View: 9344|Reply: 19
|
[Tempatan]
Pesta Lampu 2014 di Putrajaya mulai 12 Dis
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA - Putrajaya bakal bermandikan cahaya selama tiga hari mulai 12 Dis ini sempena penganjuran 'Light and Motion Putrajaya' (Lampu) 2014, yang mampu menyerlahkan keindahan dan keunikan seni bina bangunan dan struktur utama di pusat pentadbiran negara itu.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, program itu melibatkan sebahagian Persiaran Perdana, Dataran Putrajaya, Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Sisiran Tasik di Presint 2 dan 3.
Bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Menara Usahawan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, pintu gerbang PPj dan Istana Kehakiman antara bangunan yang akan bermandi cahaya, katanya pada sidang media sempena prapelancaran Lampu 2014 di sini, hari ini.
Program itu, yang bermula dari 7.30 petang hingga 12 tengah malam, akan mengetengahkan acara seperti permainan pencahayaan interaktif, pameran automotif bercahaya, kayuhan basikal serta beca bercahaya, mini IT ekspo, pertunjukan wayang kulit serta pertandingan fotografi.
Penganjuran festival itu mirip kepada Festival Cahaya Antarabangsa yang sering dianjurkan bandar raya terkemuka dunia seperti Festival Cahaya Lyon, Festival Cahaya Amsterdam, Festival Cahaya Berlin serta festival cahaya terkemuka Eropah, 'Matters'.
"Semoga penganjuran ini akan menjadikan Putrajaya dikenali di persada dunia dan mampu menarik lebih ramai pelancong," katanya.
Loga Bala menjangka Lampu 2014 dapat menarik kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
hmm...pencahayaan interaktif - hmm...sounds interesting. must be nice scenic view Putrajaya by nite ...tasik pulak tu...gosh.hmm. |
|
|
|
|
|
|
|
membazir duit rakyat x ni ? |
|
|
|
|
|
|
|
Tiru budaya buddha lehnat! Ini satu penghinaan kepada agama isle yang syumul! |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor posted on 29-11-2014 05:44 AM
membazir duit rakyat x ni ?
Berfikir positif la dikk...kalau x sampai bila pun negara x kan maju... |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key posted on 29-11-2014 08:42 AM
Tiru budaya buddha lehnat! Ini satu penghinaan kepada agama isle yang syumul!
Ini fatwa tolol kau ke dikkk... |
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade posted on 29-11-2014 09:15 AM
Ini fatwa tolol kau ke dikkk...
Ish, takkanlah kau nak sokong pulak budaya ni jadi ikutan kita? Kau ni islam ke bukan? |
|
|
|
|
|
|
|
Meriah lgk putrajaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak pi tengok.. Jom famri7 ngan edee.. Hari tuu pi maha best.. Banyak tongkat ali
|
|
|
|
|
|
|
|
Lampu 2014 hidupkan malam di Putrajaya
12 Disember 2014
PUTRAJAYA - Penganjuran Light And Motion Putrajaya (Lampu) 2014 yang bermula malam ini hingga Ahad akan lebih 'menghidupkan' suasana malam di Putrajaya.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebelum ini Putrajaya sering dilabel negatif oleh pelbagai pihak tentang 'kelesuan' pusat pentadbiran ini selepas tamat waktu bekerja.
"Ini kerana seperti mana yang sedia maklum, sesetengah kawasan di Putrajaya terutamanya yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan kurang mendapat sambutan yang diisikan dengan pelbagai aktiviti untuk orang awam dan festival ini dilihat mampu menangani permasalahan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Lampu 2014 di hadapan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) di sini hari ini.
Tengku Adnan berkata, penganjuran kali ini hanya tertumpu di Presint 2 dan 3 yang melibatkan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Menara Usahawan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Audit Negara, Istana Kehakiman, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Kompleks PPj.
Bagaimanapun Tengku Adnan berkata, pihak kementerian dan PPj juga mempunyai perancangan agar jumlah kawasan yang terlibat dapat dikembangkan kepada setiap bangunan di sepanjang Persiaran Perdana.
"Penganjuran pada masa hadapan akan turut mempelawa pelbagai pihak daripada sektor kerajaan dan swasta agar penganjurannya setanding dengan mana-mana penganjuran yang serupa di bandar-bandar utama dunia yang lain ," katanya.
Antara aktiviti yang akan berlangsung sempena Lampu 2014 ialah permainan pencahayaan interaktif, pameran automotif bercahaya, kayuhan basikal dan beca bercahaya, mini expo IT serta forum. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 posted on 13-12-2014 07:35 AM
yg ni dh nk sama dgn vivid sydney dan light of christmas.... hoho
|
|
|
|
|
|
|
|
wowwww..
buat nite shoot best giler ne..
bertenggek memana carik port best.. heavennn |
|
|
|
|
|
|
|
nanti pikahak NGO Islam ...nak buek bising ....acaro ni macang doket Christmas....
|
|
|
|
|
|
|
|
renungkanlah...budaya lampu melampu bie budaya mana........selamat beramal... |
|
|
|
|
|
|
| |
|