View: 4630|Reply: 37
|
[Tempatan]
Papa overexcited, anak dapat UPSR 3C
[Copy link]
|
|
APABILA anak telefon saya dengan nada malu dan sedih semalam, bahawa dia mendapat 2A dan 3C, saya terus ucapkan, “Alhamdulillah, tahniah! ALLAH SWT telah memberi peluang keemasan kepada kamu untuk menjadi insan yang jauh lebih hebat satu hari nanti!” Anak saya terkejut.
Bagaimana?
Seorang pelajar saya melahirkan rasa tidak puas hati kerana markah peperiksaan midtermnya gagal. Saya recheck kertas jawapannya dan ternyata sememangnya gagal.
Maka, dia bertanya, “Xifu, dari sekolah rendah sampai universiti semester lepas, saya tidak pernah gagal. Bahkan, keputusan saya sentiasa cemerlang. Saya istiqamah! Solat saya jaga. Mak ayah saya taat. Bagaimana berguru dengan Xifu, saya boleh gagal!”
Saya terus menghulurkan kembali kertas jawapannya lalu berkata, “Ok, kamu nilai semula kertas jawapan kamu sendiri dan bagi markah berdasarkan penilaian kamu sendiri. Kamu jadi pelajar dan kamu jadi pensyarah.
Silakan.Nanti saya akan cuba merayu kepada pihak universiti bahawa ini markah kamu yang baru berdasarkan penilaian kamu sendiri. Kalau universiti terima, I have got no problem!”
Adakah mahasiswi ini berjaya memanfaatkan kegagalannya untuk menjadi insan yang lebih hebat?
Baru-baru ini, seorang ahli politik mengadu mengapa terlalu ramai pelajar Cina mendapat ijazah kelas pertama dibandingkan dengan pelajar Bumiputera. Pelajar Cina lebih kurang 8,000 dan pelajar Bumiputera lebih kurang 2,000.
Akibatnya, lebih ramai graduan Cina daripada Bumiputera di IPTS dikecualikan dari membayar PTPTN. Adakah ini konspirasi Cina berpakat dengan IPTS secara berkompromi dari segi pemarkahan?
Jika Bumiputera setuju dengan gaya fikir ahli politik ini, adakah Bumiputera akan menjadi lebih hebat dengan mengambinghitamkan kejayaan bangsa lain?
Sahabat karib saya zaman persekolahan, Eng Huat, sentiasa mendapat wang sagu hati daripada kaum kerabat untuk setiap A yang beliau dapat score dalam peperiksaan.
Dari dulu lagi saya mempersoalkan, mengapa tidak beri wang sagu hati juga jika mendapat C? Bukankah sahabat saya ini sudah bertungkus-lumus untuk mendapatkan A? Bukankah yang lebih penting ialah beliau berusaha?
Bila setelah saya peluk Islam, baru saya sedar betapa istimewanya Islam sebagai agama yang benar kerana kalau berijtihad (membuat keputusan agama) betul, saya akan diberi dua pahala.
Kalau salah, saya akan diberi satu pahala. Kalau saya merancang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan haji, tetapi saya gagal untuk menunaikan haji kerana tempoh hidup saya tamat, ALLAH SWT tetap janjikan saya haji mabrur, iaitu saya tetap mendapat pahala penuh haji!
Budaya dan sistem pendidikan kita terlalu menyalahkan para pelajar dan guru jika keputusan tidak memuaskan. Tetapi jika keputusan memuaskan, adakah budaya dan sistem pendidikan mendengar nasihat para pelajar dan guru tentang kelemahan budaya dan sistem pendidikan itu sendiri?
Terlalu banyak kelemahan dalam budaya pendidikan kita. Saya guna perkataan budaya selain daripada sistem kerana budaya melibatkan pendidikan rasmi di sekolah dan juga tidak rasmi seperti media, keluarga, masjid, iklan-iklan di jalan raya, rakan-rakan sebaya dan lain-lain.
Kalau sekadar sistem persekolahan berubah tetapi dikekalkan paradigma biar mati anak, jangan mati adat atau zon selesa, adakah pelajar-pelajar kita akan berjaya menjadi insan yang lebih hebat?
Saya tidak setuju sekolah Cina ditutup, tetapi jika semua subjek cemerlang tetapi bahasa Malaysia hanya mendapat lulus, bolehkan ini dikatakan kejayaan sebenar?
Adakah Obama akan berjaya menjadi Presiden kulit hitam yang pertama Amerika jika beliau bercakap bahasa Inggeris seperti Pua Chu Kang?
Kalau para Mahasiswa di IPTA/IPTS mendapat ijazah kelas pertama, tetapi menjadi ateis iaitu golongan yang tidak percaya kepada Tuhan, adakah mereka ini boleh dikatakan rakyat Malaysia yang berjaya, sedangkan Rukun Negara kita yang pertama ialah Kepercayaan Kepada Tuhan?
Anakku yang tersayang, ALLAH SWT telah memberi peluang keemasan untuk membuktikan yang anak mampu menempuh cabaran kegagalan untuk menjadi insan yang kesempurnaannya terletak pada ketidaksempurnaannya.
Kejayaan menempuh kegagalan adalah jauh lebih baik daripada mendapat semua A dalam kehidupan!
* Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak
|
|
|
|
|
|
|
|
Bla....bla....bla.....memanjang, so apa yang cuba disampaikan? |
|
|
|
|
|
|
|
Org yg sama cakap pasal apa tah itu hari .. Sekolah cina ka apa .. |
|
|
|
|
|
|
|
perfect imperfection - hmm familiar phrase , kat mane ye ? |
|
|
|
|
|
|
|
apa org suka mengarut tanpa bagi key words ar
diorg ingat org suka ke baca panjang panjang
especially yg suka berkhutbah dalam wassap |
|
|
|
|
|
|
|
syukurlah dpt C |
|
|
|
|
|
|
|
kejayaan ialah realiti
kegagalan cuma kepalsuan |
|
|
|
|
|
|
|
kalau anak dia dpt A, dia nak ceramah lagu mana plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah kau dapat C. Entah2 kau masuk neraka pun dikatanya alhamdulillah jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 29-11-2014 04:06 AM
apa org suka mengarut tanpa bagi key words ar
diorg ingat org suka ke baca panjang panjang
especia ...
Setuju sangat dengan sis. I x baca & delete je mesej khutbah panjang berjela bajet suchi dalam whatsapp kalau dapat.
|
|
|
|
|
|
|
|
TuntungReturn posted on 29-11-2014 07:17 AM
pendek je komen aji?
masa tidor pendek, masa jaga panjang
|
|
|
|
|
|
|
|
itu kan untuk menyampaikan sesuatu..haa |
|
|
|
|
|
|
|
ajinomotonosuga posted on 29-11-2014 07:41 AM
masa tidor pendek, masa jaga panjang
Masa tidur setengah inci, masa jaga 2 inci setengah. Cuba teka, siapakah itu? |
|
|
|
|
|
|
|
I rasa ada betul jgak...orang yg x pernah rasa kegagalan dalam hidup..orang tu x berani sahut cabaran utk berjaya...sebab takut pada kegagalan.
Orang yg tak pernah dicemuh..akan merasa diri sempurna...bila dicenuh dia merasa sgt terhina.
Bersyukur lah allah berikan kita kegagalan, kemiskinan dan cemuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak share kata2 hikmah dr Salahudin Al-Ayubi.
Last edited by sabbath_shalom on 29-11-2014 11:11 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mak bapak jaman ler nih kalu anak dapat 5A riuh sekampung .post dalam fb 3hari 3malam siapa tepek slip result lagi tapi kalu ada anak lain dpt 5C menikus senyap cam takder Anak ambik periksa. Kesian anak yg kurang cerdik dlm akademik.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|