"Saya meletakkan diri saya sebagai seorang ibu di tempat paling atas, kemudian sebagai pendidik dan selepas itu barulah peranan lain. Sebab itulah apabila saya dengar ada kes-kes pembuangan bayi, hati saya cepat tersentuh dan sanggup ketepikan aktiviti seni sama ada sebagai pemuisi atau penyanyi untuk cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi anak yang tidak berdosa itu. Bagaimanapun, Juna ada caranya yang tersendiri. Jika dia lapar atau mahukan susu, Juna akan tarik tangan saya atau ayahnya ke arah beg susu atau sebarang makanan yang dikehendakinya. Begitulah caranya berkomunikasi dan saya serta suami sedaya upaya cuba memahami setiap kali dia menyampaikan sesuatu. Menariknya, keletah Juna itu kadang-kala menghiburkan saya dan suami. Seperti bermain teka-teki kerana cuba meneka kehendak Juna yang lucu dan comel. Dia sangatlah istimewa buat kami dan sedikit pun tidak menyesal mengambilnya sebagai anak angkat"
credit to: abg nara (Besarkan Anak Autistik, Fynn Jamal Mahu Beri Tumpuan Sepenuhnya Pada Juna)
|