CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2064|Reply: 0

Perlu undang-undang dan dasar jelas, elak kes peluk Islam secara unilateral

[Copy link]
Post time 20-11-2014 10:50 AM | Show all posts |Read mode


Pengasas bersama Lawyers for Liberty Eric Paulsen menegaskan konflik boleh berlaku dalam beberapa kes apabila pasangan yang memeluk agama Islam mengambil kesempatan daripada keadaan itu menukar agama anak-anak mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 November, 2014.
Seperkara yang kini jelas tetapi perlu diulang: Undang-undang dan dasar yang jelas diperlukan bagi menyelesaikan isu yang timbul daripada penukaran agama secara unilateral dan masalah jagaan anak, apabila seorang daripada pasangan memeluk agama Islam.

Pengasas bersama Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, dalam situasi di mana salah seorang daripada pasangan memeluk agama Islam, konflik boleh berlaku dalam beberapa kes apabila pasangan yang memeluk agama Islam mengambil kesempatan daripada keadaan itu menukar agama anak-anak mereka.

"Dan apabila tiada undang-undang dan dasar yang jelas dalam kes seperti itu, keadaan jadi lebih buruk. Banyak agensi kerajaan negeri tidak mahu dilihat membuat keputusan 'betul' dan semua orang cuba menolak tanggungjawab itu," katanya.



"Sepatutnya, jika perkahwinan itu dibuat di bawah undang-undang sivil, perceraian juga perlu diselesaikan dengan undang-undang sivil juga."
Paulsen mengulas ucapan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengatakan perkahwinan antara kaum menimbulkan konflik antara undang-undang sivil dan Syariah berhubung isu penukaran agama satu pihak dan hak penjagaan anak di bawah umur apabila hanya seorang memeluk Islam.

"Peningkatan jumlah kes juga menimbulkan dakwaan diskriminasi kaum oleh mahkamah dan pihak berkuasa. Kesedihan dialami keluarga tidak boleh dipandang remeh dan merupakan satu hakikat," Gani berkata semasa persidangan undang-undang anjuran Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) di Putrajaya pada 11 November.

"Dalam hal ini, kegagalan pasangan yang memeluk Islam itu menyelesaikan urusan keluarga sebelum penukaran agamanya dan cuba mendapatkan faedah bagi dirinya daripada perbezaan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan Syariah, berpotensi menjejaskan bukan sahaja keharmonian keluarga, malah keharmonian negara."

Lima tahun berlalu sejak pertama kali cadangan dibuat bagi menangani masalah penukaran agama secara unilateral dan isu penjagaan anak. Tetapi, tiada apa yang terjadi walaupun keseriusan isu itu dan akibat buruknya amat jelas kepada kerajaan.

Dalam ucapannya, Gani berkata pada 2009, terdapat cadangan bagi meminda Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

Pindaan tersebut bertujuan memastikan isu seperti sokongan terhadap anak dan hak penjagaan anak akan ditentukan di mahkamah di mana perkahwinan itu didaftarkan.

"Pindaan ini bagaimanapun masih tergantung," kata Peguam Negara.

Paulsen berkata konflik yang wujud bukan berpunca daripada perkahwinan itu sendiri tetapi daripada pasangan yang memeluk Islam itu yang seharusnya menyelesaikan urusan keluarga sebelum menukar agama.

"Ia kegagalan individu, jadi dalam kes sedemikian, sebelum seseorang itu menukar agamanya, pihak berkuasa agama negeri perlu pastikan beliau sudah menyelesaikan semua urusan keluarganya.

"Oleh itu, bebannya terletak pada pasangan yang menukar agama supaya menyelesaikan urusan keluarga sebelum masalah timbul. Mahkamah Syariah juga mesti jelas yang kuasanya hanya terhad kepada orang Islam," katanya.

Antara kes penukaran agama unilateral melibatkan anak bawah umur dan menyebabkan pertelingkahan dalam isu jagaan anak termasuk kes M Indira Gandhi, yang diberi hak penjagaan atas anak-anaknya oleh mahkamah sivil selepas agama mereka ditukar suaminya, Muhammad Riduan Abdullah, yang dahulunya dikenali sebagai K Pathmanaban.

Satu lagi kes yang masyhur ialah antara Shamala Sathiyaseelan dan Dr Jeyaganesh C Mogarajah di mana Mahkamah Persekutuan enggan membuat keputusan sama ada penukaran agama secara unilateral bagi anak bawah umur mereka sah dan mengikut perlembagaan atau tidak.

Paulsen juga menyalahkan kumpulan sayap kanan Melayu seperti Perkasa dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang mengaut keuntungan daripada kes seperti itu.

"Kumpulan ini menjadikan kes seperti ini satu isu mahkamah sivil menentang Islam, yang tidak membantu keadaan," katanya. – 19 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perlu-undang-undang-dan-dasar-yang-jelas-elak-konflik-kes-peluk-islam-secar#sthash.bix9XKKC.dpuf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.436371 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list