CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3232|Reply: 10

[Tempatan] 1,600 Panda Bakal Menjelajah Malaysia

[Copy link]
Post time 21-11-2014 11:41 AM | Show all posts |Read mode

1,600 PANDA MENJELAJAH MALAYSIA, LOKASI SETERUSNYA DALAM SIRI JELAJAH MEREKA KE SELURUH DUNIA




KUALA LUMPUR, 20 November 2014 – Dalam perjalanan mereka ke seluruh dunia untuk mempromosikan mesej tentang pemuliharaan panda dan pembangunan yang lestari, sebanyak 1,600 Panda akan melawat melebihi 15 lokasi ikonik di seluruh negara sempena acara “Siri Jelajah 1,600 Panda di Malaysia”. Dengan tema ‘Mencetus Budaya Pemuliharaan yang Kreatif’, siri jelajah ini akan diadakan mulai 21 Disember 2014 hingga 25 Januari 2015 buat pertama kalinya di Malaysia.

Mencetuskan kegilaan di media sosial dan mendapat penyertaan menggalakkan di seluruh dunia, 1,600 panda bakal tiba di Malaysia, lima tahun selepas tampil buat pertama kali di Perancis. Siri Jelajah Dunia 1,600 Panda dimulakan pada tahun 2008 sebagai satu kerjasama di antara WWF dan artis popular Perancis, Paulo Grangeon. Sejak itu, ia telah muncul di lebih 100 buah pameran di beberapa buah negara seperti Perancis, Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Taiwan dan Hong Kong. Malaysia merupakan lokasi ketiga buat 1,600 panda ini di rantau Asia selepas Hong Kong.



Artis arca terkenal Perancis, Paulo Grangeon yang memiliki pengalaman lebih 30 tahun telah menghasilkan 1,600 papier mache panda dalam pelbagai pose, emosi dan saiz menggunakan kertas kitar semula. Ia sebagai simbolik yang mewakili jumlah panda yang tinggal di dunia.  Sebagai sambutan siri jelajah di Malaysia, Paulo Grangeon akan menghasilkan satu versi papier mache panda istimewa untuk bengkel-bengkel di Malaysia bagi mewakili keunikan budaya negara ini.  “Siri Jelajah 1,600 Panda di Malaysia” bertujuan mendidik orang ramai mengenai kepentingan pemuliharaan panda dan pembangunan lestari. Secara simboliknya menggalakkan rakyat Malaysia agar lebih peka dengan alam sekitar dan keperluan untuk memuliharanya.

Semua 1,600 panda itu akan berada di lebih lima belas lokasi ikonik di Malaysia. Justeru, orang ramai berpeluang untuk melihat panda-panda ini dengan lebih dekat. Maklumat lokasi akan didedahkan tidak lama lagi, jadi nantikan perinciannya nanti.

“Siri Jelajah 1,600 Panda di Malaysia” dibawakan oleh pihak Faster Advertising bersama perunding kurator AllRightsReserved . Dana yang dikumpul daripada “Siri Jelajah 1,600 Panda di Malaysia” akan disalurkan untuk menyokong usaha pemuliharaan WWF-Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai “Siri Jelajah Malaysia 1,600 Panda”, sila layari:-

LAMAN FACEBOOK RASMI
AKAUN WECHAT RASMI
TBA
Akaun  INSTAGRAM Rasmi
WEIBO rasmi
HASHTAG rasmi
1600pandas
1600pandas
#1600pandas / #1600pandasmy

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 12:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Panda di zoo di anak tirikan. Panda arca di susukan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Panda comel
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk nys pulak panda...
Membazir je dok beli Liang Liang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 05:24 PM | Show all posts
alololo tomeynyaaa...

rasa pelik plak tgk admin buka thread...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2014 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel.letewwww nanti kannn
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa posted on 21-11-2014 05:13 PM
Byk nys pulak panda...
Membazir je dok beli Liang Liang...

Liang Liang bukan benda yang boleh dijual beli.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 05:33 PM | Show all posts
ceh aku ingat panda btol2 td
br nak ckp banyaknya panda nak menjelajah
terbayang panda yg besor tu ada 1600 ekor
rupanya arca je
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
uori posted on 21-11-2014 04:40 AM

Apa hal dengan Emo tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 11:36 PM | Show all posts
Esmiria posted on 21-11-2014 06:11 PM
Apa hal dengan Emo tu?

Dia dah cair kut...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.230710 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list