CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9395|Reply: 130

[Tempatan] Kakitangan kerajaan berisiko jadi gelandangan!

[Copy link]
Post time 24-11-2014 08:30 AM | Show all posts |Read mode
  • Azih Muda


        KUALA LUMPUR – Kakitangan kerajaan berisiko menjadi gelandangan sekiranya kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kawalan harga rumah yang melambung tinggi kini.

        Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, perkara itu boleh berlaku kerana penjawat awam dengan pendapatan kini tidak mampu membeli rumah dengan harga yang sangat tinggi.
        Katanya, Cuepacs menyokong saranan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) sebelum ini agar kerajaan campur tangan dalam menentukan harga rumah.

“Sekarang harga rumah tidak mampu lagi dikawal, walaupun kerajaan baru-baru ini bersetuju mana-mana orang luar yang mahu memiliki hartanah di Malaysia mestilah berharga RM1 juta ke atas.

“Rentetan itu, dikhuatiri pemaju akan mengambil kesempatan menaikkan lagi harga rumah dan mengakibatkan rakyat negara terus tidak mampu memiliki rumah sendiri,” katanya.

        Beliau berkata, pihaknya turut menyarankan kerajaan mewujudkan dasar seorang rakyat sebuah rumah.

“Kita mahu dasar di mana rakyat mampu beli rumah. Bagaimana caranya, ia tanggungjawab kerajaan melakukannya terutama mengawal harga rumah,” katanya.

        Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan sidang media Konvensyen Perpaduan Nasional yang akan diadakan Ahad ini.

        Katanya, pada konvensyen itu nanti, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam digelar Penggerak Perpaduan Nasional akan menyediakan memorandum khas merangkumi beberapa inti pati yang dibahaskan.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kakitangan-kerajaan-berisiko-jadi-gelandangan-1.335793


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Sinar hairan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:39 AM | Show all posts
penjawat awam senang dpt loan
pastu leh buat loan berpuluh tahun
tinggal nk x nak jek beli umah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:48 AM | Show all posts
idok le sampai jd gelandangan pakcik oii
maybe x mampu beli...tapi masih mampu menyewa
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:59 AM | Show all posts
nak jd gelandangan 2 pilihan sdri jgn nak salahkn org lain...kita boleh pikir sdri,kalu dpt pluang wat loan umah buat lh,jgn buat loan y bukan2 untuk bjoli sana sini...pah 2 xdpt nk wat loan umah salahkn org lain lak...dri sdri xingat...ramai kakitangan gomen muflis bkn sbb wat loan umah tau tp wat loan untuk bjoli...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:01 AM | Show all posts
yg jadi gelandangan tu sbb gigih personal loan sana sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2014 09:05 AM | Show all posts
klu x mampu beli, sewa lah.....bkn syarat wajib kakitgn kjaan pn ....aiyoooo
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:08 AM | Show all posts
kakitangan kerajaan kan ada pinjaman perumahan..nape nak jadi geladangan plak...kuarters pun ada..ntah pape cuepacs ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kakitangan gomen x mampu bli rumah sbb polisi gomen suka tukar staf sana sini. Camana nk bli umah dh kalu kje kt satu2 tmpat tu x lebih 5 tahun pstu kna tukor tmpat lain... Sudahnya tanggung hutang tp x dpt duduk umah yg depa beli..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:20 AM | Show all posts
Boleh tinggal di bawah jambatan.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:20 AM | Show all posts
ade tak warga2 gomen rasa diri dah digelandangan?? sila hangkat kaki

pening kot atok ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:21 AM | Show all posts
kalau x mampu...tinggal ngan makpak sampai tua
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala buruk2 org gomen ada la jgk kuarters haper...loan spesel gomwn...medical gomen pree...org swasta lgk cepat leh jdk gelandangan mana der perks bagai2 tu mcm org gomen...alasan kupeks nak minta bonus ujung taun ler tewwww
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:45 AM | Show all posts
harga rumah mmg mahal sgt la... kerajaan patut buat sesuatu untuk kawal harga rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:48 AM | Show all posts
serious mmg rega rumah skrg terlalu mahal...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 10:06 AM | Show all posts
niat dia nak suruh gov control harga rumah yg mahal, itu mmg betul, tp memberikan contoh jd gelandangan tu tokok tambah yg poyo..

sama mcm nk suruh gov control masalah jenayah yg meningkat, pastu keluar ayat 'malaysia antara 10 negara paling bahaya di dunia'.. pdhal kalau ko xpenah pegi obesi pun ko boleh tau ada bnyk lg negara yg lebih bahaya daripada malaysia..

sama mcm PR nk tuduh BN guna undi bangla, (maybe betul), pastu keluar statement "40000 bangla akan diterbangkan dalam masa terdekat"

sama mcm BN nk tuduh PR, kononnya DAP buat laluan basikal 200m je, tp gunakan duit RM30 juta..

exaggerate..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 10:10 AM | Show all posts
sapa xpandai manage duit akan jadi gelandangan..kayaraya pun kalau berjudi berpoya2 habis juga gaji.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang la jadi gelendangan..sebab pemalas..buat keje malas...kalau kene buang keje dah x tahu nak buat keje..sebab dh biasa keje pemalas.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya hidup bergelendangan sesuai dgn cara kerja dunia ketiga korang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 10:22 AM | Show all posts
cuba bayangkan elaun perumahan gomen dihapuskan / diserap dalam gaji / ditukar nama yang tak ada kaitan dengan perumahan.. agak2 kupek meroyan tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.077468 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list