|
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Lebih 7,000 pengguna di 27 kawasan sekitar wilayah Petaling dijangka mengalami gangguan sementara bekalan air Rabu ini kerana kerja penggantian injap di kolam air, Subang Bestari.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan di sini Isnin berkata gangguan bekalan air dari pukul 9 pagi hingga 9 malam itu adalah berikutan kerja penggantian enam injap 'inlet' dan 'outlet' di Kolam Talu, Bandar Pinggiran Subang.
Kawasan terlibat ialah Jalan Qamari, Jalan Matahari, Jalan Kejora, Jalan Waruna, Jalan Musytari, Jalan Bumi, Jalan Uranus, Jalan U5/33, Jalan Suria, Jalan Dinar, U3; Jalan Tasik Raja Lumu, U4; Jalan Apollo, Jalan Bulan, Jalan Utarid, Taman Nusa Subang dan Taman Subang Idaman.
Kawasan lain ialah Taman Puteri Subang, Bandar Pinggiran Subang, Taman Subang Kristal, Subang Impian, Taman Desa Subang, Jalan Pluto, Subang Suria, Taman Subang Intan, Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Mahkamah Syariah Daerah Petaling dan Pangsapuri Flora.
Syabas turut menasihatkan pengguna supaya menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan tersebut.
Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar kepada 39222.
Maklumat lanjut juga boleh didapati pada laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.
-- BERNAMA |
|