CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15102|Reply: 64

Ngandung Dah Diana……

[Copy link]
Post time 25-11-2014 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Selepas setahun membina mahligai kasih
bersama suami tercinta, akhirnya pasangan
Diana Amir dan Mohd Habib Bullah A
Rahman, 27, akan menimang cahaya mata
sulung mereka sekitar Februari 2015.
Kini, Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana
Amir Hashim, 28, sarat mengandung enam
bulan. Pun begitu, dia masih aktif dengan
pelbagai aktiviti seni dan program motivasi.
Bersua Diana di pusat penyiaran TVAlHijrah
(TVAH) baru-baru ini, Diana kelihatan cukup
cergas biar pun keadaan dirinya semakin
berisi. Katanya, dia kena aktif dan tak boleh
duduk diam.
"Sepanjang mengandung sekarang, saya kena
selalu bergerak. Kalau berehat dan tidak
membuat sebarang kerja, kepala boleh pening
dan nak muntah diibuatnya.
"Pernah sekali, saya bercuti dan ketika itu
hanya mahu berehat saja di rumah.
Sayangnya, kepala jadi pening dan tekak pula
rasa mual macam hendak muntah.
"Sudahnya, saya sibukkan diri dengan kerja
dan alhamdulillah tak ada pula nak pening
atau mual pun. Mungkin, bayi saya ini
sukakan ibunya aktif," kata Diana.
Terpaksa pilih watak sesuai

Meskipun dilihat seperti sudah 'menyepi diri'
dalam industri seni, Diana masih aktif
berlakon. Cuma dia agak memilih watak yang
sesuai.
"Saya masih lagi berlakon sebenarnya. Cuma
sekarang lakonan bukanlah keutamaan.
Apapun saya akan muncul dengan drama
Cinta Ilahi untuk slot Zehra di TV3 tidak lama
lagi.

"Dalam drama ini, saya bergandingan dengan
pelakon Johan Asaari. Bahkan ketika
penggambaran itu, saya sudah mengandung
tiga bulan.
"Namun, mujur perut tak nampak dan saya
pun banyak memakai jubah ketika
penggambaran," katanya berehat seketika
daripada mengacarakan program Semangat
Intelek Swadaya atau SIS di TV9.

Diana yang turut berlakon drama Titian
Ombak di TVAH berkata, dia bersikap memilih
kerana bersebab. Ujarnya selain diri kini
hamil, dia perlu memilih watak mengikut
imejnya yang berhijab.
Menurut Diana lagi, suami cukup memahami
kerjayanya dalam bidang seni dan tidak
pernah menghalang untuk dia terus aktif.
Cuma katanya, dia harus bijak membahagi
masa.

Bakal timang cahaya mata perempuan
Tidak berselindung mengenai jantina cahaya
matanya, Diana yang kelihatan berseri-seri
meskipun sarat mengandung berkata, dia dan
suami akan menimang cahaya mata
perempuan.

Katanya, dia teruja menantikan kelahiran bayi
itu dan mereka suami isteri juga tidak pernah
menyimpan impian untuk jantina anak.
"Sama ada bayi perempuan atau lelaki, saya
dan suami menerima dengan hati terbuka apa
saja jantina zuriat dianugerahkan Tuhan.
Pada kami, apa yang penting Tuhan sudah
memakbulkan doa untuk menganugerahkan
zuriat pengikat kasih dibina. Itu sudah
membuatkan kami sangat bersyukur.
"Bahkan, saya juga berharap dipermudahkan
Tuhan dalam proses kelahiran nanti. Semoga
semuanya berjalan lancar," katanya.

Diana yang kini aktif memberi ceramah
motivasi di universiti tempatan berkata, dia
juga terbabit untuk satu slot untuk program
realiti Islamik kanak-kanak, Adik-Adikku di
RTM.
Kata pelakon filem Salam Cinta ini, dalam
program itu, dia akan terbabit untuk
penggambaran satu slot untuk mengajar
bahasa Inggeris kepada peserta.

Bakal muncul dengan filem baru Raya Aidil
Dan Fitri di pawagam tahun depan, Diana juga
berkata, dia akan tamat kontrak dengan
syarikat pengurusan MIG Talent yang diikat
selama lima tahun pada Februari 2015 nanti.
Turut aktif mengusahakan perniagaan busana
Muslimah secara dalam talian (online), Diana
berkata, setakat ini sambutan diterima sangat
menggalakkan. Katanya, tekad dia akan terus
berniaga.

Berbicara juga mengenai pengalaman ketika
hamil, Diana berkata, dia mengalami alahan
teruk pada awal kandungannya. Ujarnya, dia
pernah tidak boleh makan apa-apa.
Namun katanya, sekarang semua sudah OK
dan tiada masalah lagi. Bahkan selera makan
pun ujarnya semakin bertambah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 09:10 AM | Show all posts
alhamdulillah.. tahniah buat diana & suami
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah nie yah lah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:15 AM | Show all posts
tahniah la...suka ngn diana ni jgk..kurg kontroversi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:18 AM | Show all posts
Tahniah diana dan pasangan
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat diana mane tadi
Tahniah diana n suami
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2014 09:29 AM | Show all posts
tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:30 AM | Show all posts
igtkn diana lokman (errr betul ke lokman, fil serap muslim)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah buat diana dan suami
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:40 AM | Show all posts
ohh mengandung dah. syukur.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:48 AM | Show all posts
tahniah..semoga selamat semuanya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:51 AM | Show all posts
ingatkan Diana Danielle mengandung lagi.. rupanya Diana lain..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:00 AM | Show all posts
chinta89 posted on 25-11-2014 09:51 AM
ingatkan Diana Danielle mengandung lagi.. rupanya Diana lain..

hahhaa, aku pun same..
tp terpikir jgak diana rafar ke...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:00 AM | Show all posts
tahniah diana amir~~
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:12 AM | Show all posts
tahniah diana...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:15 AM | Show all posts
tahniah lerrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah diana
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah diana. Semoga dipermudahkan ya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan diana rafar
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 11:05 AM | Show all posts
tahniah.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.150384 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list