CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15568|Reply: 157

Apa motif Finas longgok filem-filem melayu berkualiti di bulan Disember?

[Copy link]
Post time 26-11-2014 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Meols copy sikit pesanan beto kusyairi

REPOST FROM @beto_kusyairy: "Kepada yang berkemampuan tu disarankan ke panggung menonton kesemuanya. Yang agak payah tu takpe..pilih aja. Faham..tiket wayang pun bukannya murah sekarang. Ada yang sampai 17-18hengget!! Merepek..
Namun ini bukan filem lambakan 'asal boleh'. Dibikin dengan penuh kesungguhan oleh pengkarya-pengkaryanya. Sokongan kalian amat diperlukan supaya kami dapat menjadikannya sebagai momentum untuk terus menerbitkan filem-filem berkualiti yang bertali arus di masa akan datang..insyaAllah.
Mohon kongsikan/share pada semua akan kewujudan filem-filem ni.
#LelakiHarapanDunia 27 Nov
#RentapTheMovie 4 Dis
#GilaBaby 4 Dis
#Manisnya Cinta 11 Dis
#Ophilia 18 Dis
#TerbaikDariLangit 25 Dis" 2d
Read more at http://websta.me/p/8606368941885 ... Uc65mO4Ge8toHhB0.99


Soalan: apa motif sepanjang tahun ni, Finas pergi bagi slot yang cantik-cantik kt filem2 tahi dan dan terang nyata tetap x menjual dan membusukkan industri...pastu datang hujung tahun pergi longgok filem2 berkualiti yang ada diantaranya dah jejak kaki ke serata dunia? Penentuan tarikh tayangan ni diorang x consult wakil pemasaran dlm kementerian ke? macam mana nak generate duit kalau taburan filem tak ikut grade?

This is not healthy, dah lah musim anugerah filem dah habis, filem2 yang ditayangkan pun x dpt kredit sbb x dibawa bertanding pun dlm FFM dan ASK baru2 ni, mcm mana nak encourage n convince org pergi wayang. Hollywood sana hujung tahun tayang filem2 oscar contender boleh jual pasal diorg tgh pasang mood the road to oscars, dah tentu setiap filem dpt byk coverage dan publisiti upon winning byk anugerah. Ini di malaysia, dah lah filem2 semua bagus2, dipaksa bersaing sesama sendiri..

So sad. Harap kesemua filem yang ditayangkan hujung tahun ni dpt sambutan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2014 10:10 AM | Show all posts
reserved utk trailers

LELAKI HARAPAN DUNIA - 27 NOVEMBER
Pengarah: Liew Seng Tat
Pelakon: Wan Hanafi Su, Sofi Jikan, Azhan Rani, Harun Salim Bachik, Jalil Hamid
Filem berkisah tentang sebuah kampung yang terjadi kekacauan akibat kesalahfahaman penduduk kampung yang menyangka rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung untuk Pak Awang dihuni oleh “hantu” sedangkan terdapat seorang pendatang asing Afrika yang menghuni secara sembunyi-sembunyi. Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak percaya kepada tahyul, tetapi tiada siapa yang ingin mendengar. Benarkah "hantu" itu "Orang Minyak"?



RENTAP THE MOVIE - 4 DISEMBER
Pengarah: Simon Loong
Pelakon: Zahiril Adzim, Shafie Naswip, Zaidi Omar, Mano Maniam, Elfira Loy & Volland Humungio (Indonesia)
Mengisahkan 2 adik-beradik Rashdan & Rashid yang mempunyai minat yang mendalam dalam sukan ‘Parkour’ . ‘Parkour’ adalah sukan lasak yang memerlukan seseorang itu mempunyai disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi. Filem sebegini belum pernah dipaparkan dalam pasaran filem Malaysia.



GILA BABY - 4 DISEMBER
Pengarah: Kabir Bhatia
Pelakon: Beto Kusyairi, Sharnaaz Ahmad, Nadiya Nisaa & Mazlan Pet Pet
Bob merupakan seorang 'loser' yang tak pernah berjaya dalam hidup. Dia sentiasa kesempitan wang, dan keadaan bertambah kusut bertambah apabila Ayahnya jatuh sakit dan memerlukan pembedahan dengan segara. Namun, kerana kesempitan wang, Bob tidak mampu, dan harus mencari jalan untuk menyelamatkan nyawa ayahnya secepat mungkin.
Ketika itulah, Bob terjumpa dengan bekas teman sekolahnya, Roy, yang kini seorang penyangak dan ahli kongsi gelap. Roy menawarkan Bob jalan keluar dari masalahnya, yakni dengan menolong Roy mencuri kereta. Biarpun Bob keberatan, namun kerana terdesak, dia memilih untuk menerima tawaran Roy.
Tiba harinya, Bob telah mencuri keretanya yang pertama. Namun begitu, tanpa disangkanya, ada bayi di tempat duduk belakang kereta itu. Sebaik sahaja bayi itu ditemui, Bob yang masih tercengang mula dikejar oleh berbagai pihak, termasuklah sekumpulan penyangak dan seorang pembunuh professional yang tidak akan berhenti selagi Bob dan bayi itu tidak tertangkap.



MANISNYA CINTA DI CAPPODOCIA - 11 DISEMBER
Pengarah: Bernard Chauly
Pelakon: Nur Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Fauziah Ahmad Daud, Eja, Josiah Hogan, Aida Khalida & Faizal Hussein
Kisah seorang wanita  prejudis bernama Ifti yang mencari erti kehidupanya sendiri dan cinta yang suci. Adaptasi novel terlaris 2012.



OPHILIA - 18 DISEMBER
Pengarah: Raja Mukhriz
Pelakon: Que Haidar, Kodi Rasheed, Pekin Ibrahim, Michael Ang & Vanidah Imran
Ophilia mengisahkan tiga sahabat, Uji (Pekin), Ozzi Gandum (Que) dan Totoi (Kodi) yang mengamalkan gaya hidup skinhead, bertembung dengan Ophilia, perunding kumpulan kongsi gelap terbesar di Kuala Lumpur. Timbul konflik antara mereka sehingga menyebabkan Ophilia terbunuh. Disebabkan peristiwa itu, kegiatan gengsterisme di Kuala Lumpur lumpuh dan mereka bertiga diburu. Berani mendepani situasi berlaku, mereka dituntut membayar ganti rugi bernilai RM75,000.



TERBAIK DARI LANGIT - 25 DISEMBER
Pengarah: Nik Amir Mustapha
Pelakon: Bront Palarae, Iedil Putra Alaudin, Nadiya Nisaa, Sharifah Amani, Ameerul Affendi & Siti Saleha
Mengisahkan Berg yang mengumpul semula rakan-rakan sekolahnya untuk mengejar dan merakam UFO yang dilihatnya 15 tahun dahulu.
Last edited by sepitsiput on 26-11-2014 10:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
nak tengok ophilia..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:21 AM | Show all posts
berkualiti slalu nya org xmo tgk @ x brape laku

tp kalu citer MIG.................................
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:23 AM | Show all posts
juwita maya karin bila plak keluar?

gila baby tu xberkenan sbb ade sharnaz
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:24 AM | Show all posts
suke st8ment beto psl harga tiket

ye, ade hari2 tertentu blh dpt tiket murah
tp skali seminggu je kot, hari keje plak tu

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-11-2014 10:27 AM | Show all posts
haruslah posted on 26-11-2014 10:21 AM
berkualiti slalu nya org xmo tgk @ x brape laku

tp kalu citer MIG................................ ...

masalahnya filem2 yg x berkualiti semua tu xde org tengok pun...sumber finas, 80% filem2 yg memenuhi wayang dr awal tahun hari tu x menjual pun kecuali adnan sempit 3. yg lain, haus sendu... tak ke rugi? ada baik pergi letak filem2 berkualiti setiap bulan satu, lama2 org bosan, org akan dtg tgk filem2 ni...ini pergi longgok, igt semua org nk dtg tengok 6 filem dlm tmpoh sebulan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:34 AM | Show all posts
tak ada motif..depa ni planning to fail...tu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 10:36 AM | Show all posts
ahhhhh.... aku sunyi!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah nk percaya dgn film melayu dah... Byk kali trtipu..review wartawan n penonton konon best..sekali tgk nakharommm..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
masalahnya..

masalahnya.. hmm apa masalahnya ek.. rasanya.. ramai org kedekut nk kuar duit beli ticket wayang.. beli DVD rompak pon kadang berkira.. tau ngomplen je filem sampah.. tp padahal x nengok pon lg sblm komplen..

masalah paling berat.. pelakon x best.. ko belakon la cite berat.. cite ringan.. cite berkualiti.. cite tak berkualiti.. tp kalo org nengok poster ada muka ko pon dah x lalu.. ni kan plak nk beli ticket wayang cite tu.. jgn harap.. pelakon filem ni bg la muka muka baru.. belakon filem tempoh 2-3 tahun je.. pastu gi la beralih ke drama.. bg change pelakon baru len yak lebih menarik plak.. ni balik balik muka kau.. pastu kayu plak tu.. tonasi suara sama je.. alih alih menang award pelakon terbaek..

sekian..

#naknengokfilemfazura
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:47 AM | Show all posts
aku paling nk tengok 'lelaki harapan dunia' & terbaik dari langit'
satu lagi 'manisnya cinta'

citer lelaki harapan dunia tu macam kelakor jer, tgok trailer pun aku dh tergelak2
terbaik dari langit pulak, tmpat shooting die sgt cantik, kat mane tu??
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:50 AM | Show all posts
amerika plak suka tayangkan filem2 berkualiti akhir tahun ni ats sbb oscar yg akn menjelang bulan seterusnya...

filem2 msia plak ats dasar ape?
tak pun nak kejar deadline utk kemasukan kelayakan ffm tahun depan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:51 AM | Show all posts
save the best for last kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:53 AM | Show all posts
Patutnya FINAS peka. Time2 Hollywood nak release filem meletop, tak payah la siarkan filem tempatan. For example masa summer/June-Aug dan masa Christmas/December. Filem tempatan banyak yang berkualiti, cuma nak sampai tahap penerimaan macam filem Hollywood, masih belum lagi. Filem Australian / British pun tak dapat nak compete.

Masa tak peak tu, masa tu lah patutnya siarkan filem tempatan. Insyaallah sambutan akan lebih menggalakkan sebab penonton tak spend untuk filem Hollywood.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:53 AM | Show all posts
Terbaik Dari Langit dan Manisnya Cinta looks promising. Tak berkenan dgn Ophilia. Motip bapak2 orang jadi skinhead? Tak sesuai hokeh! Muda remaja boleh diterima akal lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
nak tengok pelem bernard chauly tu je..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:54 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 26-11-2014 10:10 AM
reserved utk trailers

LELAKI HARAPAN DUNIA - 27 NOVEMBER

list yang terbaik la..
tapi semua longgok kat bulan 12 ke??
parah gak nih..
huhuhu...

nak tengok ophili, rentap, lelaki harapan dunia & gila baby la...
trailer pun mengancam jiwa..

tibe2 ternampak adibah nor cam dah kurus je??
huhuhu...



Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:55 AM | Show all posts
lelaki harapan dunia..tgk poster dah buat aku teringin nak tonton...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:55 AM | Show all posts
nmpknya calon2 ffm thn depan agak kompetitif sket...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.078522 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list