CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8972|Reply: 127

[Tempatan] 100 tugasan menanti guru 2015 jadi viral

[Copy link]
Post time 24-11-2014 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Para guru sebelum ini dilaporkan merungut mengenai 100 tugas berat yang menunggu mereka pada tahun depan.

Mengulas mengenai keadaan itu, Timbalan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Tey Meng Seng berkata, isu tersebut seakan-akan sudah diperbesar-besarkan.

Beliau memberitahu China Press, walaupun 100 tugas tersebut memang wujud, namun setiap kerja tidak datang secara serentak dan sesetengah daripadanya hanya perlu dilakukan untuk masa tertentu sahaja.

Katanya, kerja yang dimaksudkan termasuk mengemas kini data oleh cikgu yang dilakukan sekali-sekala sahaja.

Jelasnya, sesetengah tugas pula hanya membabitkan pentadbir sekolah dan kerani, bukan cikgu biasa.

China Press sebelum ini melaporkan, para guru tidak dapat bercuti dengan aman kerana memikirkan tanggungjawab berat yang menunggu mereka pada tahun persekolahan 2015.

Senarai 100 tugas cikgu dikhabarkan sudah tersebar melalui Internet sementara ramai guru merungut di alam maya selepas menyemak senarai tersebut.

Antara tugas yang menunggu cikgu termasuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS), Mentor Mentee, VLEFrog (pengajaran menggunakan Internet) dan HRMIS (sistem maklumat sumber manusia).

Mengulas lanjut, Meng Seng berkata, walaupun isu tersebut seakan-akan diperbesar-besarkan, namun tugas guru tetap banyak pada masa ini.

"Sudah tentunya saya mengakui cikgu masih perlu menyempurnakan banyak tugas, kerajaan perlu menggaji pembantu untuk meringankan beban kerja cikgu," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 02:27 PM | Show all posts
kesian cikgu....mcm2 diorang kena buat....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 02:31 PM | Show all posts
Cikgu sekarang tak sama dengan cikgu dulu.....banyak tanggung jawapnya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 02:34 PM | Show all posts
takkan cigku2 yg dah lama bertugas tak boleh bahagi2kan tugasan yg diberikan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 02:34 PM | Show all posts
big salary comes with big responsibility...tak gituh??
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 02:36 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 24-11-2014 02:34 PM
takkan cigku2 yg dah lama bertugas tak boleh bahagi2kan tugasan yg diberikan..

kau pe tahu, kerja jd keyboard warrior, mr annoying dalam cari forum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2014 02:38 PM | Show all posts
adik aku siap mintak tolong aku siapkan tugasan dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel posted on 24-11-2014 02:34 PM
big salary comes with big responsibility...tak gituh??

Betul sis...kalau rasa x layak bagi kerja tu pada yg lebih mampu dan berkelayakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak abis2 psl cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 02:58 PM | Show all posts
Alaun kurang bising...gaji kurang bising, bonus kurang bising..kasi kerja lebih pun bising..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:00 PM | Show all posts
Bz nya cikgu, bkn tugas mendidik anak murid je. Patut ramai cikgu xdpt bahagikan masa, beban tugas makin bertambah2. Mcm ni xhairanlah masalah disiplin pelajar makin sukar dibendung.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:00 PM | Show all posts
kejap lagi adalah cikgu sekolah yang akan sekolahkan korang

jangan kondem rungutan cikgu. ate katenye keghoje paling stress di doniaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:04 PM | Show all posts
sabbath_shalom posted on 24-11-2014 02:44 PM
Betul sis...kalau rasa x layak bagi kerja tu pada yg lebih mampu dan berkelayakan.

Sokong Sis... Byk lagi yang berkelayakan Master & PhD
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:11 PM | Show all posts
Keje gomen ni xleh lari dari buat benda2 admin ni.. Jadila lecturer ke, engineer ke, sama je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:34 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 24-11-2014 02:34 PM
takkan cigku2 yg dah lama bertugas tak boleh bahagi2kan tugasan yg diberikan..

detectedd  
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:46 PM | Show all posts
Teringat kata2 boss aku membebel time arahan kijer tak jln "Gaji nak beso tp tanggungjwb&beban kijer nak kurang"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 03:53 PM | Show all posts
100 je? tahun depan jabatan aku ada 1000 lebih events, kami kena marketkan semua. belum masuk tugas selenggara website, buat design, edar flyers, buat multimedia videos, buat laporan bulanan, laporan tahunan, buat pameran, cari penajaan blah blah blah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 04:12 PM | Show all posts
sabbath_shalom posted on 24-11-2014 02:44 PM
Betul sis...kalau rasa x layak bagi kerja tu pada yg lebih mampu dan berkelayakan.

tak salah merungut isu gaji, tapi main purpose tu mendidik anak bangsa...kalau gaji je pikir, pengajaran pun nanti kelaut...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 04:27 PM | Show all posts
ingat guru aja terbeban kerja doctor engineer pun beban jugak
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab itu tugas kamu dpndang mulia wahai cikgu2....
Selain mndidik anak bngsa...byk lg workload yg menanti...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.103534 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list