Kuala Lumpur: Penerjun negara Pandelela Rinong terbabit dalam kemalangan di Jalan Mahameru arah Sentul berhampiran Bangunan Parlimen, hari in.
Dalam kejadian pada 1 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan ke Pusat Sukan Bukit Jalil tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba mengelak sebuah kereta yang menukar arah laluan secara tiba-tiba.
Menurutnya, mangsa yang memandu kereta model Chevrolet hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan.
“Bagaimanapun, mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 November 2014 @ 1:23 PM
«»
KEADAAN kereta yang terbabas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11360#sthash.D5WNzbKG.dpuf |