CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1270|Reply: 7

[Tempatan] 110 Mangsa Ditipu Pakej Pelancongan Murah

[Copy link]
Post time 24-11-2014 08:22 PM | Show all posts |Read mode

SHAH ALAM: Teruja dengan tawaran pakej pelancongan murah ke Korea Selatan, seramai 110 pelanggan ditipu RM193,000 oleh sebuah agensi pelancongan yang beroperasi di Kuala Lumpur.

Lebih teruk, ejen pelancongan dipercayai dikendalikan oleh sepasang suami isteri itu, turut memperdaya 110 pelanggannya agar menjelaskan bayaran keseluruhan sebanyak RM1,800 seorang jika mahu percutian selama enam hari di Incheon, Korea Selatan lancar tanpa sebarang masalah.

Salah seorang mangsa, Zarina Ali Din yang menjadi perantara rombongan berkenaan dikatakan sering berhubung dengan ejen berkenaan, Nurul (bukan nama sebenar), berusia 21 tahun.

Katanya, penerbangan mereka dijadual bermula 23 hingga 28 Mac lalu. Namun, percutian yang sepatutnya menjadi memori terindah, dikhabarkan perlu dibatalkan.

"Pesanan dibuat menerusi e-mel agensi. Melalui e-mel, Nurul mengatakan agensi tidak mahu mengambil risiko dan menggadai nyawa 110 pelanggannya sekiranya penerbangan mereka turut menerima nasib malang seperti MH370," katanya.

Menurutnya, jadual penerbangan kemudiannya diminta ditangguhkan ke Mac 2015, namun ahli rombongan tidak bersetuju dan mahu wang mereka dikembalikan.

Zarina percaya ejen berkenaan cuba memperdayakan mereka lalu mengambil keputusan menghubungi MAS.

"Saya terkejut apabila diberitahu pihak MAS bahawa nama kami tiada dalam senarai penumpang, sedangkan, menurut ejen, tiket penerbangan sudah ditempah. Alasan ejen, agensi yang menguruskan di Korea Selatan tidak boleh membuat tempahan kerana bayaran tidak mencukupi," katanya.

Bimbang Nurul melarikan diri, Zarina berkata, surat akuan bersumpah dibuat pada 25 Mac lalu dan mengikut perjanjian, agensi pelancongan itu wajib menjelaskan RM193,000 dalam tempoh 30 hingga 60 hari.

“Sehingga kini, bukan sahaja wang, malah kelibat mereka gagal dikesan. Cawangan mereka di Kuala Lumpur, ditutup. Ibu pejabat di Kota Bharu, tidak lagi beroperasi,” katanya.

Marah dengan tindakan ejen yang cuba melarikan diri, Zarina bertindak membuat laporan polis pada 23 Mei lalu. Siasatan polis mendapati ejen itu tidak berdaftar dengan Kementerian Pelancongan.

- Sinar Harian




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 08:28 PM | Show all posts
siannya......
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:31 PM | Show all posts
Klu takat S.K. tuh, better pegi sendiri jer.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
South korea jgn shopping kt incheon. Ramai scammer. Mcm kt gongzho
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:23 AM | Show all posts
Tidak berdaftar tapi ada 2 cawangan ? Agen apa ni . Namaa ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:29 AM | Show all posts
jgn tertipo dgn mende murah..  ni tidak asal murah balun!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2014 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
siap ade cawangan lagi..ape name agensi ni??
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:34 AM | Show all posts
bak kata confucius,
chip, no gud..
gud, no chip..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.064677 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list