CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9492|Reply: 145

[Jenayah] Edisi Aku Lapar!!:Pijak Isteri Tak Masak Tengahari!

[Copy link]
Post time 24-11-2014 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur:  Seorang suami tergamak mengheret isterinya sebelum memijak kepala wanita itu berulang kali hanya kerana mangsa gagal memasak juadah tengah hari. Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, mangsa yang berusia 30-an diserang suami ketika mangsa sedang bekerja di pejabatnya terletak di Bangsar di sini.

Lebih menyedihkan apabila mangsa yang dibelasah suami itu sedang mengandung tiga bulan.  Sumber polis berkata, suspek mulanya menghubungi isteri yang sedang bekerja kira-kira jam 3 petang dan meminta wanita itu pulang ke rumah untuk memasak.

“Mangsa bagaimanapun memberitahu tidak boleh pulang ke rumah berikutan masih bekerja. Jawapan itu menyebabkan suspek mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat. “Suspek kemudian muncul di tempat kerja mangsa dan menyerang isterinya itu. Malah, mangsa diheret suami hingga ke tingkat bawah bangunan pejabat,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang kesakitan bagaimanapun cuba melawan menyebabkan insiden menjadi semakin tegang. “Suspek kemudian bertindak mencekik isterinya dan membelasah mangsa sebelum berjaya dileraikan rakan setugas,” katanya. Menurutnya, mangsa sebelum sudah beberapa kali dibelasah suspek yang menendang dan memijak mukanya.

“Suspek dikatakan sering memaksa mangsa berhenti kerja namun mangsa enggan berikutan suaminya adalah seorang penganggur. “Akibat kejadian itu mangsa cedera di muka dan lebam sebelum menerima rawatan di klinik berhampiran,” katanya.

Bimbang kejadian lebih buruk, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini. “Difahamkan suspek bertindak menghalau isterinya dari rumah sejurus kejadian serangan itu,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.              

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 November 2014 @ 5:16 AM  - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11311#sthash.iPQiymHO.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 08:01 AM | Show all posts
Tak bekerja pula tu, so masak lah sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:06 AM | Show all posts
udah la laki tu penganggur, nak suruh isteri berhenti keje skali menganggur cam dia.. laki cam tu dik ko fasakhkan aje.. udah la pemalas, baran, nak jaga diri sendiri pun bengap. ada hati nak jaga anak org..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:07 AM | Show all posts
apa punye laki kaldaikan bini..

kaldai penat2 p kerja dia lepak kat rumah...



pernah wa baca kisah kaldai gini disini...

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:13 AM | Show all posts
Jadi pengajaran pd gegirls jgn kawin dgn bewak hidup. Salah sorg ada kat atas. Lol!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ummah mana sis? Selalu jah kluar berita..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2014 08:18 AM | Show all posts
@stinger_attack

kat mana ye citer bini dikaldaikan laki duk lepak kat rumah ni...??

rasa cam pernah dengar tapi dah lupa la sapa yg citer...



Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:33 AM | Show all posts
jantan pilihan sendiri kah... mendapat ko dek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 08:42 AM | Show all posts
maybe pk x nak cerai sbb pregnant kot
tp kalau dah main berpukul2 byk kali
rela lah menjanda wahai wanita2 sekalian
x hina pn hidup single sampai tua
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:47 AM | Show all posts
pemalas tapi ada hati nak kawen...laki camni elok siram ngan air panas mendidih je masa dia ngah tido...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:52 AM | Show all posts
bukan manusia dah ni dah sebijik mcm setan, elok diseret laki dia tu letak tgh jalan biar kena langgar baru ada akai...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:56 AM | Show all posts
x faham..klo dah dia tu penganggur suruh pulak bini berenti keje..pastu nk mkn pakai camane..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:03 AM | Show all posts
ehhh.. kawan sepejabat pun biar sampai lunyai kawan tuh kena gasak baru nak leraikan?

dah lah mamat tuh mai masuk pejabat menonong jah..

lain kali belanja jah debik beramai2..

kaum telor ne, perangai mmg hamjad
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:08 AM | Show all posts
dalam keadaan macam nih isteri dibolehkan mintak cerai.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:08 AM | Show all posts
Lelaki durjana.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:10 AM | Show all posts
asal berlaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 09:11 AM | Show all posts
jantan hina
bini pun sangguplah menghambakan diri.xtau perkataan fasakh ke.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:15 AM | Show all posts
Dayusnya lelaki mcm nie. Takde maruah langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:15 AM | Show all posts
lelaki ni mengalami chronic depression kot..perangai da macam mental ni!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:27 AM | Show all posts
huh bikin aku marah jer baca berita mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.068307 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list