CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15312|Reply: 112

Aku yang loser

[Copy link]
Post time 23-11-2014 01:04 AM | Show all posts |Read mode
Salam forumers sekalian…

Aku tak tahu daripada mana aku nak mula. Aku berumur 24 tahun, masih lagi struggle untuk habiskan degree pjj aku yang masih lagi berbaki 2tahun.Walaupun aku ambik pjj , tapi aku bukannya kerja dengan kerajaan ataupun badan2 swasta yang lain , aku hanya bekerja sebagai cashier dekat dalam supermarket , dan disebabkan aku ambik pjj..aku selalu melompat2 kerja sebab bulan 1 aku kena hadiri kursus intensif selama 2/3 minggu..dan bulan 6 aku kena ambil final exam .

Aku tahu masalah aku ini memang cukup remeh . Tapi aku betul2 perlukan nasihat , kutukan , sokongan atau apa sahaja supaya aku kembali berpijak di bumi yang nyata disebabkan sekarang aku langsung tak nampak ke mana hala tuju hidup aku . Aku rasa jalan aku gelap . Aku rasa macam aku dah sampai dekat satu penghujung jalan mati .

Orang lain iaitu kengkawan atau sepupu aku yang sebaya dengan aku kebanyakannya dah berjaya . Berjaya daripada segi dah ada kerjaya mantap ,dah ada keluarga , dah bahagia , duit dalam bank dah riban2..tapi aku tetap tang ni jugak…Aku tak boleh nak keluar daripada tempat tinggal aku sebab parents aku lagi gemar aku duduk rumah dan kerja dekat2 dengan rumah . Parents aku cakap diaorang akan lepaskan aku pergi kalau aku dapat kerja dengan kerajaan which is aku tahu memang takkan jadi kenyataan punya sebab aku memang dah give up dengan kerja kerajaan . Aku tahu berpuluh2 ribu lagi orang dekat luar sana yang masih menunggu , dan aku memang dah angkat bendera putih .

Masalahnya sekarang…aku rasa diri aku ini loser . Aku dah 24tahun , tapi aku still x boleh nak balas jasa mak ayah aku . Aku x nampak halatuju hidup aku . Aku ambik kursus yang bila orang tanya ..kebanyakannya semua akan kerut dahi dan terus tertulis dekat muka diaorang yang aku ni memang takada masa depan . Aku rasa kasihan bila sedara2 aku tanya dekat mak ayah aku..ehakak ni buat apa sekarang ? Belajar lagi ? Tak habis2 lagi ke belajar ? Anak aku dah dapat kerja pun .

Aku tahu mak ayah aku okeh aja , dan aku pun mula2 okeh aja dengan pandangan dan tanggapan orang , tapi  lama – kelamaan aku rasa aku ini memang bebetul anak tak guna . Sempat ke aku balas jasa mak ayah aku ? Sempat ke aku nak bahagiakan diaorang ? Dan disebabkan umur aku dah 24 tahun – bagi aku muda lagi , tapi ayah aku dah mula bagi hint2 nak suruh aku kahwin cepat . Aku bolehaja buat derk dan hati kering sebab aku anggap diri aku muda lagi …tapi bila tengok muka ayah aku bila setiap kali kengkawan sebaya aku kahwin..aku jadi lost .

Aku cuma nak bahagiakan mak ayah aku aja..kejar impian aku yang kengkawan aku  kata mengarut tu..hidup bahagia tapi aku dah x nampak langsung jalan . Aku rasa diri aku manusia paling bodoh dan menyusahkan dalam dunia .Aku tahu dekat sini ada ramai otai2 yang dah lalui macam2 dalam hidup , dan aku tahu jugak masalah aku ini celah gigi aja kalau nak dibandingkan dengan masalah2 forumers lain terutamanya dekat board fd..tapi please..please..please…aku dah down . Tolonglah sedarkan aku balik .
Last edited by 24pieces on 23-11-2014 01:08 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 02:02 AM | Show all posts
nak try bg komen ala2 blog shahpaskal.

  • puas sy mencari masalah sbnr  yg cuba dismpikan penulis namun tidaklah sy jumpai.
  • tidak mempunyai pasangan adalah 1 perkara yg amat menyeronokkan di mana anda bleh memberikan sepenuh fokus kpd kerjaya dan study anda.
  • umur 24 dan ambik degree part time tidak menjadi suatu keanehan pd ms ni. rekod usia pelajar tertinggi di kelas sy dulu ialah 35 tahun.
  • kerja kerajaan mmg sesuatu yg tidak boleh diharapkan sgt. anda adalah manusia bodoh sekiranya anda apply keje kerajaan dan kemudian tunggu sahaja panggilan interview di rumah tanpa buat kerja lain dulu. tp anda adalah 2x bodoh sekiranya anda x apply pun keje kerajaan, tp masih mengharap nak keje dgn kerajaan.
  • ramai org yg berjaya bermula drp impian yg mengarut. cth bill gates, steve jobs dan ramai lg entrepeneur.
  • dan yg terakir ada ramai lg org yg lagi tua dr umur anda dan lg looser dr penulis spt sy.
  • sekian, terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 02:14 AM | Show all posts
Masakah kau wahai TT

1) Kerja bertukar-tukar dan low standard bg pandangan kau.
2) Gaji kecil
3) Family yakni mak bapa suruh kerja dekat2 rumah
4) Family suruh cari kerja gomen sajok kalau nak berhijrah ke tempat lain
5) Belajar tak habis-habis
6) Mak bapa suruh kahwin.

itu aja kan?

1) Kau boleh aja apply kerja yg lebih bagus dgn syarat kat beritahu majikan ttg komitmen terhadap pelajaran. Ada majikan (termasuk majikan lama aku) sgt-sgt supportive pada pekerja yg ingin memperbaiki taraf hidup contohnya further study, siap bagi cuti masa musim exam, kalau perlu aja baru datang office. Benda ni kau kena selective, cari, kalau tak cari tak jumpa. At least kau kerja juga, dpt juga tampung kos pelajaran. Tak adalah membebankan mak bapa 100%.

2) Bila sering bertukar kerja mana nak dpt yg gaji besar tapi understood you masih belajar. Lagi baik dari org yg graduated tapi tak nak kerja. 24 tahun tak tua manapun, sambil-sambil nak habiskan pelajaran tu usharlah kerja-kerja yg bagus, jgn segan nak share dgn bakal majikan ttg problem awak. Ramai majikan yg akan bg awak peluang kalau awak berani mencuba.

3) Kebaikan tinggal dgn family, kerja dekat2 dgn rumah, kos dapat dikurangkan di samping kita dapat membantu dan berbakti pd ibu bapa. Bakti dan bantuan tak semestinya bersifat material. Kaka ada anak sedara, lelaki, dia yg tengah di antara 3 beradik. Dari segi pelajaran dia yg paling kureng tapi dari segi pengurusan rumah, penyelengaraan dia yg paling baik. Mak bapa dia tak payah nak risau pasal bil-bil, drive mak dia ke sana sini, urusan pengajian adik dia, sakit demam dan sebagainya. Dia baru nak grad hujung tahun ni, umur dah 27 tahun. Sepanjang dia belajar dia buat kerja sambilan kat bengkel kereta sbb dia ambil bidang automobil. Bulan lepas GF dia ajak kahwin, ialah umur GFpun dah sebaya ke lebih tua, ekonomi dah stabil. Kakak aku terus uruskan segala kenduri kendara. Anak sedara kaka cuma sediakan duit belanja kahwin yg dah lama dia simpan dan pihak pompuan pula sgtlah memahami, bayangkan belanja RM5K aja. Mak dia berhabis 25K untuk kenduri kendara semata-mata mengenangkan pengorbanan anak yg sanggup belajar berdekatan rumah sedangkan anak-anak yg lain nun dah jauh ke mana-mana. InsyaAllah kalau niat kau ikhlas akan mendapat imbuhan yg setimpal.

4) Kerja gomen siapa tak nak tapi bagitau ibu bapa yg rezeki tu ada di mana-mana asalkan halal dan berkat. Kerja gomen tapi buat busines online, MLM waktu kerja tak ada berkatnya juga. Tapikan rezeki kita siapa yg tahu, anak sedara kaka lagi seorg ni (mmg aku ramai anak sedara) lelaki, umur baru 19 tahun, jenis slow moving, masuk UITM, first semester kerja tendang sbb failed . Kakak dia yg terajin ni siap tolong apply kerja gomen untuk dia, tut-tut dapat... Tak tahulah sebab apa tapi diapun heran sbb langsung tak harap, masa interview tanya satu soalan aja, nama penuh Yg Dipertuan Agong...Kita tak tahu rezeki kita, jgn putus asa, isi aja borang kat gov punya website tu, mana tahu rezeki kau nak dapat.

5) Belajar tak akan habis wahai adik ke anak...hehheheh acik beling yg dah tua ni pun masih kerja dan ofcoz setiap hari belajar benda-benda baru. Tak usah le nak malu, zaman sekarang kita kena ada kelulusan di samping usaha dan cari peluang untuk berjaya. Tanya kat kawan-kawan yg dah bekerja tu kalau2 ada peluang untuk kerja di mana-mana yg lebih baik. Jgn malu bertanya.

6) Kahwin? BF dah ada? Kalau ada yg kayo setarap Jejai laki Fasha Sandha tu apa salahnya tapi kalau tak hado lebih kau belajar dulu sambil ushar2 BF kat luar yg bagus-bagus sikit.

Kalu ni terlalu banyak fikir ttg apa yg orang fikir ttg kau sedangkan kau sendiri tak nak berjuang untuk diri sendiri. Dari kau dok membaca novel2 cintan tak real tu lebih baiklah kau baca news paper The Star, Straits Time utk tingkatkan pengetahuan semasa dan penguasaan dlm bahasa Inggeris. Jgn sesekali menyerah, feeling down mcm loser, pergi kat board usahawan dan baca pengalaman mereka yg berjaya dari bawah. Banyak cabang untuk kita berjaya tapi perlukan usaha dan ketekunan.

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:20 AM | Show all posts
24 is young, kakak.

My friend umur sebaya tapi kena start degree balik sebab dulu kena dismiss. Tapi dia tabah.

Dia ada la jugak rasa insecure kekadang but sometimes you just have to learn how to deafen your ears.

Hidup semua orang lain-lain. Mana ada ikut acuan sama. 23 habis belajar, 24 kahwin, 25 beranak, etc etc. Kalau tak ada rezeki better kita usahakan utk ada rezeki daripada spend masa kesiankan diri sendiri kan.

Good luck
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:27 AM | Show all posts
Study amik course ape tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Muda lagi dok 24 tu...
And nk tahu gak course apa ek?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2014 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Slm..i nk bg nasihat dr segi islamik plk memandangkn yg lain tu dh beri kan..
kdg2..kt rs..hidup ni buntu..mcm kt rs kt dh buat segala2nya...tp stil.. fail to achieve what we want kan??
I nasehat kat u.u buat perubahan ni.. u know kt just manusia.. mmg byk kelemahan.. so kt mintak tlg Allah.. sounds simple kan..but do it wholeheartedly.. insyaAllah..hidup u akam berubah..u ada motivasi.. seriously.. once u ada Allah.. Allah yg berkuasa yg ciptakm u.. insyaAllah..yg lain..akan dtg dgn mudah..
u solat taubat.. u solat dhuha.. bgun qiam  solat tahajjud..u luahkan pd allah dlm doa.. u redo dlm keje u... insyaAllah.. i doakn jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 09:44 AM | Show all posts
Not loser lah..just finish ur study..lepas tu kerja tetap dan tolong parents...
Kalau anak i cam tt i dah proud...

Fokus for future...jangan fikir negetif...think positif..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan akak ada yg umur 29 pon tak abis degree lagi dik. Adik kira untung la mula awal koman koman by 26 dah habis.

First thing, jgn lah diri sendiri yg pikir diri tu loser. Makin down nanti.

Nak balas jasa mak ayah tu bukan material je. U duduk sekali teman kan diorg tlg mana mana yg diorg tak larat buat tu dah kira membalas jasa dah.

Nak tau jugak u amik course apa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 09:57 AM | Show all posts
TT bukan lah sorang loser.

Seorang loser tak akan memikirkan masa depan seperti TT.  Seorang loser tidak akan ada ada usaha untuk memajukan diri sendiri seperti TT yg sedang berusaha utk mendapatkan degree.  Seorang loser tidak akan memikirkan soal membalas jasa ibubapa.

Seorang loser hanya akan makan lepak tidur mengharapkan ibubapa atau org lain menanggung hidup tanpa ada apa2 usaha untuk 'hidup'.

Itu pandangan saya terhadap seorang loser yg sebenar.  And you are not that.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:00 AM | Show all posts
bagi aku umur 24 nie kategori baru belajar nak hidup....kalu umur ko dah 42, degree tak abis lagi....kerja cashier kat supermarket, then baru betul ko tu loser....

Abiskan jer lah degree tu....pastu apply kerja govt.....mana tau ada rezeki ko nak kerja ngan govt. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam....dan manatau nanti parent ko ubah fikiran kata kerja swasta pun orait jer...manusia berubah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
24 bkn loser pn..cuma sbb ko compare dgn org lain kn..x yh risau..each org ada,masalah sendiri..cuma kekdg diorg tunjuk yg bes2 je yg buruk2 sapa nk bgthu kn..psl mak ayh duk dekat tu sementara xdpt kje kt tempat jauh no problem pn..tolong mak ayh kt umah tu kn dpt pahala..apa susahnya..nnt kawin duk tempat jauh baru nyesal sbb x dpt berbakti dgn mak ayh..good luck dlm idup..masalah2 ni sebenarnya mematangkn kita..lagi satu tingkatkn mutu hubungan dgn Allah dan mak ayah,nnt Allah akn tlg kita bab yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:50 AM | Show all posts
Ko tak loser pn..macam standard je kot, umur 24 tgh amik degree..aku dulu umur 24 pun baru grad degree sebab masa umur 23 aku kena ex-stand..umur 25 menganggur kejap, pastu masuk skim siswazah menganggur..umur 26 baru dapat keje kerajaan..skang ni matlamat ko habiskan je degree tu dulu..dah abis degree boleh apply kerja kat mcm2 tempat, GLC atau govmnt..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 11:01 AM | Show all posts
Adik aku sebaya ko..graduate tokyo university master in mecahnical engineering tajaan mara..skang dah buka company oil&gas sendiri partner ngan member dia..da ade sebijik umah hasil pakai duit keje parttime dia pungut sampah kat tokyo dulu..bwk keta caldina sebijik dr jepun guna ap student.

Smlm dgr citer dr mak aku yg dia br dpt payment 500k hasil projek oil&gas dia setelah setahun menuai..niat dia nak hantar parent aku pi umrah n beli umah lg sebijik..mak aku suruh kawen dia kata tak nak..katanya nak fokus pd biz dulu..so moral of da story nya pokok pangkal nya hati..mana ade kemahuan di situ ade jln..tak semestinya ko perlu bergantung keje pd gomen..if ko fokus dgn bidang yg ko blajo pun insya'allah bleh berdesup dia punye pergi..
Last edited by tagas on 23-11-2014 11:03 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 12:32 PM | Show all posts
tagas posted on 23-11-2014 11:01 AM
Adik aku sebaya ko..graduate tokyo university master in mecahnical engineering tajaan mara..skang da ...

ape name kampeni?
nak apply ade jawatan kosong x. heheeh
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 02:25 PM | Show all posts
ngko loser kalu ngko pk ngko loser, sbb ngko apa yang ngko fikirkan... tak kisah la apa pekerjaan ngko buat (yg halal) mesti istiqomah dan tekun... hasil ngko akan dapat bila ngko berusaha tanpa penat jemu. sebagai seorg islam pula, sertakan doa sekali ye. rezeki itu tidak datang bergolek2 dengan sendirinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 02:48 PM | Show all posts
ko laki ker pompuan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2014 03:27 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 23-11-2014 02:14 AM
Masakah kau wahai TT

1) Kerja bertukar-tukar dan low standard bg pandangan kau.

Kakak blingblings2..

Apa yang akak taip semuanya betul . Saya memang jenis "fikirkan"pandangan orang lain . Kalau nak sebut pasal perjuangan..mungkin saya tak berapa cukup nak berjuang lagi . Mungkin ada yang kurang pasal usaha saya .

Bahasa english saya memang kurang mantap..dalam fikiran duk ingat nak ambik kelas bi lepas habis kursus intensif tahun depan . Rasa macam nak mntak jugak dekat mak ayah untuk cari kerja dekat tempat lain..tapi tak tahulah boleh lepas ke tidak .

* Saya tak pernah ada bf..dan hahahahaha...kalau ada bf yang kaya ala2 jejai pun , saya tak rasa saya nak kawen lagi . Masak air pun tak lepas lagi kak...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2014 03:28 PM | Show all posts
cinta_ungu posted on 23-11-2014 03:27 AM
Study amik course ape tu?

Ambik kursus sejarah..minor sastera..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2014 03:28 PM | Show all posts
amiraira posted on 23-11-2014 07:42 AM
Muda lagi dok 24 tu...
And nk tahu gak course apa ek?

[size=14.3999996185303px]Ambik kursus sejarah..minor sastera..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.081043 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list