CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Modngengade

[Tempatan] Suspek bunuh budak berang diejek

[Copy link]
Post time 25-11-2014 09:20 AM | Show all posts
chazey posted on 25-11-2014 09:15 AM
Aku dah agak.

Korang ingat kes pilak Sabahan bunuh budak kat Johor dulu yang viral kejap? Kes  ...

kejam..
lepas culik tu, pembunuh laki bini tampar budak tu  dalam keta sampai pengsan.. then baru campak kat sungai.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 09:26 AM | Show all posts
budak umur 3 tahun apa sangatlah ejekannya..abis2 pun..."wek wekkk padan mukaa."
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:30 AM | Show all posts
reddots posted on 25-11-2014 09:20 AM
kejam..
lepas culik tu, pembunuh laki bini tampar budak tu  dalam keta sampai pengsan.. then bar ...

Eh, bini dia pun terlibat? Tak dilaporkan dalam paper pun.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:40 AM | Show all posts
chazey posted on 25-11-2014 09:30 AM
Eh, bini dia pun terlibat? Tak dilaporkan dalam paper pun.

dlm berita rtm ada sebut smlm

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:46 AM | Show all posts
sewel tahap gaban..
ngan budak 3 tahun pun boleh sentap..
budak 3 tahun bukan ke comeiiii jerk..
ntah apa yg dia ckp pun kdg2 kita x faham
boleh lak dia kata budak tu ejek dia..
sengal betul mental dia..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:51 AM | Show all posts
dengan budak kecik pun jadi hal ke?
nak ambik hati bagai
memang dasar giler la Last edited by sapeka on 25-11-2014 09:52 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2014 09:51 AM | Show all posts
Suspek tu OKU..Cacat kat bahagian kaki sebab accident..

Ni aku tolong tepek...

BEAUFORT 24 Nov. - Lelaki yang ditahan untuk membantu siasatan kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Kampung Selagon dekat sini, Jumaat lalu, dikatakan berbuat demikian kerana tidak tahan sering diejek mangsa.

Dia yang berusia 30 tahun sering diejek Mohd. Shariqal Sidek sejak berpindah ke kampung tersebut dan berjiran dengan keluarga mangsa yang juga mempunyai pertalian saudara dengannya, sejak empat bulan lalu.

Dendam lelaki berkenaan yang cacat di bahagian kaki akhirnya sampai kemuncak pada hari kejadian, menyebabkan dia bertindak ‘melarikan’ mangsa dengan keretanya sebelum menampar kepala kanak-kanak malang itu berkali-kali sehingga pengsan.

Panik apabila melihat kanak-kanak itu pengsan serta mulutnya berbuih, dia mencampakkan mangsa di tepi sebatang sungai di Kampung Jempangah berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. John di sini, hampir 10 kilometer dari kawasan kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata, hasil soal siasat terhadap suspek, lelaki itu mengaku sudah lama menyasarkan mangsa kerana berasa sakit hati.

‘‘Isteri suspek dan ibu kepada kanak-kanak itu mempunyai kaitan persaudaraan. Suspek ada seorang anak dan tidak memiliki rekod jenayah,’’ katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort di sini, hari ini.

Mohd. Shariqal dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ketika bermain bersama dua orang abangnya iaitu Mohd. Syahfuddin, 8; dan Mohd. Syahrizam, 6, di kawasan kebun getah yang terletak bersebelahan rumah suspek.

Mangsa dikatakan keluar dari rumah kira-kira pukul 6.30 pagi tanpa disedari ibunya, Samine Rawel, 24. Kedua-dua abang mangsa kemudian memaklumkan kepada ibu mereka tentang kehilangan Mohd. Shariqal.

Misteri kehilangan mangsa akhirnya terjawab apabila dia ditemui mati pada pukul 2.15 petang semalam selepas suspek yang ditahan membawa pihak polis ke lokasi penemuan mayat terbabit.

Mustaffa Maarof seterusnya memberitahu, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan reman selama seminggu dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, pihaknya turut mengesahkan suspek tidak mempunyai rekod sakit mental.

‘‘Suspek merupakan OKU kerana cacat di bahagian kaki akibat kemalangan jalan raya,’’ ujarnya.

Beliau berkata, bapa kanak-kanak itu baru bekerja di ibu negara dan merancang untuk membawa keluarganya berpindah ke sana pada Februari nanti.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu untuk bedah siasat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.erDNGzns.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena ejek dengan budak 3 tahun pun sentap...hati tisu betul la mamat ni...memalukan orang sabah je..muka je ganas...hati cam tisu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 09:58 AM | Show all posts
xsanggup aku nk baca berita2 melibatkan kanak2.....xmampu aku nk ckp...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
budak 3 thn pun nk sentap!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.060121 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list