CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18666|Reply: 39

[Tempatan] JAKIM sekat Sheikh Nuruddin berdakwah

[Copy link]
Post time 24-11-2014 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan JAKIM yang menyekat aktiviti dakwah ulama terkenal, Sheikh Nuruddin Al Banjari.

Presiden ASWAJA, Zamihan Mat Zain berkata, beliau merupakan salah satu ulama
Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan sekatan itu dipercayai dibuat apabila ada pihak tertentu mendakwa beliau memberi kenyataan berbaur politik dan cuba menjejaskan keharmonian umat Islam di negara ini.

"Sheikh Nuruddin merupakan seorang tokoh ulama ASWJ tulen yang memiliki ketinggian ilmu dan diperakui kesolehannya di rantau nusantara.

"Justeru, tindakan menyingkirkan beliau merupakan komplot terancang yang diatur oleh pihak tertentu yang berkepentingan. Ini kerana kemungkinan mereka merasa bimbang penegasan dan teguran yg dilakukan Syeikh Nuruddin terhadap isu-isu yang bertentangan dengan dasar akidah dan syariah boleh menggugat kredibiliti mereka," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zamihan, sewajarnya pihak JAKIM mengadakan perbincangan dengan Syeikh Nuruddin terlebih dahulu sebelum mengeluarkan perintah larangan.

"Perbincangan harmoni dari hati ke hati pastinya memberi ruang dan peluang kepada kedua pihak untuk menghasilkan solusi terbaik demi Islam dan kepentingan umatnya.

"Sekaligus berupaya untuk mengelakkan fitnah terhadap Syeikh Nuruddin dan agensi agama di negara ini," katanya.

ASWAJA juga kesal mengapa pihak JAKIM begitu cepat bertindak terhadap tuduhan sebegitu terhadap tokoh ASWJ sedangkan amat perlahan pula untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran fahaman bertentangan dengan ASWJ seperti Wahhabi, Syiah dan lain-lain ajaran sesat.

"ASWAJA yang berpegang teguh kepada akidah ASWJ akan terus membela dan mempertahankan tokoh Islam nusantara itu dan berharap NGO Islam lain juga turut sama menyokong beliau dalam usaha menyebarkan dakwah demi survival umat Islam di Malaysia dan nusantara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekat je ustaz2 yg suka bawak cite2 dongeng tak lojik ne ... Sorang lagi si Don tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamihan sudah tentu akan bela sesama geng ... Tak cukup jawatan kat KDN ... Dapat pula kolum kat Metro .. Tu pun tak puas lagi nk hentam ulama salaf .. Puiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 05:38 PM | Show all posts
dari FB

Alhamdulillah, tenang dan lega hati ini apabila mendengar akan penjelasan dari Fadhilatus Syeikh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki حفظه الله semalam di KUIS mengenai kenyataan Fadhilatus Syeikh di IKIM tempoh hari. Antara kalam akhir Syeikh diakhir majlis semalam,

"Terima kasih kepada semuanya, tidak ada yang terkecuali, kot lah, jadi jangan salah faham dengan bahasanya, kot lah, mungkin saja, saya tidak lagi berpeluang berdiri disini, mungkin saya tidak lagi diberi kebenaran untuk bercakap di Malaysia, jadi saya pun ucapkan jutaan terima kasih. Itu yang disampaikan kelmarin di radio IKIM. Bukan nak keluar, berhenti, tidak. Kot lah nanti, kata mereka bukan setakat di Wilayah saja, juga seluruh Malaysia Syeikh Nuruddin tidak boleh bercakap, tidak boleh berdakwah. Jadi sebelum keluar keputusan itu, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia secara khusus, yang memberikan perlindungan dan juga keamanan sepanjang saya duduk disini, sejak tahun 1998, hingga hari ini, juga sejak saya di Mesir lagi, kerajaan, secara keseluruhan, bukan mengampu, saya tidak mempunyai kepentingan dengan siapa-siapa."

"Dari Negeri Sembilan saya ada tauliah, dari Perak ada tauliah, Kedah ada tauliah, Kelantan ada tauliah, kalau dicabut keempat-empat tauliah pun, saya tidak bersusah hati. Kerana saya sudah ada tauliah dari ALLAH untuk bercakap. Jadi, seperti itu ceritanya."

Al-Alim Al-Allamah Al-Faqih Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki حفظه الله
KUIS | 22.11.2014

Para penuntut ilmu di Malaysia senantiasa menagihkan akan ilmu dan juga kalam nasihat daripada Fadhilatus Syeikh, ulama' yang banyak mengajarkan akan kepentingan ilmu terutamanya mengenai adab. Semoga ALLAH sentiasa melindungi dan mengurniakan sebaik-baik pemeliharaan kepada Fadhilatus Syeikh, mengurniakan kesihatan yang baik kepada Fadhilatus Syeikh, mengurniakan kekuatan kepada Fadhilatus Syeikh dalam terus menyampaikan dakwah dan menyebarkan ilmu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 05:42 PM | Show all posts
keturunan banjar patut sentap...

umur panjang kita ketemu lagi pak Sheikh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 05:43 PM | Show all posts
alhamdulillah, dekat Jakim ada Ust Aizam Mas'od, pejuang penentang syiah yang diwahabikan zamihan. hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2014 05:46 PM | Show all posts
Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki حفظه الله

OMG mmg nama dia sejak lahir mcm ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa rasional konkrit JAKIM ye?sebab yg kat article tu dakwaan satu pihak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 05:56 PM | Show all posts
justchu posted on 24-11-2014 01:46 PM
Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki حفظه ا&#1 ...

nama dia Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu. Yg lain lain gelaran pencapaian dia.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 05:59 PM | Show all posts
Ada aku kisah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 06:58 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 24-11-2014 05:50 PM
Apa rasional konkrit JAKIM ye?sebab yg kat article tu dakwaan satu pihak.

dunno... but maybe populist kot, dunno, but gosh...

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 06:59 PM | Show all posts
selayak nya lah.
elohim sudah bayar cash.
elohim itu maha adil/
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 24-11-2014 05:50 PM
Apa rasional konkrit JAKIM ye?sebab yg kat article tu dakwaan satu pihak.

Yup kita pun nk tahu gak apa alasan konkrit yg Jakim gunakan utk halang nurudin ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 07:23 PM | Show all posts
fatehana posted on 24-11-2014 07:21 PM
Yup kita pun nk tahu gak apa alasan konkrit yg Jakim gunakan utk halang nurudin ni

i pun interested nak tahu rasional sahaja , saya pun bukan tahu syeikh ni sapa.

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:28 PM | Show all posts
Alaaa...cakap jelah sebab tuan guru Al Banjari asyik dok hentam wahabi. Orang2 wahabi dah naik angin. Sejak menghentam wahabi, TV pun dah tak boleh keluar, ni dah tak boleh berceramah pulak. Jangan tak tahu, ILMU dalam UMNO tu semuanya ustaz2 wahabi. Jakim pun dah masuk pengaruh wahabi di dalamnya. Harap Ustaz Zamihan mat Zin tolong tuan guru kita ni, bagitau sapa punya kerja dan dedahkan motif sebenar mereka ni. Last edited by Aliaskotonggo on 24-11-2014 08:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku perasan ustaz don tu pon mcm smthg..mcm salahkan kerajaan dlm isu2 yg berlaku baru2 ni...tapi kalau nak ikut pengikut Sunni Syafie patut tegas dlm isu mcm ni...sebut mana salah mana betul depan2...mcm sorang Syeikh Mesir masa Hosni Mubarak nak jadi Presiden...selamba je dia sound atas stage sebelah hosni mubarak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aliaskotonggo posted on 24-11-2014 08:28 PM
Alaaa...cakap jelah sebab tuan guru Al Banjari asyik dok hentam wahabi. Orang2 wahabi dah naik angin ...

Ulama umno ramai Wahabbi bertopengkan Sunni Syafie.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:43 PM | Show all posts
sabbath_shalom posted on 24-11-2014 04:37 PM
Aku perasan ustaz don tu pon mcm smthg..mcm salahkan kerajaan dlm isu2 yg berlaku baru2 ni...tapi ka ...

itu arab mesir boleh la, kat melayu tak boooooleeeehhh, salah besar. ingat tak kat kes mufti selangor Ishak Baharom?

btw dengar 'kabar angin' pak syeikh ni kena ban sebab dia sentuh GST... yang against la ko ..wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:03 PM | Show all posts
Aku jarang ikut kuliyah Syeikh Nuruddin sebab bahasa die ala2 indon jadi tak berape nak paham dan masuk ke hati.  Tapi isi2 kuliyah die ok setakat aku tahu kecuali pendapat die pasal Nabi boleh hadir dalam sesuatu majlis, aku dah surender sebab memang pelik.  Si Zamihan ni aku tengok dalam ceramah@kuliyah die slalu gak duk mengkafirkan, mencabar dan mengata ustaz2 laen.  Dalam isu ni reti plak die suh JAKIM bincang dari hati ke hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 09:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.078220 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list