CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10066|Reply: 33

Balqis dimarahi peminat

[Copy link]
Post time 21-11-2014 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Dimarahi seorang warga emas gara-gara
geram terhadap watak jahat yang dibawa
cukup membuatkan pelakon kelahiran
Machang, Kelantan, Balqis Rameshan, 25,
terharu sekali gus membuktikan dia berjaya
membawa watak itu dengan berkesan.

Pelakon dengan nama sebenar Rabiatul Balqis
Rameshan ini berkata, watak jahat yang
sering dilakonkan sejak 2008 sedikit sebanyak
membantu 'menjelmakan' namanya di kaca
televisyen walaupun sekadar watak pembantu.
Dia juga tidak pernah berkecil hati jika
berdepan situasi demikian, sebaliknya menjadi
pembakar semangat untuk terus membawa
watak sedemikian..

Antara drama yang pernah dilakonkannya
ialah Butang Baju Melayu, Tok Ketua, Setia
Hujung Nyawa, Surat Cinta dan Tali.
Kini, pelakon yang mendapat didikan Datuk
Rosyam Nor, Erma Fatima dan Sabri Yunus ini
mampu tersenyum lebar apabila filem pertama
lakonannya, Isyarat Cinta bakal ditayangkan
di pawagam Januari ini.

Filem cinta arahan Bade Haji Azmi terbitan
Suhan Movies Production itu turut dibintangi
Fizo Omar, Liyana Jasmay dan Adi Putra.
Pelakon berdarah kacukan Melayu, Arab dan
India ini berkata, walaupun masih belum
berpeluang memegang watak utama, dia tetap
bersyukur kerana sentiasa diberikan tawaran
berlakon.

Terbaru, Balqis muncul dalam drama bersiri
16 episod berjudul Zahira yang ditayangkan di
TV3 bermula 20 November lalu.
Dalam drama adaptasi novel cinta arahan
Khalid Nazri itu, Balqis yang memegang
watak Sofia turut bergandingan bersama Adi
Putra, Zara Zya dan Azizah Mahzan.
Ibu kepada dua cahaya mata, Adellfea Raina
Amini, 3, dan Arheanna Rafaella yang kini
berusia lima bulan ini membuktikan
kemampuan menjayakan watak komedi ketika
berlakon dalam beberapa siri komedi
antaranya Tan Tun, Biar Betul Bendul, Pangkin
Atuk dan Moh Ke Kafe Kita.

"Memang banyak tawaran membabitkan cerita
komedi. Namun, jika diberi peluang saya
mahu mencuba watak lasak," katanya yang
memiliki wajah mirip pelakon Intan Ladyana.
Dalam pada itu, status sebagai isteri dan ibu
juga tidak menghalang Balqis untuk aktif
dalam bidang lakonan kerana suaminya,
Amini Ahmad Tabarani, 27, yang juga bekas
penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan
memahami kerjayanya itu.

Katanya, dia pernah membawa anak keduanya
ke lokasi penggambaran kerana masih
menyusu badan ketika itu. Last edited by Esmiria on 20-11-2014 10:56 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt mintak gambar....tak kenal langsung, tq.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 08:04 AM | Show all posts
apesal ko taip kebawah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Xsuka la dia ni serabut muka. Rambut penuh tutup muka. Iolss xsuka wlu org kata dia cantik. Yela pndangan masing2. Nk tanya dia ni kacuk india ke?

Rambut mcm indian sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 08:22 AM | Show all posts
Bro TT,
Ko letak berita view forum ni as webs ke mobile kalau guna mobile device?!!

Sbb aku x brapa suka nmpak ruangan kosong


spatutnya camni...Cth:


Sekadar bertanya...
Kalau guna device/mobile, rasanya kat bwh sekali ada view as website.
Ke guna apps?!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 08:35 AM | Show all posts
la baru 25 ker...aku ingatkan dah 30 an...Nampak muka cam tua, hidung dia kembang sket kan...tak kenal dia nih...baru google, adalah jugak nampak dia berlakon telemovie...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2014 09:18 AM | Show all posts
Athrun.Zalaa posted on 21-11-2014 08:22 AM
Bro TT,
Ko letak berita view forum ni as webs ke mobile kalau guna mobile device?!!

aku ingat laptop aku ni yang problem..
sbb byk2 thread2 yer kosong sebelah...mcm gambor yg ditepek ni..

xpuas membaca kan...rugi ruang...


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:21 AM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 21-11-2014 09:18 AM
aku ingat laptop aku ni yang problem..
sbb byk2 thread2 yer kosong sebelah...mcm gambor yg ditepe ...

Hehehe...
Sorry yer kalau ada yg sentap ngn komen sy...
Kalau xde yg sentap xpe...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 09:24 AM | Show all posts
aah .. pelik jugak asek ketepi ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:35 AM | Show all posts
Athrun.Zalaa posted on 21-11-2014 08:22 AM
Bro TT,
Ko letak berita view forum ni as webs ke mobile kalau guna mobile device?!!

chuols kerja felcra ke?

anyway, minah ni dulu hindu kan? dah convert jd balqis...dulu bea nama dia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:38 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 21-11-2014 09:35 AM
chuols kerja felcra ke?

anyway, minah ni dulu hindu kan? dah convert jd balqis...dulu bea nama  ...

Ooo ok... Ye ke?!!
Same person la nih ye?!!

A'aa keje felcra...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:42 AM | Show all posts
Athrun.Zalaa posted on 21-11-2014 08:22 AM
Bro TT,
Ko letak berita view forum ni as webs ke mobile kalau guna mobile device?!!

Rasanya dia just copypaste jer tu...
N sheols online thru fon jer

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:45 AM | Show all posts
JDT posted on 21-11-2014 07:35 AM
Tt mintak gambar....tak kenal langsung, tq.





sheols ni Rea Balqis Rameshan dari Pilih Kasih program realiti TV Rosham Nor

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:46 AM | Show all posts
balqis who?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:46 AM | Show all posts
igt kn budak kecik balqis tu...
dh kenape macik2 kertu nk meroyan ngan die...
rupe balqis laen laaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha posted on 21-11-2014 09:45 AM
sheols ni Rea Balqis Rameshan dari Pilih Kasih program realiti TV Rosham Nor

Thanks Yayang....baru rasa macam tengok orangnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu balqis ni memula join pentas pilih kasih. Pkai nama bea rameshan. I tgk cite butang baju melayu bln pose td, maybe masa shooting drama ni la dia bwk ank g shooting tuk breasfeeding sbb bdn dia nmpk sgt bru lepas melahirkan.

Dia blakon ok xde horror mna pn. Moga terus success.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:56 AM | Show all posts
oo..yg berlakon jadi doktor dlm cerita setia hujung nyawa ni..rasanya macam nampak dia kt airport kota bharu awal tahun haritu..tgh dukung budak kecik..kalau dia la..rendang jek orgnya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 09:57 AM | Show all posts
Seb baik ade yg tepek pic
Aku Ingat budak puteri balqis tu

Nak bukak  benang pls la be complete, banyak lak tu benang cara gini...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:01 AM | Show all posts
balqis pulak....bukan dulu bea ke?
balqis semundur khan tadi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.131991 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list