keluar dari rumah hang, aku terasa sesuatu ada didepan rumah hang, hang jangan dok buat benda pelik-pelik kat depan tu". pesan samad pada karim. "ok2." balsa karim yg tidak megendahkan perbualan-nya dengan samad td. karim yg keletihan terus baring dan tidur.

    pada hari berikut-nya karim langsung tidak merasa akan keadaan seperti dulu. badan-nya sudah tidak mula sakit-sakit, sudah hilang rasa ketar-ketar badan. dan karim mula rasa akan perubatan pawang itu berkesan.

=============TAMAT EPISODE 1 (LANGKAH KIRI)=================


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.067480 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list