CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3520|Reply: 28

[Tempatan] akibat terhina, tolak 200k tapi tak tolak camry

[Copy link]
Post time 25-11-2014 05:37 PM | Show all posts |Read mode
1:36PM - 25 Nov 2014

BN S'gor terhina, tolak peruntukan RM200,000

Wakil rakyat BN Selangor menolak peruntukan RM200,000 setahun yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada setiap ADUN pembangkang di negeri itu.

Selain rasa terhina dengan pemberian itu, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias berkata, kesemua 12 wakil rakyat BN menolaknya kerana jumlah yang diberi tidak sama dengan jumlah yang diperolehi ADUN Pakatan Rakyat.

"Kita tolak atas dasar prinsip. Prinsipnya keadilan. Sebenarnya, pada kita, kita rasa satu penghinaan. Kita adalah wakil rakyat.

"Apa beza dengan mereka yang juga wakil rakyat tetapi dapat dalam RM700,000. Kalau fikir dasar keadilan, kena bagi (jumlah) sama.

"Kalau nak bagi, bagi (jumlah) sama. Itu baru namanya adil," katanya pada sidang media di lobi Dewan Annex, Shah Alam hari ini.

Selain itu, ditanya adakah wakil rakyat BN akan kekal menolak wang peruntukkan tersebut, Shamsudin dengan tegas berkata: "kita menolak".

Ketika ditanya lagi sama ada mereka akan menerima sekiranya wang peruntukkan diberi sebanyak RM700,000, Shamsudin berkata, beliau tidak mahu membincangkan tentang perkara itu lagi.

"Perkara itu kita tak mahu bincangkan lagi," kata ADUN Sungai Burong ringkas.

Semalam, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengumumkan bahawa kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.

Semasa membentangkan belanjawan 2015, Azmin berkata, peruntukan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun serta sejumlah RM100,000 setahun kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 05:41 PM | Show all posts
sikit nya.

mereka juga kena ikat perut seperti mana shahidan kasim
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 05:43 PM | Show all posts
ketua & ahli pembangkang kat negeri jajahan be end ada dpt peruntukan mcm kat penang dan Selangor ka?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 05:43 PM | Show all posts
nasib baik ada jugak peruntukan..


ambik je la..rakyat pilih utk ko buat kerja..paling tidak bagi sorang seringgit kat pengundi kwasan memasing
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 05:50 PM | Show all posts
bersyukurlah dapat juga peruntukan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2014 05:54 PM | Show all posts
sbg wakil yang dipilih rakyat, patutnya mereka mementingkan kebajikan rakyat bukan ego masing2...200k tu macam2 program utk rakyat boleh dibuat..kalau diikutkan, adun PR di bawah negeri BN lebih teruk dilayan..dah kira bagus sangat kerajaan negeri beri 200k dan kereta rasmi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2014 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaitan dgn Camry? Ada pencerahan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 05:55 PM | Show all posts
Naper sombongnyer menolak..? Peruntukan tuh bukan untuk poket sendiri, tapi untuk rakyat kawasan dun tersebut...tak silap akak dun bn juga mendapat peruntukan dari pusat setiap bulan untuk kawasan setempat dari duit peruntukan pusat sebanyak 1 juta untuk setiap ahli parlimen bn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2014 05:56 PM | Show all posts
enchikfitz posted on 25-11-2014 05:54 PM
Kaitan dgn Camry? Ada pencerahan?

kerajaan negeri juga beri kereta rasmi iaitu toyota camry
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
pendeta posted on 25-11-2014 05:56 PM
kerajaan negeri juga beri kereta rasmi iaitu toyota camry

Oh begitu...terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 05:59 PM | Show all posts
terima jelah, ada jugak peruntukan diberi
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 06:01 PM | Show all posts
kenapa tak beri sama rata je terus...?  kalau guna alasan 200K lebih baik dari negeri BN yg tak bagi langsung kt pembangkang.. aku rasa more or less sama jah konsepnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 06:07 PM | Show all posts
Aku quote ayat pemi pin, bersyukurlah, ADUN di negara lain bla bla bla
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 06:29 PM | Show all posts
Pembahagian xadil, tu dorg tolak. Tp drpd xde, ambik jela apa ada nya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 06:36 PM | Show all posts
Prinsipnya ke adilan? Kekekekeke....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 06:43 PM | Show all posts
biasalah...adun parti celaka...
200k tu untuk rakyat tempat dia, bukan untuk dia...tak dapat pun tak apa...
yang kereta tu untuk dia...musti lah ambik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Adun pembangkang kat pahang dapat berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 08:04 PM | Show all posts
Baik bebeno Azmin ni..patut x yah bg pape kat dorang ni..bkn appreciate pun..dorang dah biasa rembat 500k, takat 200k x heran...pedulik laa utk rakyat ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Peruntukan utk Adun Bebas Taski dapat berapa. ..?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:14 PM | Show all posts
tak bersyukur langsung Adun BN ni.. sekurang kurang nya 200k tu masih lebih banyak dibandingkan dengan peruntukkan adun di negara negara seperti zimbabwe , uganda dan lain lain..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.069263 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list