CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sepitsiput

Apa motif Finas longgok filem-filem melayu berkualiti di bulan Disember?

[Copy link]
Post time 27-11-2014 05:16 PM | Show all posts
iolss baru lepas tengok lelaki harapan dunia.asalnya nak tengok mockingjay tapi tiket sold out di tengahari khamis yg hening ni sebab ramai benor budak2 skolah BBNU outing. tak sabar nak tengok manisnya cinta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 05:17 PM | Show all posts
minahmanja posted on 27-11-2014 05:13 PM
hahhahaa... tu klu aku suh bg bintang, mesti kau bg -10... hahaha...
aku jarang tgk wayang... set ...

x jugak tu..aku rasional dan x kejam...aku kasik setengah bintang..no negatif..kejam sgt..sebab cntik juga kt angkasa..but jalan cerita..owh gosh...tertido dalam cinema kot!..aku mmg selalu tgk wyg..tp cite melayu skang mmg mcm haram nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 05:17 PM | Show all posts
yuyoi posted on 27-11-2014 05:16 PM
iolss baru lepas tengok lelaki harapan dunia.asalnya nak tengok mockingjay tapi tiket sold out di te ...

dah keluar ke cite tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 05:49 PM | Show all posts
Manisnya cinta dan The Hobbit
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 26-11-2014 07:19 PM
KIL dulu primeworks yg produce... this time Astro Shaw... so probably byk panggung akan masuk.

akk tertidur tgk KIL.tu tgk kt astro first.x fahammmmmm hokey.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 06:03 PM | Show all posts
nak tgk yg bernard chauly... biasanya kene ngan taste i
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2014 07:42 PM | Show all posts
Review and ulasan dr wartawan Harian metro utk felem manisnya cintaa...khabarnya kalini fazura akan membuatkan penonton rase sedih dan hiba dengan lakonan sheols....perjalanan cerita ada kene mengenai kisah cinta tak jadi beliau...  apakah....

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bukan sekadar kisah cinta yang menyentuh hati, filem genre romantik komedi Manisnya Cinta Di Cappadocia (MCDC) yang diadaptasi daripada novel karya Anis Ayuni turut menyelitkan elemen kekeluargaan yang sesuai ditonton seisi keluarga.
Filem garapan pengarah kreatif Bernard Chauly ini terbitan bersama Global Station, Astro Shaw serta Red Films turut mempertaruhkan gandingan mantap aktres popular Nur Fazura dan Shaheizy Sam selaku teraju utamanya.
Barisan pelakon berkaliber yang turut menghidupkan jalan cerita ialah Lisa Surihani (Izelea), Faizal Hussein (Bakhtiar), Eja (Aida), Rafidah Abdullah (Dhivia), Fauziah Datuk Ahmad Daud (Mak Ifti), Zaibo (Ayah Ifti), Normah Damanhuri (Mak Long), Aida Khalida (Mak Su Ida), pelakon cilik Rykarl Iskandar dan ramai lagi.
Selaku pengarahnya, Bernard yang pernah menempa nama menerusi filem Gol & Gincu, Pisau Cukur dan Istanbul Aku Datang mengakui berdepan dengan cabaran mengangkat novel Manisnya Cinta ke layar lebar.
"Hasil perbincangan dan persetujuan dengan penulis novel Anis, Rafidah selaku penulis skrip dan lakon layar serta penerbit Global Station, Datin Zaiton Muhd Jiwa, pihak kami berjaya menghasilkan jalan cerita yang menarik untuk diangkat ke filem.
"Bagi menghasilkan visual yang lebih menarik untuk filem MCDC, pihak kami juga bekerjasama dengan Turkish Tourism untuk kembali ke negara bersejarah Turki untuk penggambaran di Cappadocia dan Anatolia.
"Proses penggambaran filem ini membabitkan tempoh sebulan dengan membabitkan lokasi sekitar Lembah Klang. Apa yang menarik, filem ini menampilkan Cappadocia iaitu lokasi romantik untuk pasangan kekasih dengan belon panas di tengah pemandangan indah di bumi Turki," katanya.
Pada masa sama, kata Bernard, dia berasa puas hati dengan komitmen terbaik yang diberikan semua barisan pelakon dalam merealisasikan filem berkenaan.
"Impian saya untuk bekerja buat kali ketiga dengan Fazura akhirnya kesampaian dalam filem ini. Penonton akan dapat menyaksikan kematangannya sebagai wanita Melayu menerusi watak utama iaitu Ifti Liyana.
"Kisah cinta Ifti semakin menarik dengan kemunculan tiga lelaki dalam hidupnya iaitu Nazmi, Bakhtiar dan Fredo," katanya.
Bernard ditemui pada majlis pratonton filem MCDC yang berlangsung di pawagam GSC Pavilion di sini, malam kelmarin. Hadir sama, Penerbit Global Station, Datin Zaiton Muhd Jiwa; Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, Naib Presiden Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai, pengasas Red Films, Lina Tan serta penulis novel Manisnya Cinta, Anis Ayuni.
Buat penonton menangis
Berbanding lakonannya sebelum ini, ternyata watak Ifti Liyana yang dilakonkan Nur Fazura dalam filem Manisnya Cinta di Cappadocia paling menyerlah dan berjaya mencabar lakonannya setakat ini.
Malah, ramai penonton yang tidak dapat menahan tangisan pada malam pra-tonton kerana terkesan deÂ-ngan lakonan Fazura ketika menjiwai babak sedih Ifti Liyana yang terpaksa memutuskan hubungan cintanya dengan Najmi tanpa memberi peluang pada jejaka itu memberi penjelasan.
Ditanya sama ada kisah cinta Ifti itu ada persamaan dengan dirinya, Nur Fazura mengakui ia berlaku hanya secara kebetulan saja.
"Saya dapat menjiwai babak menangis itu dengan baik sekali mungkin berdasarkan pengalaman dalam hidup sebelum ini. Watak Ifti juga menyerlahkan diri saya yang lebih matang dan memiliki sifat keibuan.
"Apapun, saya gembira bila babak sedih Ifti putus cinta itu turut meninggalkan kesan mendalam pada penonton sekali gus menyuntik semangat untuk menampilkan lakonan yang lebih baik lagi," kataÂ-nya.
Bagi Sam pula, dia akui sangat bertuah kerana dapat bekerja dengan barisan tenaga produksi yang hebat seperti Red Films yang memang dikenali dengan hasil karyanya yang bagus.
"Kejayaan sesebuah filem turut bergantung pada naskhahj yang bagus, produksi, pengarah dan barisan pelakon yang hebat dan semuanya ada dalam MCDC. Selain barisan pelakon terbaik seperti Fazura dan Lisa, saya juga menimba pengalaman berharga bekerja dengan pengarah yang berkaliber seperti Bernard ," katanya.
Pada masa sama, Sam mengakui selesa bekerjasama dengan Fazura kerana pernah bekerjasama dengannya dalam drama bersiri, Kisah Cinta untuk Slot Lestary TV3, sebelum ini.
"Paling mencabar ialah untuk menjiwai babak romantik di mana Nazmi ingin melamar Ifti di Cappadocia.
Maklumlah, saya bukanlah lelaki yang romantik dan bermacam perasaan berbaur dalam hati ketika itu.
"Selain gementar, suara saya turut bergetar ketika mengucapkan dialog romantik Nazmi kepada ifti kerana menahan cuaca sejuk ketika penggambaran berkenaan," katanya.
Filem Manisnya Cinta Di Cappadocia mula menjengah pawagam seluruh tanah air bermula 11 Disember ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 07:43 PM | Show all posts
yuyoi posted on 27-11-2014 05:16 PM
iolss baru lepas tengok lelaki harapan dunia.asalnya nak tengok mockingjay tapi tiket sold out di te ...

so macammana citer LHD tu....  best ke idok....  ramai kaa penontonnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 07:44 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 27-11-2014 03:51 PM
ni mesti wartawan utusan yang mengulas ni...dulu2 pun ada wartawan utusan yg komen x puas hati dgn ...

ulasan dr wartawan MsTAR Kak Sepit...

citer tu harini kuar ye...br tau ...hikhik.....  sama dgn cite razak mohaiden tu...  mana mau lari...??/
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 08:47 PM | Show all posts
best actress contender ker ni? hopefully tercalon..

tp bosan plak wtk bubbly menang lagi utk kali ke 2 berturut-turut
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 09:32 PM | Show all posts
AppropriateNick posted on 27-11-2014 05:17 PM
dah keluar ke cite tu

Sudah. Start hari ni tayangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 09:34 PM | Show all posts
qqOfficial posted on 27-11-2014 07:44 PM
ulasan dr wartawan MsTAR Kak Sepit...

citer tu harini kuar ye...br tau ...hikhik.....  sama dgn ...

mstar pun bn punya ..undr mca

prefer baca blog punya review...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 09:38 PM | Show all posts
qqOfficial posted on 27-11-2014 07:43 PM
so macammana citer LHD tu....  best ke idok....  ramai kaa penontonnya...

Tadi ada la dlm 10 orang tengok. Pelakon semua pelakon yg ok tapi jalan cerita pada iolss agak slow. Banyak dialog & gaya cerita yg double meaning, lebih nak memerli pihak2 tertentu. Dan ending tergantung. Cinematography not bad. Lebih afdal tengok kat astro first sebenarnya. Sekian reviews dari iolss.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 11:07 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 27-11-2014 03:51 PM
ni mesti wartawan utusan yang mengulas ni...dulu2 pun ada wartawan utusan yg komen x puas hati dgn ...

review filem dekat utusan bukan seseorang dari astro awani tu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Td baca dekat ig jebat (shanaz) katanya gila baby takkan tayang dekat astro first. Nak selamatkan industri ke apa ntah dia kata.

Kalo movie yg lain xtaw la. Iols teringin nak tgk terbaik dr langit, gila baby n manisnya cinta tu.

Terbaik dr langit tu nak tgk sbb ada 'somi' iols
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 11:42 PM | Show all posts
aku nak tgk hanyut...mana ,bila hanyut??ophilia tu cam menarik utk ditonton
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 11:48 PM | Show all posts
cik.panda posted on 26-11-2014 09:48 PM
Habis tu, yang ni?

apa ke carut sgt main paste2  dgn poster filem lain kot ye pun.gi report kat isham rais skrg!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:50 AM | Show all posts
yuyoi posted on 27-11-2014 09:38 PM
Tadi ada la dlm 10 orang tengok. Pelakon semua pelakon yg ok tapi jalan cerita pada iolss agak slo ...

meols rasa lakonan pelakon LHD mmg superb...tgklah barisan pelakon2 nya waima pelakon extra...cuma kadang2 filem yg luar norma ni ..maksud meols filem yg akan dibawa ke pertandingan atau festival2 filem kat oversea..jalan cerita nya mmg sukar nak paham n ending suka buat tergantung...  hikhikk.. mmg kita kena pikior sendiri.....

meols pernah tgk KIL, bunohan....tp takleh nak hadam citer macam tu...huhu... but citer songlap ..the best film utk 'material award film' yg boleh hadam n kita paham...  hahaaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.089455 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list