CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: damian_lee

<Edisi Budak PAndai>Nuha menghencap dihencap terhencap

[Copy link]
Post time 3-12-2014 10:10 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 3-12-2014 07:16 PM
@NurulDepp



drama queen much? main tak berkenan meols dengan nuha ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
cemolot posted on 3-12-2014 10:10 PM
drama queen much? main tak berkenan meols dengan nuha ni


Chuols x baca statement sheols kt press di page 1?

Penyanyi Nuha AF2014 akui tidak menyimpan perasaan marah mahupun kecil hati atas teguran peminat terhadapnya.


Tp lepas 2 minggu sheols still royan siap post profile ig fan yg tegur sheols... perlu ke? Klu x suka org bg teguran, block je la.. kejadah post kt ig profile fan n scr x langsung mengajak fans bbnu lain menhencap secara bjemaah..

Itu yg meols ckp tindakam sheols x selari dgn ungkapan zikrullah manjang kt ig tu... kokping 2.0 kah?

Cc @lazim
Last edited by sepitsiput on 4-12-2014 09:29 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
katak hijau posted on 3-12-2014 09:15 PM
Jujur ke...?

Klu btol2 jujur dlm hidup, xdenye wartawan tulis story dia pun sampai tersilap info.. ni mesti time interview dia byk merepek n x serius smpi reporter silap ambik input
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 01:39 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 4-12-2014 09:27 AM
Chuols x baca statement sheols kt press di page 1?

Penyanyi Nuha AF2014 akui tidak menyimpan ...

kalau nak ikutkan umur, nuha ni pun kategori BBNU jugak nih..

kosser tak minat dah lepas habit konsert final ritu.. perangai macam adik apis midon.. tak ambik hati tapi ajak follower mencerca..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 03:24 PM | Show all posts
Akak x kisah la no fon tu, tp yg akak kisah, sape la yg bleh minat ngn nuha nihh. Menyanyi pn nan hado...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 03:27 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 3-12-2014 08:21 PM
xyah kait dgn aman la...nnt karang kene hencap lagi.

kisahnya, meols suka dgn bakat nuha, tp a ...

sejak mula tgk budak ni jenis tergedik2..berselindung di balik imej naive kononnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2014 03:56 PM | Show all posts
micha posted on 4-12-2014 03:24 PM
Akak x kisah la no fon tu, tp yg akak kisah, sape la yg bleh minat ngn nuha nihh. Menyanyi pn nan ha ...

chuols ramal berapa tahun sheols boleh ada dlm industry?




Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Err.. culture shock ni. Sbb tu jadi lagu ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bca fans pnye komen pn cam sume naif2 je. Nuha pnye ayat pn cam err skema semacam je. Adoi. Brape lama la nuha nk bertahan di industri seni yg mmg tiada belas kasihan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 08:03 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 4-12-2014 03:56 PM
chuols ramal berapa tahun sheols boleh ada dlm industry?

X pyh ada pn xpe u olssss... Bkn nye bleh nynyi pn minah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sekarang pun nuha ada ada sertai whats up firmanation...tp admin firman tak suruh fan firman kacau nuha...tp if fan tanya,,nuha ada juak jawab...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 09:45 AM | Show all posts
rusyidahrahman posted on 4-12-2014 08:19 PM
sekarang pun nuha ada ada sertai whats up firmanation...tp admin firman tak suruh fan firman kacau n ...

motif join grup wassap yg boleh muat 50 org jah tu? tak pasal2 org tau number whatsapp dia...

lg 1, perlu ke join walhal sheols boleh jah jumpa firman n contact anytime... nk buktikan yg sheols pun peminat firman ke setelah kene hencap ari tu sbb hijack hp firman?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 4-12-2014 09:31 AM
Klu btol2 jujur dlm hidup, xdenye wartawan tulis story dia pun sampai tersilap info.. ni mesti tim ...

Itulah..ini jenis budak yg slalu ambik tindakan sendiri tanpa refer org tua or lebih berpengalaman
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 10:10 AM | Show all posts
katak hijau posted on 5-12-2014 09:49 AM
Itulah..ini jenis budak yg slalu ambik tindakan sendiri tanpa refer org tua or lebih berpengalaman

ni story yg keluar kosmo yg dia ckp banyak silap fakta tu.

Nuha, Adel mengorak langkah

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
dan NOR ERYANI YUSUP
hiburan@kosmo.com.my





Ada dua perkara yang diingati tentang Nuha dan Adel. Pertama, Nuha satu-satunya kuntuman bunga yang berjaya kekal dalam peperangan sembilan minggu hingga pentas akhir Akademi Fantasia 2014 (AF2014). Selain boleh menyanyi, Nuha yang memiliki bakat mencipta lagu itu melakar nama sebagai peserta AF pertama yang menyanyikan lagu ciptaan sendiri di konsert kemuncak program tersebut.
Kedua, persembahan menghampakan Nuha yang berkali-kali terlupa lirik ketika menyanyikan lagu Beribu Sesalan pada pusingan akhir juga tidak akan dilupakan peminat, penonton, tenaga pengajar dan juri program itu. Nuha terpaksa akur menduduki tangga keempat ketika keputusan akhir diumumkan.
Adel pula satu-satunya pelajar yang diserap semula untuk berentap di pusingan akhir. Tersingkir pada minggu yang menyerlah kredibilitinya sebagai bintang harapan dan memiliki karakter yang tiada keyakinan diri, bertentangan dengan pesona fizikalnya selaku bekas ratu cantik di Keningau, Sabah antara tanda dagang Adel untuk dikenang peminatnya.
Itulah permainan yang sudah pun difahami umum mengenai program realiti. Bakat dan personaliti, itulah dijual menjadi bekal untuk mereka meneruskan survival sebagai anak seni.
Bercakap mengenai perubahan kehidupan selepas tamatnya program realiti itu, pemilik nama sebenar Syamila Nuhair Zainordi, 21, mengakui, dua dimensi baharu tentang Nuha selepas AF ialah penampilan dan keyakinan diri.
“Program AF2014 telah mengubah saya dari segi keyakinan dan penampilan diri. Perkara yang paling ketara, saya sudah berani menjadi diri sendiri. Kalau dahulu saya Nuha yang kurang berkeyakinan, tidak percaya kepada kemampuan diri, kasar dan suka menyanyi lagu berbahasa Inggeris sahaja, namun kini segalanya berubah sekelip mata.
“Saya sudah bersedia. Paling penting saya tidak boleh lupa diri kerana dengan sekelip mata sahaja, saya boleh ditelan anasir-anasir yang saya sendiri alpa dan tidak nampak. Malah, saya percaya AF2014 telah mempersiapkan saya untuk berdepan dengan dunia yang dahsyat. Cabaran itu terlalu berat bagi individu baharu seperti saya kerana apa yang saya tempuh sepanjang 10 minggu dalam AF2014 cuma beberapa peratus daripada dunia sebenar,” kata anak ketiga daripada tujuh adik-beradik itu.

KEBOLEHAN dan kecemerlangan akademik yang diperoleh di bangku sekolah menyebabkan Nuha sering disisihkan rakan sebaya. Ketika tiada sesiapa di sisi, Nuha akhirnya menjadikan muzik sebagai teman baiknya.


Gila glamor
Sebelum memasuki AF2014, tempat Nuha hanya di pentas kenduri saudara-mara. Jika tidak, pertandingan nyanyian di restoran-restoran sekitar kampungnya di Manjong, Perak, menjadi pentas nyanyian buatnya.
Namun, iltizam, semangat dan kudrat yang dikumpul untuk menyertai AF2014 mencetuskan satu evolusi terpantas dalam kehidupannya.
Kata Nuha, dia memberanikan diri menyertai uji bakat AF2014 demi mengubah nasib keluarga dan mahu membiayai yuran pembelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Shah Alam.
Keluarga saya dihimpit pelbagai masalah, terutamanya berkaitan kewangan (perlu ke nk highlight masalah kewangan famili?, abis tu ko masuk industri seni sbb duit la? bukan sbb passion?). Jadi, saya sedar kehidupan ini tidak mudah. Saya simpan angan-angan untuk menjadi penyanyi dan menyertai uji bakat AF2014 demi mencari duit membantu keluarga. Alhamdulillah rezeki saya di sini,” ceritanya.
Menyelak kembali halaman awal pembabitan dalam dunia muzik, jelas Nuha, dia pernah disisihkan teman-teman zaman persekolahan kerana pencapaian akademik yang cemerlang. Sikap itu menghiris perasaannya dan tanpa diduga, muzik menjadi teman terbaik ketika tiada sesiapa di sisi.
Saya memang gila glamor sejak tingkatan satu dan sentiasa mahu menjadi pelajar popular di sekolah. Jadi, saya menyertai setiap pertandingan. Menyanyi, berpidato, syarahan, taranum, marhaban, nasyid dan koir. Semuanya saya sertai! Malangnya saya disisihkan kerana menjadi pelajar terbaik dalam akademik sehingga merasakan diri terlalu sunyi dan akhirnya berkongsi masalah menerusi muzik.
Sejarah berulang
Impian awal Nuha untuk menjadi peguam syariah bagaimanapun berkecai apabila dia dimasukkan ke hospital akibat demam panas ketika peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Fokusnya terjejas teruk.
“Memang keluarga saya tidak menyokong niat ini, namun saya gagahkan jua belajar bermain gitar dengan budak-budak kampung tanpa putus asa. Bermula tingkatan lima saya belajar mencipta lagu sendiri hingga kini,” katanya yang mempunyai koleksi lebih 67 buah lagu ciptaan sendiri buat masa sekarang.
Mengimbau kembali sejarah terburuk dalam persembahannya di pentas AF2014 hingga terlupa lirik berkali-kali, Nuha tidak menyangka peristiwa yang pernah terjadi ketika menyanyikan lagu Beribu Sesalan ketika tingkatan enam, tiga tahun lalu berulang kembali.
“Saya pernah terlupa lirik ketika menyanyikan lagu Beribu Sesalan suatu ketika dahulu. Perkara yang paling ditakuti itu berulang di pentas akhir AF2014. Ketika itu saya tergamam, namun reda dengan apa yang telah terjadi. Saya pasti itulah pengalaman paling teruk sepanjang 10 minggu dalam AF2014,” ujarnya tersenyum.

TAMAT pertandingan dalam Akademi Fantasia 2014, Adel kini meletakkan sepenuh harapan untuk menerokai sepenuhnya keindahan dan cabaran bergelar penyanyi.


Adel berdikari
Berbeza kisahnya dengan seorang lagi peserta perempuan AF2014, Adel, si gadis tinggi lampai berkulit putih itu kelihatan sedikit canggung. Biarpun masih kekok dan malu-malu untuk berbicara, terkadang penyanyi yang berusia 21 tahun itu menghamburkan tawa manja. Mengatur bait-bait kata disulami dengan lantunan vokalnya yang sedikit serak, ada kematangan terzahir dari dalam jiwa wanita itu.
Menguntai butir bicara pada awal perbualan, Adel yang berasal dari Kampung Tambunan, Keningau, Sabah itu berkongsi cerita tentang minatnya yang mendalam terhadap bidang nyanyian. Seawal usia 18 tahun lagi, dia sudah bergelar penyanyi sambilan di sebuah hotel di Kota Kinabalu.
Usai menamatkan pelajaran di peringkat sekolah menengah, Adel mengambil keputusan untuk tidak menyambung pelajaran. Dia sebaliknya memenuhi cinta-cita untuk bergelar penyanyi. Tujuannya pada ketika itu hanya satu, selain mengecap impian sendiri, dia tidak mahu menjadi tambahan bebanan buat keluarga.
Adel sebenarnya lahir dalam keluarga yang cukup serba serbi, namun itu tidak menjadikan anak kelima daripada enam beradik itu mudah terlena dengan kesenangan keluarga. Sebaliknya, sisi dirinya yang matang membuatkan pada usia semuda itu, Adel rela memilih untuk berdiri di atas kaki sendiri.
“Sejurus tamat zaman persekolahan, saya mula berhijrah ke Kota Kinabalu untuk mencari pekerjaan. Di sana, saya bekerja sebagai penyanyi sambilan di sebuah hotel. Memang bidang nyanyian menjadi minat saya sejak kecil sebab itu saya sanggup ambil risiko berjauhan dengan keluarga.
“Bermula pada saat itu, hinggalah sebelum saya berjaya terpilih masuk ke program AF2014, memang di situlah tempat saya mencari rezeki,” ujarnya tersenyum manis sambil membetulkan kedudukan kerusinya.
Berkongsi kisah jatuh bangkitnya dalam mengejar cita-cita, bicara Adel, dek sifat tidak pernah putus asa yang menggunung dalam dirinya, dia sudah memberanikan diri menyertai uji bakat AF ketika berusia 17 tahun. Walaupun percubaan pertamanya gagal kerana tidak cukup umur, itu tidak membuatkan kesungguhan Adel terhenti di tengah jalan.
“Pertama kali saya mencuba uji bakat AF pada tahun 2011. Ketika itu, saya berusia 17 tahun dan penyertaan saya gagal kerana tidak cukup umur. Walaupun saya tahu had umur untuk menyertai AF haruslah 18 tahun ke atas sahaja, namun saya tetap hadirkan diri ke uji bakat itu atas dasar untuk menimba pengalaman,” jelas Adel disulam ketawa kecil.

ADEL (kiri) dan Nuha bertekad tidak akan berhenti belajar untuk menjadi seorang penyanyi yang disegani.


Anugerah
Diberi peluang tatkala namanya ditarik semula untuk menyertai finalis lain ke pentas final AF2014, Adel menggunakan sebaik mungkin anugerah yang terhampar luas di depan mata untuk membuktikan bakatnya.
Mengimbau detik pada malam itu, Adel memukau penonton dengan kehebatan vokalnya apabila mendendangkan lagu I Have Nothing daripada Whitney Houston dan sebuah lagu baru ciptaan Kunci Demak berjudul Hati.
Meskipun membawa satu persembahan yang memukau dan menerima banyak komen positif daripada penonton, semua itu tidak mampu memberi impak kepada pungutan undian yang diterima Adel. Itulah hakikat dan realiti yang harus dihadapi oleh peserta AF apabila undian talian menjadi penentu kedudukan mereka.
Bagi Adel, perkara yang lalu biarlah berlalu. Apa yang penting sekarang, dia mahu mengorak langkah kakinya lebih jauh dalam bidang yang didambakan selama ini, sementelah peluang sudah terbuka luas di depan mata.
“Secara jujur dan ikhlas dari hati, apa yang ada dalam jiwa saya ini cuma satu, iaitu lega. Lega kerana semuanya sudah selamat berjalan dengan lancar. Menang atau kalah itu adat dalam mana-mana pertandingan. Itu semua tidak penting lagi sekarang kerana bagi saya, berada pada tahap ini pun merupakan sesuatu yang sangat membanggakan.
“Saya anggap peluang diserap masuk ke pentas final sebagai satu anugerah yang tidak ternilai. Sekurang-kurangnya saya masih berpeluang membuktikan kepada semua bakat yang saya ada,” ujarnya ceria mengakhiri perbualan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz3L32QRaio
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 10:13 AM | Show all posts
kalau dah dua kali wartawan tulis dia disisihkan sebab pencapaian akademik cemerlang, maknanya sohih la sheols ni sembang kencang sambil luah perasaan time interview? itu yg tak tersedar sheols berfiksyen bagai...

one more thing, perlu ke cerita pasal dia disisihkan, kawan2 sekolah x suka? sgt x perlu, bendu tu simpan diri sendiri sudah...ini ala2 serah tengkuk...tak pasal2 nanti esok lusa ada kawan2 sheols dr sekolah yg tampil dgn version diorg plak.

meols rasa nuha ni mudah sgt meluahkan perasaan... semua nak feeling drama... masalah kewangan la, sunyi la, disisihkan, fobia la... byk sngt drama... cuba baca statement adel tu, very objective dan focus. takde cerita hal2 personal secara berlebihan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 5-12-2014 10:13 AM
kalau dah dua kali wartawan tulis dia disisihkan sebab pencapaian akademik cemerlang, maknanya sohih ...

suka dengan apa yg adel joyce kata...harap adel akan brjaya...memang dia ni cool n bersahaja kan.,. di insta dia ramai fan kata adel tak balas jawapan peminat..tapi saya tatap suka dia cuz suara n personaliti dia,sayang semalam adel takda ikut show d tawau with firman and the geng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2014 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 5-12-2014 09:45 AM
motif join grup wassap yg boleh muat 50 org jah tu? tak pasal2 org tau number whatsapp dia...

...

kan..buat rosak fon je..cam kakak saya lah,join ni cuz minat c firman last last fon dia rosak cuz tejem kan..knp ndak,punya lah bnyak mesej yg in..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 5-12-2014 10:13 AM
kalau dah dua kali wartawan tulis dia disisihkan sebab pencapaian akademik cemerlang, maknanya sohih ...

suka dgn statement adel,...lega kerna semuanya dah berakhir,itu jak adel joyce fikir time tu ye heehe...harap cepat la komposer ly cipta kan lagu tuk adel..tak sabar nak dengar adel nyanyi...nmpak kebersahajaan dlm penyampaiannya....tu yg buat vokal adel menarik utk di dengar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2014 11:05 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 5-12-2014 10:13 AM
kalau dah dua kali wartawan tulis dia disisihkan sebab pencapaian akademik cemerlang, maknanya sohih ...

satu species Eina Senduk yang kata disish kerana cantik ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 11:41 AM | Show all posts
damian_lee posted on 5-12-2014 11:05 AM
satu species Eina Senduk yang kata disish kerana cantik ...

itu yg meols xleh compute, kalau sheols menafikan sheols pelajar cemerlang, abis tu sheols disisihkan sebab apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.061283 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list