|
PETALING JAYA: Pelakon Pekin Ibrahim
mengakui pernah memandang rendah
terhadap kebolehan rakan seperjuangannya,
Jehan Miskin dalam mengarah sesebuah
karya.
Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan
Ibrahim, 33, berkata, apabila ditawarkan
berlakon drama Seludup arahan Jehan, dia
kurang yakin dan agak keberatan mahu
menerima tawaran berkenaan.
"Jehan telah menghubungi saya dan bercakap
tentang jalan cerita Seludup dan menawarkan
untuk saya terlibat dengan projeknya itu.
"Ketika kami berbual, hati saya sempat
bertanya boleh ke dia mengarah? Maklumlah
kita kenal dia sebagai pelakon dan tiba-tiba
nak mengarah pula.
"Dan Jehan pula macam tahu apa yang saya
fikirkan. Dia terus nyatakan beberapa hasil
pengarahannya menerusi drama What If. Bila
tonton drama tersebut, sangkaan saya
meleset," katanya.
Pekin ditemui pada sidang media majlis pra-
tonton drama Seludup di TGV Cinema, One
Utama, di sini pada petang Khamis.
Dalam pada itu tambah Pekin, selepas hampir
tiga bulan terlibat dengan penggambaran
Seludup , dia yakin Jehan mampu pergi jauh
dalam bidang pengarahan selepas melihat
cara kerjanya yang sangat efisyen.
Sementara itu, mengenai drama Seludup , ia
merupakan karya terbitan dan arahan kedua
Jehan selepas drama What If .
Kata Jehan, penglibatan produksi bagi
menjayakan drama tersebut lebih daripada
100 kru serta pelakon dan bersyukur kerana
mampu mengawal keadaan penggambaran
dengan baik.
"Orang kata bila bekerja dengan ramai orang,
pastinya terdapat perselisihan faham dan
agak sukar untuk mengendalikan kesemua
mereka di bawah satu arahan.
"Tetapi lain pula buat produksi saya, mereka
semuanya profesional dan ia telah
memudahkan lagi kerja saya menghasilkan
Seludup .
"Saya harap drama yang mengisahkan
tentang pemerdagangan haram ini dapat
memberi hiburan dan mesej berguna kepada
penonton," ujarnya.
Antara pelakon yang akan terlibat dalam
Seludup termasuklah Tiz Zaqyah, Syafie
Naswip, Raja Ilya, Namron serta Jehan
sendiri.
Seludup bakal disiarkan bermula 4 Disember
depan, setiap Khamis, pukul 9.30 malam di
saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD
(135). |
|