CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leekamlee

Datin Eina Park Keta Kat Pump Station & Pergi Makan Subway

[Copy link]
Post time 25-11-2014 08:23 AM | Show all posts
Harini baru ku tau ramai rupanya yang akalnya setingkat dengan datin paduka ni. First time tred datin paduka tak dikutuk atau dipanggil senduk kerna ramai pembacking.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 08:30 AM | Show all posts
this bitch mmg bongok! die pk die sorang je ke kat malaysia ni pakai kereta! stakat chevy camaro tuu... ape la sangat kat dunia nih! sok2 ko naik van jenazah jugek!
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 08:53 AM | Show all posts
selayaknyalah posted on 24-11-2014 03:42 PM
sama wei dgn aku...aku tggu skit punye lama..xtau die buat ape...pastu dtg isi myk ok la..fine...l ...

baiknye ko lbh 20 min bole bersabar
klu siap nk cuci cermin bagai bole x merambus kat sblh tepi

aku mmg x faham org yg x reti consider org lain ni
xde rasa bsalah plak tu..myb spesis tapir kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 08:56 AM | Show all posts
bangang abadi
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 08:58 AM | Show all posts
Denco posted on 25-11-2014 08:53 AM
baiknye ko lbh 20 min bole bersabar
klu siap nk cuci cermin bagai bole x merambus kat sblh  ...

muka aku xyah ckp la..mmg menahan marah dh...telinga ni ntah2 dh kuar asap dh kot...tp aku jns xreti nk sound org...huhuhu..aku kalau marah pun jns diam jek..tp kalau org tgk muka aku dieorg tau la aku tgh marah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:01 AM | Show all posts
selagi xde bukti video dia park then direct makan ke subway..
aku xkan pecaya gosip rubbish ni.

i bukan karats dia k.
tapi xbaek lah pitnah org..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2014 09:37 AM | Show all posts
ko tinggalkan kereta kt pump station semata nk pi mkn
mmg kena maki la eina ooi

sapo x kenal keta ko tuh kan
sama kaler dgn rambut ownernya..eh dia dh tuko warna rambut lom?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:48 AM | Show all posts
sejak bergelar datin paduka laharan  dah mula berkurangan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 10:02 AM | Show all posts
ni eina dah kasi penjelasan pasal isu ni

eina kasi penjelasan
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:21 AM | Show all posts
yg org ramai selalu buat.. park kereta kat pump.. lepas tu masuk beli air/jajan ..kuarkan duit and bayar untuk beli minyak.. pada aku this is acceptable.. + maybe kereta tak banyak.. and pump banyak..

tp kalau park.. and pi makan kfc and subway mmg tak patut..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:22 AM | Show all posts
tp pic kat atas ni mmg mengundang fitnah yg besar... takde plak pic die tgh makan.. hmmm

fitnah di mana2
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:23 AM | Show all posts
MissQwerty posted on 25-11-2014 10:02 AM
ni eina dah kasi penjelasan pasal isu ni

eina kasi penjelasan

kat mana?

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:24 AM | Show all posts
tentera_laut posted on 25-11-2014 10:21 AM
yg org ramai selalu buat.. park kereta kat pump.. lepas tu masuk beli air/jajan ..kuarkan duit and b ...

mesti sll buat kan....hehe

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:27 AM | Show all posts
MsCinderella posted on 25-11-2014 10:24 AM
mesti sll buat kan....hehe

sekali sekala.. kalau duit takde terpaksa pi atm jap.. heheh.. tp i beli minyak gak..so ok laa
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:33 AM | Show all posts
MsCinderella posted on 25-11-2014 10:23 AM
kat mana?

eh link url ni tak function plak,jap try paste lagi sekali.ni kat insta dia

http://instagram.com/p/vyb_EtKQ3s/


Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:34 AM | Show all posts
tentera_laut posted on 25-11-2014 10:21 AM
yg org ramai selalu buat.. park kereta kat pump.. lepas tu masuk beli air/jajan ..kuarkan duit and b ...

kan... aku pon rasa still acceptable... nmpk kete pon x bnyk kot... alah menunggu turn kat stesen minyak bukan lah lama sgt... pam bnyk kot.. lain lah musim perayaan... logiklah jugak nk marah kalo sume org selfish mcm tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 10:38 AM | Show all posts
tentera_laut posted on 25-11-2014 10:27 AM
sekali sekala.. kalau duit takde terpaksa pi atm jap.. heheh.. tp i beli minyak gak..so ok laa

hehe itu standard...no hal la..



Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:38 AM | Show all posts
MissQwerty posted on 25-11-2014 10:33 AM
eh link url ni tak function plak,jap try paste lagi sekali.ni kat insta dia

http://instagram.co ...

ok dah dpt dah...tq

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:42 AM | Show all posts
MissQwerty posted on 25-11-2014 10:33 AM
eh link url ni tak function plak,jap try paste lagi sekali.ni kat insta dia

http://instagram.co ...

picture ni mmg betul2 buat fitnah la..

kita tak tau berapa lama die park kat situ..die makan situ atau bungkus..
maybe dia dah bungkus die isi minyak (maybe die dah bayar penuh, bangla isikan.. smbl tu die pi beli makanan)

hanya pic sekeping.. seseorang leh buat fitnah.. WTF



Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:59 AM | Show all posts

NAMA pelakon cantik Datin Paduka Eina Azman tiba-tiba menjadi bualan hangat pada awal minggu ini selepas didakwa telah meletakkan kenderaan mewah miliknya, Chevrolet Camaro di salah satu tempat mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Seri Kembangan, Selangor sehingga mengganggu pengguna lain yang berada di situ.

Apa yang mengejutkan, menurut dakwaan, tindakan pelakon filem Ratu The Movie itu meletakkan kenderaan di petak tersebut semata-mata hanya untuk menikmati makan malam di sebuah restoran berdekatan bersama suami, Datuk Paduka Gurmet Singh, 35.

Akibatnya, gambar tersebut telah menjadi viral dalam laman sosial sehingga menyebabkan pelakon berasal dari Mentakab, Pahang itu dikecam hebat oleh ramai pihak.

Bagi mendapatkan penjelasan, baru-baru ini Kosmo! telah menghu­bungi Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 19, untuk mendapatkan kepastian tentang situasi yang berlaku.

Semalam tersebar gambar kereta dan kenyataan me­ngatakan pada malam hujung minggu lalu, Eina Azman dan suami dikatakan telah meninggalkan kenderaan itu di dalam petak pam minyak untuk menikmati makan malam di sebuah restoran makanan segera. Adakah benar kereta itu milik anda dan boleh anda komen mengenai perkara itu?

Ya, saya mengaku dengan hati yang jujur itu adalah kereta saya dan memang saya dan suami meletakkan kenderaan kami di situ pada malam berkenaan.

Sebenarnya pada malam kejadian, saya dan suami dalam perjalanan ke Seremban untuk menghadiri mesyua­rat. Ini pengakuan saya tentang dakwaan tersebut. Sebelum itu saya mahu ajukan soalan kepada semua, ketika anda berada di stesen minyak, adakah ia perkara normal jika anda keluar sebentar dari kereta untuk membeli barang di kedai? Ia perkara normal bukan? Saya letak kenderaan di situ hanya dalam tempoh tidak sampai 10 minit. Saya dan suami ma­suk ke dalam kedai untuk beli barang makanan, bukan pergi ke restoran Subway untuk makan seperti yang didakwa.

Itu adalah perkara biasa jika sedang dalam perjalanan jauh, kita akan berhenti di mana-mana stesen minyak untuk mengisi minyak ken­deraan dan membeli barang makanan. Apa yang salahnya di situ? Jika benar ada yang mengatakan saya letak kereta di situ dan dengan tanpa rasa bersalah pergi ke Subway untuk makan, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan? Mengapa hanya ambil gambar kereta sahaja. Itu tidak adil kerana ia menimbulkan fitnah kepada saya. Jika benar mahu buktikan saya benar-benar bersalah dalam hal ini, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan?

Kalau betul mahu reka cerita, jangan melampau sampai tahap begini. Saya letak kenderaan betul-betul dalam kotak kuning. Bukan saya letak di tengah jalan sehingga mengganggu laluan pengguna lain untuk mengisi minyak di situ. Lagi pula jika dilihat dalam gambar tersebut, kawasan stesen pam minyak itu sangat besar dan banyak lagi lorong lain untuk mengisi minyak. Lainlah jika di belakang kereta saya ada berderet lagi kereta lain beratur. Jika saya melakukan perbuatan pentingkan diri sendiri seperti itu, ya saya tidak akan melen­ting kalau ada pihak cakap saya buat hal.

Sejujurnya, apakah reaksi anda ketika mendapat tahu be­rita itu?

Saya mendapat berita itu daripada rakan saya. Dia (rakan) memaklumkan kepada saya tentang perkara itu dan pada masa yang sama, orang ramai tidak henti-henti memberi res­pon negatif kepada saya di laman sosial. Sejujurnya, memang saya terkejut betul dengan cerita itu. Saya tidak sangka dengan hanya meletakkan kenderaan di sana sama seperti orang lain, saya terus dikecam. Pada masa yang sama, saya juga berasa pelik. Selepas kahwin, sudah lama tidak ada cerita kontroversi mengenai saya. Tiba-tiba hanya kerana perkara kecil sebegini, nama saya kembali diperkatakan orang. Saya juga sudah berjanji kepada diri sendiri dan suami bahawa selepas kahwin, saya tidak mahu terlibat dengan apa-apa kontoversi lagi. Suami juga tidak suka saya terlibat dengan kisah yang tidak benar. Adakah itu adil kepada saya hanya disebabkan saya Eina Azman? Jika saya orang biasa, bukan artis atau bukan orang yang dikenali, adakah ia akan jadi isu juga? Tidak, bukan.

Perkara ini benar-benar buat saya tertekan. Mengapa perkara remeh sebegitu pun ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mahu jadikan isu? Namun, apa yang paling mengecewakan saya, ramai orang di luar sana percaya dengan cerita tersebut. Baru sahaja baca cerita itu, terus percaya tanpa mahu fikir dengan logik akal. Kalau betul ada pihak yang tidak ber­puas hati, boleh pergi periksa rakaman kamera tele­visyen tertutup (CCTV) di pam minyak tersebut. Lihat sendiri apa yang berlaku sebenarnya pada malam itu.

Jadi, apa tindakan anda mengenai perkara tersebut?

Bagi saya, jika mahu buat cerita tentang saya pun, berpada-padalah. Takkan sampai mereka-reka cerita yang tidak benar seperti ini. Saya memang marah apabila tiba-tiba orang me­nyalahkan saya tentang perkara yang saya tidak lakukan. Saya sebenarnya sudah lama menahan perasaan. Dari dahulu sehinggala sudah berkahwin pun, orang akan tetap bercakap buruk mengenai saya. Orang akan tetap hina walaupun saya tidak pernah kacau hidup orang lain. Apabila berdepan dengan perkara seumpama ini, apa lagi yang mampu saya lakukan. Mulut orang, sampai bila-bila pun kita tak akan mampu tutup. Kalau saya cakap mahu saman, orang luar akan adili saya ini seorang yang mengada-ngada.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz3K2sdH9E9
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.082560 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list