View: 4123|Reply: 16
|
FETISH SI ENCIK K - AKIM MEWANGI menang Anugerah kOMPOSER mUDA MACP !!!!!!!!!
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan komposer Akim memenangi Anugerah Komposer Muda Berpotensi pada malam ulang tahun Jubli Perak Badan Pelindung Hak Cipta Malaysia (MACP) di sini, malam Ahad.
Manakala, penyanyi Yuna diumum sebagai pemenang Anugerah Persembahan Terbanyak bagi kategori lagu Inggeris 'I Wanna Go' manakala kategori lagu Melayu dimenangi gandingan Zizan dan Kaka menerusi lagu 'Bawaku Pergi'.
Mereka adalah antara 11 penerima anugerah MACP termasuk Anugerah Khas kepada Pelesen dan Ejen badan itu bagi menghargai penglibatan mereka.
Syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd pula menerima Anugerah Penerbit Tempatan dengan Pendapatan Terbanyak manakala Syarikat EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd menerima Anugerah Penerbit dengan Pendapatan Terbanyak.
Karyawan terkemuka negara Habsah Hassan memenangi Penulis Lirik dengan Pendapatan Terbanyak sementara anggota KRU iaitu Edry Abd Halim mengungguli anugerah Komposer dengan Pendapatan Terbanyak.
Anugerah lain ialah lagu Cina Persembahan Terbanyak yang dimenangi oleh Fuying dan Sam dengan lagu 'Fen Kai Yi Hou', Kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi diungguli Michael Wong dengan lagu 'Tong Hua'.
Anugerah Lagu Luar Negara Persembahan Terbanyak diberikan kepada lagu 'I Got A Boy' nyanyian kumpulan Girl's Generation dari Korea Selatan dan komposer terkemuka Saari Amri pula dipilih memenangi Anugerah Nadi Cipta.
Anugerah MACP merupakan penghargaan kepada penggiat seni yang banyak menyumbang hasil karya untuk perkembangan industri seni negara.
Hasil royalti yang dikutip oleh MACP adalah daripada persembahan muzik di stesen-stesen televisyen dan radio, konsert, majlis makan malam dan lain-lain organisasi yang dilesenkan oleh badan berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi MACP Habsah Hassan berkata sambutan ulang tahun Jubli Perak MACP membuktikan industri muzik Malaysia berpotensi untuk berkembang.
Sambil meminta anggota-anggota MACP supaya terus menghasilkan karya terbaik, beliau berharap mereka dapat membuktikan anak Malaysia dapat menghasilkan karya-karya bertaraf dunia yang mengharumkan negara.
"MACP juga akan berusaha memastikan anggota kami diberikan bayaran setimpal dengan usaha dan kreativiti mereka," katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Naib Pengerusi MACP Ahmad Izham Omar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
eNCIK K mesti sukaa kan.... hahahaaaaaa...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Byk royalti yuna ni ek... lagu i wanna go popular kt radio english ke? Rasa mcm rescue lg popular.
Menang MACP doesnt mean ada potensi mng kt AJL... sblm2 ni gnola exist, renggo zain kilauan emas, sam bunkface pernah mng... tp x pernh mng di AJL. Tp thn ni akim masuk ajl dgn lagu komposer lain khenn |
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput posted on 24-11-2014 07:30 PM
Byk royalti yuna ni ek... lagu i wanna go popular kt radio english ke? Rasa mcm rescue lg popular.
...
baru semis jahh kak sepit... mewangi ciptaan aiman a.k.a zul 2by2..yg lagi satu lagu br ciptaan heols sepenuhnya...
td ada baca gak yg si edry rampas title komposer pendapatan tinggi dr tok nasir... selama ni tok nasir pegang crown iteww....
|
|
|
|
|
|
|
|
Meluat!!!!!!!!
Ada ura2 mengatakan Mewangi bkl menjuarai AJL!!!!!! Selain itu Alyah dan Stacy pun disebut2 bkl top 3!!!!!!!!!!
Nantikan!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
enchikfitz posted on 24-11-2014 07:51 PM
Meluat!!!!!!!!
Ada ura2 mengatakan Mewangi bkl menjuarai AJL!!!!!! Selain itu Alyah dan Stacy pun ...
skrip n dialog dia dah hafalll uolssss... hahahaaaa....!!!!!!!!!!!!!!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
adik ipar tak jadi i mng..
congrats didi |
|
|
|
|
|
|
|
Bangga kejap nuha ada mng satu |
|
|
|
|
|
|
|
lagu akim mewangi sedap betul... tapi imej dia membusuk!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Micheal Wong masih wujud rupanya. I lap u Micheal (and Victor) Wong. |
|
|
|
|
|
|
|
Masyuk jugak jadi komposer ni ek.... |
|
|
|
|
|
|
|
enchikfitz posted on 24-11-2014 07:51 PM
Meluat!!!!!!!!
Ada ura2 mengatakan Mewangi bkl menjuarai AJL!!!!!! Selain itu Alyah dan Stacy pun ...
hahaha.. x menahan imej encik k tanda seru kuasa lima |
|
|
|
|
|
|
|
kok ping boleh top 3 dok ? kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
qqOfficial posted on 24-11-2014 07:45 PM
baru semis jahh kak sepit... mewangi ciptaan aiman a.k.a zul 2by2..yg lagi satu lagu br ciptaan h ...
ye lah
aku slalu dok pk m nasir selalu menang sbb lagu2 lama die bnyk radio main
persembahan2 lagi
xsangka akhirnya ada yg dpt caras
positif utk industri
tp utk lirik, habsah hassan masih unggul
kak chah pun sama
rsnya lirik yg dulu2 tu yg blh bg bnyk royalti kt die
last week psl macp kt majalah 3
saari amri yg br dpt anugerah nadi cipta tu
die ada ckp die dh xkeje
hrpkn royalti lagu2 lama die je
|
|
|
|
|
|
|
|
mewangi dh jd membusuk dlm AJL..bertabah la akim.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan tu hasil undian peminat ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|