CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4112|Reply: 16

FETISH SI ENCIK K - AKIM MEWANGI menang Anugerah kOMPOSER mUDA MACP !!!!!!!!!

[Copy link]
Post time 24-11-2014 07:06 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi dan komposer Akim memenangi Anugerah Komposer Muda Berpotensi pada malam ulang tahun Jubli Perak Badan Pelindung Hak Cipta Malaysia (MACP) di sini, malam Ahad.

Manakala, penyanyi Yuna diumum sebagai pemenang Anugerah Persembahan Terbanyak bagi kategori lagu Inggeris 'I Wanna Go' manakala kategori lagu Melayu dimenangi gandingan Zizan dan Kaka menerusi lagu 'Bawaku Pergi'.

Mereka adalah antara 11 penerima anugerah MACP termasuk Anugerah Khas kepada Pelesen dan Ejen badan itu bagi menghargai penglibatan mereka.

Syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd pula menerima Anugerah Penerbit Tempatan dengan Pendapatan Terbanyak manakala Syarikat EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd menerima Anugerah Penerbit dengan Pendapatan Terbanyak.

Karyawan terkemuka negara Habsah Hassan memenangi Penulis Lirik dengan Pendapatan Terbanyak sementara anggota KRU iaitu Edry Abd Halim mengungguli anugerah Komposer dengan Pendapatan Terbanyak.

Anugerah lain ialah lagu Cina Persembahan Terbanyak yang dimenangi oleh Fuying dan Sam dengan lagu 'Fen Kai Yi Hou', Kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi diungguli Michael Wong dengan lagu 'Tong Hua'.

Anugerah Lagu Luar Negara Persembahan Terbanyak diberikan kepada lagu 'I Got A Boy' nyanyian kumpulan Girl's Generation dari Korea Selatan dan komposer terkemuka Saari Amri pula dipilih memenangi Anugerah Nadi Cipta.

Anugerah MACP merupakan penghargaan kepada penggiat seni yang banyak menyumbang hasil karya untuk perkembangan industri seni negara.

Hasil royalti yang dikutip oleh MACP adalah daripada persembahan muzik di stesen-stesen televisyen dan radio, konsert, majlis makan malam dan lain-lain organisasi yang dilesenkan oleh badan berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi MACP Habsah Hassan berkata sambutan ulang tahun Jubli Perak MACP membuktikan industri muzik Malaysia berpotensi untuk berkembang.

Sambil meminta anggota-anggota MACP supaya terus menghasilkan karya terbaik, beliau berharap mereka dapat membuktikan anak Malaysia dapat menghasilkan karya-karya bertaraf dunia yang mengharumkan negara.

"MACP juga akan berusaha memastikan anggota kami diberikan bayaran setimpal dengan usaha dan kreativiti mereka," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Naib Pengerusi MACP Ahmad Izham Omar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

eNCIK K mesti sukaa kan....  hahahaaaaaa...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk royalti yuna ni ek... lagu i wanna go popular kt radio english ke? Rasa mcm rescue lg popular.


Menang MACP doesnt mean ada potensi mng kt AJL... sblm2 ni gnola exist, renggo zain kilauan emas, sam bunkface pernah mng... tp x pernh mng di AJL. Tp thn ni akim masuk ajl dgn lagu komposer lain khenn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 07:45 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 24-11-2014 07:30 PM
Byk royalti yuna ni ek... lagu i wanna go popular kt radio english ke? Rasa mcm rescue lg popular.
...

baru semis jahh kak sepit...  mewangi ciptaan aiman a.k.a zul 2by2..yg lagi satu lagu br ciptaan heols sepenuhnya...

td ada baca gak yg si edry rampas title komposer pendapatan tinggi dr tok nasir...  selama ni tok nasir pegang crown iteww....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 07:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Meluat!!!!!!!!

Ada ura2 mengatakan Mewangi bkl menjuarai AJL!!!!!! Selain itu Alyah dan Stacy pun disebut2 bkl top 3!!!!!!!!!!

Nantikan!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 07:53 PM | Show all posts
enchikfitz posted on 24-11-2014 07:51 PM
Meluat!!!!!!!!

Ada ura2 mengatakan Mewangi bkl menjuarai AJL!!!!!! Selain itu Alyah dan Stacy pun ...

tau takpe!!!!!!!!!!!!!!....


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-11-2014 07:55 PM | Show all posts
enchikfitz posted on 24-11-2014 07:51 PM
Meluat!!!!!!!!

Ada ura2 mengatakan Mewangi bkl menjuarai AJL!!!!!! Selain itu Alyah dan Stacy pun ...

skrip n dialog dia dah hafalll uolssss...  hahahaaaa....!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 07:56 PM | Show all posts
adik ipar tak jadi i mng..
congrats didi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangga kejap nuha ada mng satu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 07:57 PM | Show all posts
lagu akim mewangi sedap betul... tapi imej dia membusuk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:07 PM | Show all posts
Micheal Wong masih wujud rupanya. I lap u Micheal (and Victor) Wong.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:18 PM | Show all posts
Masyuk jugak jadi komposer ni ek....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:19 PM | Show all posts
enchikfitz posted on 24-11-2014 07:51 PM
Meluat!!!!!!!!

Ada ura2 mengatakan Mewangi bkl menjuarai AJL!!!!!! Selain itu Alyah dan Stacy pun ...

hahaha.. x menahan imej encik k tanda seru kuasa lima
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:21 PM | Show all posts
kok ping boleh top 3 dok ? kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 09:31 AM | Show all posts
qqOfficial posted on 24-11-2014 07:45 PM
baru semis jahh kak sepit...  mewangi ciptaan aiman a.k.a zul 2by2..yg lagi satu lagu br ciptaan h ...

ye lah
aku slalu dok pk m nasir selalu menang sbb lagu2 lama die bnyk radio main
persembahan2 lagi

xsangka akhirnya ada yg dpt caras
positif utk industri

tp utk lirik, habsah hassan masih unggul
kak chah pun sama
rsnya lirik yg dulu2 tu yg blh bg bnyk royalti kt die

last week psl macp kt majalah 3
saari amri yg br dpt anugerah nadi cipta tu
die ada ckp die dh xkeje
hrpkn royalti lagu2 lama die je

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 10:02 AM | Show all posts
mewangi dh jd membusuk dlm AJL..bertabah la akim..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2014 10:32 AM | Show all posts
bukan tu hasil undian peminat ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.353298 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list