CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5109|Reply: 61

[Dunia] Kanak-kanak miliki pistol tiruan mati ditembak polis

[Copy link]
Post time 25-11-2014 05:41 PM | Show all posts |Read mode


Polis merampas sepucuk pistol airsoft yang digunakan Tamir untuk menakutkan orang ramai di sebuah taman permainan.


CLEVELAND, Ohio – Seorang kanak-kanak lelaki ber-usia 12 tahun ditembak mati oleh polis selepas dia mengacukan sepucuk pistol tiruan di sebuah taman permainan di sini.

Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Tamir Rice mati akibat kecederaan yang di-alaminya kelmarin, sehari selepas polis bertindak selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang individu mengacukan pistol tiruan di sebuah taman permainan kanak-kanak.

Timbalan Ketua Polis tempatan, Ed Tomba berkata, seorang anggota polis melepaskan dua das tembakan ke arah kanak-kanak itu selepas dia masih memegang pistol tiruan berkenaan setelah diarahkan untuk mengangkat tangan.

“Dia menarik pistol itu ketika polis memintanya mengangkat kedua-dua tangan lalu menyebabkan seorang anggota polis melepaskan tembakan,” kata Tomba.

“Ketika kejadian, gegelung berwarna oren yang biasa terdapat pada muncung pistol tiruan telah dibuka, polis beranggapan senjata itu pistol sebenar,” tambahnya.

Dua anggota polis yang terlibat dalam insiden tembakan tersebut bagaimanapun di-arahkan bercuti berdasarkan prosedur standard polis.

Akhbar tempatan, The Cleveland Plain Dealer melaporkan dua anggota polis berkenaan masing-masing telah ber-khidmat selama setahun dan 10 tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang peguam keluarga kanak-kanak itu, Timothy Kucharski berkata, Tamir pergi ke taman permainan itu bersama rakan-rakannya namun dia tidak mengetahui butiran terperinci kejadian itu.

“Saya tidak mahu membuat sebarang penilaian secara tergesa-gesa,” katanya.

Menurutnya, dia mahu -menyoal beberapa saksi kejadian untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk dan bukti. – AP





Last edited by Mary_jane on 25-11-2014 05:41 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya cash saja.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis kokosen memang celaka..

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 05:57 PM | Show all posts
Lain kali guna pistol yang betul......
Guna yang palsu pun kena tembak juga....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis tertipu .. Exact sgt ke yg fake tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 06:00 PM | Show all posts
dah suruh letak gun, ko pegi slide the gun. mana tak kena tembak. cuba kalau straight away ko angkat tangan ikut arahan polis. ko pun main main acah acah ngan pistol tu kat orang ramai. who knows kalau pegang pistol betul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2014 06:06 PM | Show all posts
Kecik2 dah praktis nak jadi terrorist..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 06:07 PM | Show all posts
nape x tembak kat kaki jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu lah masalah banyak sgt tgk cerita koboi. Kokesen bipolar
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 06:12 PM | Show all posts
Dia menarik pistol itu ketika polis memintanya mengangkat kedua-dua tangan
buat nya pistol betul?




Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 06:16 PM | Show all posts


BB gun that Tamir was carrying
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin posted on 25-11-2014 06:00 PM
dah suruh letak gun, ko pegi slide the gun. mana tak kena tembak. cuba kalau straight away ko angkat ...

Budak2..mesti la panik gila kena kepong polis..

Yg bodohnya polis kokosen tu ikut panik sama..

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 06:29 PM | Show all posts
lavasalmon posted on 25-11-2014 06:18 PM
Budak2..mesti la panik gila kena kepong polis..

Yg bodohnya polis kokosen tu ikut panik sama..
...

bang lava, dah tengok budak budak kat sana tu ada yang jenis ketegaq. kalau cam ni, bang lava tak mo sebat/balun/bedal
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin posted on 25-11-2014 06:29 PM
bang lava, dah tengok budak budak kat sana tu ada yang jenis ketegaq. kalau cam ni, bang lava tak  ...

Ketegak budak2 takkan polis ada sijil latihan bertahun tak bley handle..

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sutun budus tunjuk pandai
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 06:35 PM | Show all posts
lavasalmon posted on 25-11-2014 06:31 PM
Ketegak budak2 takkan polis ada sijil latihan bertahun tak bley handle..

sini bukan sana bang lava. sana kan ada few cases, rakan sekelas bawak pestol gi tembak budak budak semua mati. certain seklah sana ada kena lalu metal detector cam kat airport. apadah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin posted on 25-11-2014 06:35 PM
sini bukan sana bang lava. sana kan ada few cases, rakan sekelas bawak pestol gi tembak budak buda ...

Polis sana memang anti sama negro..silap sikit dirang tembak mati..



Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 06:39 PM | Show all posts
Warga kulit hitam memang sentiasa jadi mangsa 'kes kecuaian' macam ini sebab stereotype kaum mereka yang sinonom dengan keganasan / rompakan / etc.

Kenapalah senjata jadi benda mainan. Mesti mak bapak dia menyesal belikan pistol nih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 07:02 PM | Show all posts
lavasalmon posted on 25-11-2014 06:39 PM
Polis sana memang anti sama negro..silap sikit dirang tembak mati..

bang lava ni sebut perkataan N tu pun kalau tak kena tempat, kena tembak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 07:10 PM | Show all posts
kes lelaki kulit hitam mati ditgn polis kokesen kt sana pun tak reda lagi... dah tambah lak dgn kes nih... makin ramai org kulit hitam lagi anti dgn polis kokesen pasal kes2 camni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.103065 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list