CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2127|Reply: 0

Rakyat mungkin terpaksa selamatkan 1MDB dengan bayar elektrik lebih tinggi

[Copy link]
Post time 20-11-2014 10:55 AM | Show all posts |Read mode

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli semasa forum '1MDB: Malaysia in debt?' di The Club Bandar Utama semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 November, 2014.

Rakyat Malaysia mungkin akhirnya terpaksa membayar lebih untuk bekalan elektrik dalam tempoh beberapa tahun akan datang ketika Putrajaya membantu syarikat yang dibebani hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), melangsaikan pinjamannya berjumlah RM42 bilion, kata ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Bercakap pada satu forum malam tadi, Ahli Parlimen DAP Tony Pua menjelaskan, 1MDB diberikan kontrak membina dan mengendalikan loji kuasa, dan menjual tenaga elektrik, untuk membayar hutangnya.

Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli pula berkata, jika 1MDB tidak boleh membayar hutang mereka dan jika ia jatuh, ia boleh menarik ekonomi turun bersamanya kerana hutangnya berjumlah hampir RM20 bilion dijamin Putrajaya.

Ini bermakna Putrajaya perlu campur tangan dan membayar hutang 1MDB jika syarikat itu memungkirinya, kata wakil rakyat Pandan itu yang turut hadir di forum yang diadakan di Petaling Jaya itu.
Pada waktu ini, Pua berkata 1MDB menghadapi masalah membuat keuntungan dan melangsaikan hutangnya yang berjumlah RM42 bilion itu, yang mana hampir separuh dijamin kerajaan.

"Risiko kepada ekonomi besar kerana ia akan mempunyai kesan domino jika 1MDB mungkir," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara di hadapan kira-kira 500 hadirin.

"Sebab itu kerajaan dengan cepat cuba mencari wang membantu 1MDB membayar hutangnya."

Pua berkata salah satu caranya ialah melalui penganugerahan kontrak tiga pengeluar tenaga bebas (IPP) kepada 1MDB awal tahun ini.

Sebahagian daripada kontrak itu, dakwanya, mempunyai tarif elektrik yang lebih tinggi daripada biasa yang akhirnya akan diturunkan kepada pengguna.

Menurut laporan terdahulu, 1MDB dianugerahkan projek loji kuasa arang batu bernilai RM11 bilion pada awal tahun ini dalam satu tender terbuka yang menjadi kontroversi. – 20 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.tLB18XBg.dpuf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.775329 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list