CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 875|Reply: 3

[Tempatan] Hanya 20 peratus pekerja jalani pemeriksaan kesihatan percuma

[Copy link]
Post time 28-11-2014 11:11 PM | Show all posts |Read mode


BENTONG - Hanya 20 peratus atau 400,000 pekerja menjalani pemeriksaan kesihatan percuma menggunakan baucer Program Saringan Kesihatan (PSK) dalam tempoh Januari 2013 hingga November tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, jumlah itu masih rendah kerana sepanjang tempoh itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengedarkan lebih 1.9 juta baucer PSK kepada pekerja yang layak.

"Jumlah pekerja yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan masih ramai dan angka itu amat membimbangkan kerana kita mengedarkan 1.9 juta baucer tetapi hanya 20 peratus yang tampil membuat pemeriksaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan PSK Perkeso di Genting Highlands, dekat sini hari ini.

Bagi memberi peluang kepada pekerja yang belum menggunakan baucer pemeriksaan kesihatan berkenaan, Richard berkata Perkeso melanjutkan tempoh penggunaan baucer tersebut sehingga 31 Disember ini.

"Peluang ini diberi supaya usaha kerajaan menyediakan kemudahan saringan kesihatan secara percuma dapat disampaikan kepada semua pekerja di seluruh negara," katanya.

Richard berkata, daripada 400,000 pekerja yang menjalani pemeriksaan kesihatan, 66 peratus didapati tidak pernah menjalaninya sebelum ini.

Beliau berkata 62 peratus pekerja pula mengetahui mereka mengalami masalah berat badan berlebihan, 41 peratus menghidap darah tinggi, 16 peratus kencing manis dan 61 peratus mempunyai tahap kolesterol berlebihan.

Sementara itu, katanya, daripada 103,652 pekerja wanita yang menjalani ujian pap smear, 345 daripadanya menunjukkan keputusan abnormal dan bagi pemeriksaan mamogram terhadap 136,500 pekerja, 707 dikategorikan berisiko manakala 124 berisiko tinggi.

Beliau berkata, pekerja boleh menjalani pemeriksaan kesihatan mereka di 3,242 klinik swasta, 234 makmal dan 107 pusat mamogram di seluruh negara yang menyertai program itu sebagai panel PSK.

"Saya menyeru semua majikan memberi kelonggaran kepada pekerja mereka yang ingin menjalani pemeriksaan kesihatan atau boleh memberi kerjasama bagi melaksanakan program ini di tempat kerja mereka tanpa mengganggu waktu bekerja untuk pergi ke klinik," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2014 05:48 AM | Show all posts
dah ado peluang..kenapo meke neh tak buek...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bz sgt dgn keje harian, bt med checkup pn dh makan sehari. Kesihatan tu pnting dik non, bila jth skt nk keje pn ssh
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dlu keje kempeni lama kena buat med chk..tau2 dh ada minor heart problem ..cehhhh..baik takyh chk..kalu tk aku rilek je tak tau smpi bila2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.052123 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list