CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1314|Reply: 8

[Tempatan] Johor Bakal Tukar Status Tanah Peneroka Felda, Felcra Kepada Rizab Melayu

[Copy link]
Post time 20-11-2014 04:37 PM | Show all posts |Read mode
OHOR BAHARU: Kerajaan negeri Johor bakal menukar status kesemua tanah peneroka Felda dan Felcra di negeri ini kepada rizab Melayu serta mewujudkan inventori maklumat tanah rizab Melayu.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha itu merupakan antara langkah proaktif kerajaan negeri dalam melindungi dan mempertahankan tanah rizab Melayu di negeri Johor.

Ia bakal melibatkan tanah peneroka Felda seluas 145,970 hektar.

"Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor akan menguatkuasakan arahan Pekeliling Bilangan 2/83 kepada semua pentadbiran tanah di negeri Johor supaya maklumat tanah rizab Melayu dilaporkan kepada PTG setiap enam bulan," kata beliau.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet Johor 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, di Kota Iskandar, Nusajaya, Khamis.

Menteri Besar berkata, bagi memastikan tanah rizab Melayu yang diluluskan kurniaannya dipatuhi oleh pemilik, kerajaan negeri mensyaratkan supaya hak milik tanah tersebut didaftarkan serentak dengan kaveat pendaftar yang akan bertindak sebagai halangan sekiranya ada cubaan untuk menjual tanah kurniaan tersebut kepada pihak bukan Melayu.

Beliau berkata, bagi menjamin tanah rizab Melayu berkenaan kekal, kerajaan akan menguatkuasakan tindakan perampasan tanah yang didapati sudah bertukar pemilik kepada bukan Melayu sama ada melalui pertukaran pegangan saham atau pengambilalihan syarikat.

"Selain dari itu, bagi mana-mana syarikat yang telah berdaftar sebagai 'Melayu' di bawah Jadual Kedua Enakmen Rizab Melayu Johor 1936, satu endorsemen mengenai kemasukan syarat tersebut sebagai syarikat Melayu akan diturunkan ke atas hak milik tanah yang dipegangnya," kata beliau.
Mohamed Khaled berkata, mempertahankan tanah rizab Melayu dan menambah lebih banyak tanah rizab Melayu akan kekal menjadi sasaran dan antara agenda utama kerajaan negeri di bawah pentadbiran beliau.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 09:36 PM | Show all posts
baru lah bertambah rizeb tanah melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
untunglah yang ada tanah felda
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 10:58 PM | Show all posts
cina duduk di bandar, melayu duduk felda dan felcra....
macam tu lah TUAN...

hidop melayu!! hidop ameno!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Owh..ingat tanah kat JB tadi..boleh la migrate ke celah hulu banat lepasni...rumah kat jb dah mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg melayu dudok kat hutan sampai bile2, pandai umno rakyat bodoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2014 11:08 PM | Show all posts
mengada ngada .... jual la lagi  tanah tanah tu kepada orang luar ...... china ..singapore etc ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 11:40 PM | Show all posts
Adakah ni langkah2 nk menutup mulut2 yg pertikaikn status tanah kat johor..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 05:15 AM | Show all posts
ni bagus.. tapi takkan tanah felda & felcra je kot.. kat jb tu haa

nak cover tanah jb yang dah banyak singaporean beli ke?

condo melambak tepi danga bay tu bumi tak mampu nak beli

mampu tengok je lah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.189769 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list