CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9089|Reply: 55

Azza Elite Buang Tiub Fallopio, Sukar Untuk Hamil

[Copy link]
Post time 20-11-2014 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sedihnya Abang Nara membaca kisah Azza
Elite ini. Memang besar sungguh dugaan yang
menimpa dirinya. Mana tidaknya, impian
setiap wanita adalah untuk menjadi seorang
ibu. Namun kerana kehamilan keduanya
berada di luar rahim, tiub fallopio bahagian
kiri rahim Azza Elite terpaksa dibuang
sekaligus menyukarkan dirinya untuk hamil
lagi pada Disember tahun lalu.

Malah Azza Elite turut mendedahkan yang
dirinya telah mengalami keguguran sebanyak
3 kali. Keguguran pertama adalah pada 2012
selepas beberapa bulan berkahwin dengan
suaminya, Azlan Zulaily dan kali kedua pada
Januari 2013 selepas proses pembuangan
tiup fallopio tersebut. Kali ketiga keguguran
berlaku selepas disahkan hamil pada
Disember 2013. Kata Azza Elite:-

" Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu
betapa sedihnya saya kerana doktor
mengesahkan saya sukar untuk hamil
kerana hanya mempunyai satu tiub
fallopio sahaja. Biarpun redha dengan
kejadian itu namun saya tidak pernah
patah semangat kerana yakin suatu hari
nanti Allah akan memberikan rezeki anak
kepada saya dan suami.


Kehamilan ketiga itu adalah bukti kuasa
Allah lebih daripada segalanya dan
membuatkan saya bertambah yakin
bahawa saya akan hamil lagi selepas ini.
Sebelum ini saya murung dengan
kejadian tersebut tetapi apabila difikirkan
kembali ada hikmah disebaliknya
mengapa saya masih belum diberikan
rezeki untuk menimang cahaya mata.
Alhamdulillah suami dan rakan-rakan
banyak memberi dorongan dan saya
terbuka apabila ditanya mengenai
perkara ini kerana saya tahu bukan saya
seorang mengalami nasib sama dan
cerita saya dapat memberi inspirasi
kepada wanita lain juga untuk tidak
berputus asa"

Semoga Azza Elite dan suami tabah dengan
ujian yang amat hebat ini. Bukan calang-
calang orang boleh menempuh dugaan
sebegini. Hanya mereka yang terpilih sahaja
diuji sebegini rupa. Abang Nara pasti ramai
wanita di luar sana yang mengalami nasib
serupa dengan Azza Elite. Semoga anda
semua terus tabah. Insya Allah ada rezeki
pasti akan dikurniakan cahaya mata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 11:39 AM | Show all posts
Kesian Azza. kena kuatkan semangat.. Insya Allah ada rezeki pasti akan dikurniakan cahaya mata juga..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 11:41 AM | Show all posts
tabah azza....aku doakan ko akan dpt lahirkan zuriat sendiri...

sukar tuk hamil..bkn x blh hamil...try be +ve..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 11:42 AM | Show all posts
Kesiannya dia.. Same case dgn My cousin dah buang sebelah tiub falopio kawin dah 10tahun pun x dapat anak lagi.. Tp kalau dah kuasa Allah nak bg rezeki boleh je dapat baby.. Usaha lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 11:45 AM | Show all posts
tingat dulu mak iols pun dh buang tiub sebelah..tup2 miracle...dpt plak adik iols yg kecil itu...dh anak bujang pun skrg....

rezeki Allah kalau dia nak bagi insyaAllah ada....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 11:58 AM | Show all posts
Semoga tabah dengan ujian ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2014 12:14 PM | Show all posts
tinkiwinki posted on 20-11-2014 11:58 AM
Semoga tabah dengan ujian ni

mujur suami x beri alasan nak kawin lagi...ada member sepuluh tahun kawain x de anak pastu suami beri alasan nak kawin lagi ..siap ngungkit bini tentang rawatan kehamilan yg dia bayar..................

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 12:16 PM | Show all posts
bertabah & redha..pasti ada hikmah di sebaliknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 12:20 PM | Show all posts
sedihnya..
hanya yang mengalami dapat rasa kepedihan..kesedihan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 12:27 PM | Show all posts
kwn aku buang tiub fallopio sebelah. sbb fibroid.
elok je beranak 3 org lepas tu.
tp masa tu dia 29 camtu..blm 30-an lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Try n try. Best of luck
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 12:38 PM | Show all posts
moga azza tabah..
my cousin pon ada sbelah je tiub fallapio tu..
mmg pd awalnya lmbt & susah nk preknen..
tp skang alhamdulillah.. dia dh ada sepasang anak..
jgn putus asa ye azza
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
All the best azza. Tp yg best n foremost, ingat Allah selalu. Dia paling tahu apa yg terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 12:45 PM | Show all posts
semoga dia tabah dan jgn putus asa
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 01:04 PM | Show all posts
sian azza..moga tabah dik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 01:14 PM | Show all posts
Aku doakan semoga Azza akan mendapat rezeki anak juga suatu hari nanti dan juga kepada semua wanita yg masih belum dapat rezeki anak akan medapat rezeki anak. Aminnnnnn~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 01:24 PM | Show all posts
Rahim dia tak kuat ke... Sian nya....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tiub fallopio tinggal satu still blh mengandung lg tp kalo rahim kena buang mmg takde peluang dahlah..
mmg kesian pd nasib2 wanita yg alami masalah pd perkakasan beranak nih..
ada yg alami masalah rahim terbalik sukar tuk sperma nak masuk tp still ade yg blh peknen..
mcm2 lah tp semuanya terserah pd ketentuan Allah, ade kawan iols doc sahkn dia ade PCOS sejak umur 16 thn lg tapi ank2 dia bederet ok, takde masalah nk peknen.
sedangkn biasanya pcos mmg susah nk peknen ngn period yg tak teratur, berat badan mudah naik,n byk lg gejala2 yg melanda.

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 02:07 PM | Show all posts
azza yang mana eh ? sian kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya...semoga azza tabah..
Semoga ada la rezeki dia utk hamil dgn tube yg sebelah lg tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.113731 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list