CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2564|Reply: 17

[Tempatan] Besut kedua tertinggi kes rogol

[Copy link]
Post time 27-11-2014 07:57 AM | Show all posts |Read mode
BESUT - Statistik kes rogol di Besut dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak satu kes atau 5.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

        Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebanyak 18 kes rogol dilaporkan bermula Januari sehingga Oktober lalu berbanding hanya 17 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

        Menurutnya, statistik itu menunjukkan Besut berada di tempat kedua tertinggi bagi kes tersebut di negeri ini selepas Kuala Terengganu yang merekodkan 23 kes berbanding 18 kes tahun lalu.

“Bagaimanapun statistik bagi kes berkenaan yang dilaporkan di seluruh negeri ini menunjukkan penurunan iaitu hanya 98 kes berbanding 111 kes bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya.

        Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan penutup Seminar ‘Manisnya Menjadi Gadis’ di bawah Program Kempen Kesedaran Wanita  (WAC) 2014 di SMK Tengku Mahmud II, di sini.

        Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Wan Rukman Wan Hassan; Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Kamsani Hassan dan Pengetua  SMK Tengku Mahmud II, Che Zainum Che Salleh.

        Dalam pada itu, Wan Abd Aziz tidak menolak kemungkinan masih ada kejadian rogol yang tidak dilaporkan kerana disebabkan mangsa takut membuat laporan atau ahli keluarga tidak mahu memanjangkan perkara itu atas alasan bimbang maruah tercemar.

        Beliau berkata, kebanyakan kes rogol yang berlaku melibatkan pelajar sekolah menengah yang terjebak dalam perhubungan seks.

Sebahagian besar kejadian rogol ini melibatkan teman lelaki sama ada yang baru dikenali atau sudah lama menjalinkan hubungan cinta.

“Kejadian ini hanya diketahui apabila pelajar perempuan dibawa ke hospital kerana didapati mengandung atau melahirkan anak luar nikah,” katanya.

        Menurutnya, mengikut undang-undang, mana-mana lelaki yang melakukan persetubuhan ke atas perempuan di bawah usia 16 tahun walaupun dengan kerelaan dianggap perbuatan rogol dan boleh dituduh di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan rotan.

        Mengulas mengenai seminar, Wan Abd Aziz berkata, ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap trend jenayah semasa, di samping langkah pencegahan yang boleh diambil sekiranya berlaku kejadian jenayah.[url=]http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/besut-kedua-tertinggi-kes-rogol-1.336631
[/url]

Last edited by GhostWalking on 27-11-2014 12:00 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mental depa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 08:02 AM | Show all posts
Hasil didikan Pok Derih Menteri Pendidikan II ke ni??
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 08:28 AM | Show all posts
hihihihi...apa nak pelik..pata tinoo...ehh timoooo
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 08:46 AM | Show all posts
apa nak jadi ngan org2 krisis asal usul ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 09:12 AM | Show all posts
patut la 3gp byk set2 blah sana nun......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2014 09:14 AM | Show all posts
dalam otak dorg ni keje nk ngeseks je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 09:22 AM | Show all posts
Rogol rogol rogol. Dh mindset kot....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 10:49 AM | Show all posts
semakin jahanam bebudak jaman skunk...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 12:30 PM | Show all posts
byk tgk cerita korea dorg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 12:36 PM | Show all posts
ni statutory rape je...jimak suka sama suka dengan budak bawah umor...
statistik banyak sebab budak2 sekolah kampung tak pandai pakai stokin. mungkin 7-11 tak banyak kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 12:38 PM | Show all posts
pengaruh pil kuda kah???
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 12:40 PM | Show all posts
kentel posted on 27-11-2014 08:28 AM
hihihihi...apa nak pelik..pata tinoo...ehh timoooo

.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 01:07 PM | Show all posts
besut..negeri krisis identity....



Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Besut oh besut..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 04:53 AM | Show all posts
kedua tertinggi?
kenapa tak ulas pasal yg tertinggi??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 10:33 AM | Show all posts
darul rogol
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 le :Q
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.263139 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list