CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hatida

kisah serammm...

  [Copy link]
Post time 2-8-2015 08:17 PM | Show all posts
Hatida replied at 2-8-2015 04:38 PM
hehehe..tenkiu fantasy coz sudi baca blog saya yang tak seberapa ni..btw selamat hari raya jugak.. ...
kayu tu ada kat Sarawak jer kot ..
dan kaum bidayuh "percaya" kat kayu tu
kaum lain ada petua dier rang sendiri kot
- selain dari kain batik "hitam" dan kacip .. letak bawah bantal baby

pasal kayu tu sebab ada sorang akak angkat dari Sjung tau pasal kayu tu
dia bgtau pernah ikut suami bertugas d Sarawak
tu yang dia tau pasal kayu tu
tapi mak , nenek , atok kata susah dah nak dapat kulit kayu tu

apa2 pun suka baca kisah akak .. senang paham
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2015 11:50 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 2-8-2015 08:17 PM
kayu tu ada kat Sarawak jer kot ..
dan kaum bidayuh "percaya" kat kayu tu
kaum lain ada petua die ...

oohh.. i see..
kiranya orang sebelah sana.. i mean sarawakians jelah yang ada kayu ni..
or yang tahu pasal kegunaan kayu ni? gitu?
memang akak tak pernah dengar pasal kayu ni.
kalau kayu tas, kayu kokka akak pernah laa dengar.. hihihi

masa berpantang hari pun mak ada pesan suh letakkan gunting bawah bantal baby.
lepas tu kain pelikat 3 helai dijadikan alas tilam.. misteri jugak ni.
lupa plak nak tanya mak apa motipnye.. heuheuheu!

anyway..thanx sudi baca cerita akak..
ni tengah duk kumpul cerita2 semasa.
cuma takder masa nak tepek kat sini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2015 12:50 PM | Show all posts
Edited by Hatida at 12-8-2015 12:56 PM

Cerita ni bermula pada bulan puasa yang lalu..
(Cheewah macam intro citer seram pulak...kikiki!)
Berlaku kat umah aku. Fyi, umah aku ni ade penjaga.
Penjaganya ialah seekor kera..kuikuikui! Kera ke? Kera kot?
Ke korang panggil monyet? Nama dia Chek.. Chek ni kalau dengan orang yang tak kenal,
dia akan marah2.. tak reti duk diam. Waima ngan ayam duk berlaga pun dia boleh
marah2.. siap gigit2 tangan dia.. tanda marah sangat laa tu.

Nak dijadikan cerita, malam tu semua orang dah masuk tidur.
Kecuali Angah.. tak tahu lah dia buat apa. Qiamullail kot?
(Rajin bebenor adik aku ni berqiamullail yerk..ahaks!)
Tempat Chek ni sebelah je ngan bedroom my parents.
Ala2 pagola gitu.. Ekceli wakaf tempat kami melepak, last2 jadi tempat tambat Chek.
Angah terkejut sebab si Chek ni buat hal. Dia mencicit la, menderam la..
Banyak munyik yang dia buat. Seolah2 nak bagitau kami ada something berlaku kat luar.
Atap wakaf tu dihentak2 guna punggung dia. (korang leh bayangkan tak?huhuhu..)
Memang bising sangat.. Angah pun keluar la kan nak tengok apa kejadahnye yang bising2 tu.

Angah tengok si Chek duk tercongok atas atap wakaf tu sambil merenung ke arah atap umah kami.
Macam tengah memerhatikan sesuatu sambil mulut dia mencicit..
Angah pun terus turun ke laman sambil pegang torchlight.
My mum dok intai je celah tingkap bilik dia. Tak berani nak turun katanya.
Kat laman ade 2 ekor kucing aku ralit duk perhati kat atap umah aku tu.
Tengah Angah duk suluh2 rata rawa ni.. salah sekor tu mengiau sambil berlingkar kat kaki dia.
Aishh.. apehal lak ni? Cam pelik je.. Pastu Angah pegi kat Chek. Panggil Chek turun.
Bila suluh kat atas atap umah, tak nampak apa pun. Chek turun n then dia duduk depan Angah.
Macam nak bgtau sesuatu. Tetiba Angah rasa macam deruan angin lintas belakang dia.
Bila angah berpaling, nampak dri ekor mata dia bayangan hitam melintas terjun dalam semak.
Tak semena-mena bulu tengkuk dia meremang. Si Chek plak menggeram sambil berdiri..
Mata dia tertumpu je kat semak tu. Angah malas nak tunggu lama.. tros naik atas umah.
"Jangan biarkan misteri menyelubungi anda.." Abenda tu agaknye ek?

Ni gambo Adam & Chek..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2015 01:20 PM | Show all posts
Aku tak pasti cerita ni betul ke mohong.
Kalo mohong cerita ni, mohonglah aku kirenye ye.
Adik aku yang cerita kat aku. Maybe lebih kepada cerita urban asrama kot..
Wallahua'lam.. benar ke tak, aku tak pasti.

Adik aku cerita, kawan dia yang lalui masa sekolah asrama di salah sebuah
sekolah di terengganu. Kan kalau kat asrama katil dia double decker..
Yang jenis 2 tingkat tu. Tandas offkos la paling ujung sekali kan.
Ujung bangunan lak tu. Dalam bilik tu ada lah 2 3 orang student ni duk bergalok.
Bergalok ni orang teganu cakap "bermain sambil bergurau senda dengan hilaian ketawa"
Gitulah lebih kurang maknanya. Taim sorang kawan ni duk main atas katil paling atas,
main lompat2 gitu lah kot (macam budok umur setahun je main gitu..)
Ade budak lain masuk bilik tu, terus on kan kipas siling. Kawan dia tak sedar kipas tengah on,
apalagi tuss! kena kepala budak yang main lompat2 tadi. Tercampak la kepala budak tu..

Heboh lepas kejadian tu ada hantu budak takder kepala.. merayau cari kepala dia yang ilang.
Sebenarnya kepala dia yang putus tu dengar ceritanya jatuh dalam tong sampah.
So, siapa2 yang pernah tido kat katil dia memang kena kacau la.
Dia datang kat orang tu n then tanya, "Awak.. awak nampak tak kepala kita kat mana??"
Huhuhuhu... haru beb!!

p/s : mesti korang pernah dengar versi lain cerita ni kan?? hurmm...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 03:37 PM | Show all posts
comeinyer chek..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2015 04:37 PM | Show all posts

hehehe..kan??
Chek ni betina. dia baik sangat ngan Adam.
Umur dia baru setahun masa ayah bawak dia balik umah.
Kecik je.. baby lg masa tu. Ni rasanya dah dekat 4 tahun kot umur dia..
Kalo sy g kat Adam,pegang Adam.. kompem kena marah.
Jeles kot?? hahaha!!

P/s : sori cik mod..off topic sat! ngee!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-12-2016 05:16 PM | Show all posts
Assalamualaikum wbt...

Waaahhh setahun lebih dh rupanya tak hapdet cter kat sini... hihihi
Tora kembali lagiiii! ahahahhh! xdelah, gurau2 jerr..
Kali ni tuan tanoh kembali dgn cerita2 terbaru, insha Allah.
Cerita yang berlaku pada keluarga terchenta.

Cerita ni berkisar kepada atuk aku (ayah sebelah mak)
Lahir tahun '37.. alaa korang kira sendiri la brape dah umo di skrang.
Skarang ni dia duk ngan famili aku kat umah memandangkan dia
Terbaring lesu tapi mempunyai nafsu makan yang membuak2.
Bukan niat aku nak bukak aib sesaper, tetapi cerita yang bakal aku
Ceritakan kejap lg mohon dijadikan tauladan dan pedoman bagi
Kita semua sebagai hamba Allah. Tetapkan iman padaNya, insha Allah...

INTRO**
Atuk aku ni sebenarnya jatuh motor yang menyebabkan dia jadi lumpuh
Dari pinggang ke bawah. Dia disahkan oleh doctor bahawa tak boleh lagi
Berjalan seperti biasa, perlukan wheelchair untuk bergerak.
Bayangkan atuk aku ni dijumpai dalam keadaan 'terpusing' atas lantai
Dimana dia tertiarap dan dari paras pinggang hingga kaki dalam keadaan
'Belunjur' whichmeans ketika kaki diluruskan waktu kita duduk atas lantai.
Uols bleh bayangkan tak? And percaya atau tidak dia berkeadaan begitu
selama 3 hari 2 malam tanpa makan dan minum...
Tak masuk akal rasanya kan? tu pun asben aku yang tolong pecahkan pintu
Sebab semua pintu berkunci dari dalam.

Pintu depan ayah aku umpilkan kuncinye. senang umpil sebab jenis pintu
Berlipat.. rumah kedai kan. (Bila lepas masuk, ruang tu adalah ruang kedai kopi
Dimana ada Kerusi dan meja) untuk ke dalam rumah, ada tangga dan pintu di
Bahagian depan dan satu lagi di bahagian dapur untuk naik ke atas rumah.
Describes lebih2 kang takut korang fenin2 lalat fulekksss... huhuhu!!
Pintu kat bahagian dapur takleh nk umpil. last2 terpaksa ke pintu depan untuk
Pecahkan memandangkan pintu tu kurang ketebalannye. dengan kuasa
tendangan Hikmat Dewataraya oleh my lovely asben, 3 kali tendang baru berhasil.
Meraung bagai nak gila mak aku sebabnya asben aku dok intai celah dinding rumah
Dari belah luar rumah tu nampak atuk aku tu tertiarap tak bergerak2.
Disusuli pulak dengan bau yang kurang menyenangkan (hapak, tungkik, masam,
busuk,n mcm2 lg) The worst thing is my asben said "Allah, kuatnye bau..
Macam bau bangkai" lagi lah kuat mak aku meraung suh bukak pintu tu cepat2.
Bau tu sebenarnya dari sisa makanan dan minuman kat dapur tu serta bau hapak
Dalam rumah sebab tak bukak pintu jendela kan. dah 3 hari 2 malam tak bukak..
Ko ghaser?? macam kandang kambing la jadinye..

Bila mak aku meluru kat ayah dia, alhamdulillah masih bernyawa tp dalam
keadaan lemah. lengan kebiru-biruan sebab tertindih badan. tak serupa orang dah.
Kurus kering dengan bibir menggelupas, dihidrasi. bila ditanya kenapa jadi mcm ni,
Katanya jatuh sebab pening, nak berpaut kat sound box tp sound box tu plak jatuh
Atas dia. asben ngan ayah aku nak angkat atuk aku tp sakit katanya. last call ambulans
Datang amik bawak pergi hospital. kat hospital setelah doc buat pemeriksaan,
buat Xray bagai, doc ckp tulang lengan kanan patah. tulang peha kanan pun patah gak.
Paling misteri, tulang di bahagian pinggul untuk sokong tulang pinggul 'ghaib'.
Seolah-olah hancur dan hilang macam tu je. tu pasal atuk aku takleh jalan dah.
So atuk aku kene admit ward selama 2 minggu gak rasanya. tak masuk besi pasal
Doc kata tulang dah reput.. cuma bleh cantumkan tulang tu je secara semulajadi.
Doc jugak sahkan ada tumor kecil kat medula oblongata. So, atuk aku ni diklasifikasikan
Sebagai angin ahmar (stroke) kecil.. cuma dia yang tak perasan ketika kejadian itu berlaku.
Next day aku ceritakan pasal cerita2 dia zaman muda yang penuh misterius. kikiki..
And kisah2 masa atuk aku warded. Tunggu taw...

.... Bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 09:25 PM | Show all posts
Hatida replied at 29-12-2016 05:16 PM
Assalamualaikum wbt...

Waaahhh setahun lebih dh rupanya tak hapdet cter kat sini... hihihi

wah..tak tahu pun hatida ada thread kat MPS ni..nanti nak baca..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2016 12:22 PM | Show all posts
Ipo replied at 29-12-2016 09:25 PM
wah..tak tahu pun hatida ada thread kat MPS ni..nanti nak baca..

hehehe... ade je ipo. tp lama dh xhapdet.
bersawang dh tred ida nimmm.. hihihi
ok ipo.. ada ms baca la ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2017 12:23 PM | Show all posts
Edited by Hatida at 4-1-2017 12:24 PM

#KISAH RAJA UDANG DI SUNGAI KEMAMAN

kisah ni atuk aku selalu cerita kat aku ngan adik2. masa ni dia sihat lagi.
kalau atuk aku mohong, maka mohong la cter ni yer sedara2..
jangan kecam aku taww.. hikss! aku sekadar nak berkongsi.
kejadian ni berlaku masa jamang dia mude mudi pak maon doluu...
dalam tahun 50-an gitulah... atuk aku ni suka mancing.
so, satu hari tu atuk aku ni nak g tangkap udang..
nak dijadikan cerita, dia tertangkap udang yang besar sangat..
plus ngan kaler dia yang cantik... warna keemasan, berkilau..
atuk nak bawak balik udang tu.. ngan tetiba udang tu bersuara
(ehh boleh bercakap plak..)

udang tu kata jangan tangkap dia. sebenarnya dia raja udang kt sungai tu.
kalau atuk aku lepaskan dia, raja udang tu janji akan bagi banyak udang
sebagai balasan melepaskan beliyau ittew.. dgn syarat seru je nama raja udang
lepas pada hari tu kalau atuk aku g sungai tu nak tangkap udang,
seru je nama raja udang, maka terlompat2 lah udang masuk sendiri ke dalam
sampan atuk aku. (mcm cerita dogeng dulu kala kan? huhuhu..)
jika atuk aku ada bersama kawan dia, raja udang takkan muncul dan tak dapat
udang la pada hari tersebut. sama jugak kalau keluar sekali ngan kawan2 dia,
naik sampan lain2, kawan atuk aku takkan dapat sekor udang pn sedangkan
dalam sampan atuk aku ada banyak udang.. gitu lah ceritanya.
tak seram pung... misterius je sikit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2017 12:42 PM | Show all posts
Edited by Hatida at 4-1-2017 12:44 PM

#KISAH PERKAMPUNGAN BUNIAN

yang ni pung atuk aku ceritakan kat aku. terjadi kat kawan dia baru balik dari kelaut,
bukan yang nyanyi kelaut tu yek... kelaut = nelayan.
dia sorang diri naik sampan malam tu on the way nak balik dari tangkap ikan.
mungkin dia letih atau mengantuk atau sememangnya hijab dia terbuka waktu tu
melalui sebuah kawasan yang terang benderang sebelum masuk muara.
macam sebuah perkampungan. meriah sangat, macam kenduri lagaknya.
sewaktu melintasi perkampungan tersebut, ade sesorang melambai kearahnya
pelawa untuk berhenti disitu...

kawan ni pung apa lagi, macam dipukau... menonong je kayuh sampan ke kampung tu.
sebaik menjejakkan kaki ke kampung tersebut, dia tengok ramai orang yang berpakaian
cantik-cantik, meriah, riuh rendah bunyinya.. lelaki perempuan kemas memakai pakaian
yang cantik, tak pernah dia tengok pakaian secantik tu..

lelaki tadi terus mengajak kawan atuk aku tu naik ke atas rumah. tak bercakap walau sepatah pung. hanya melirik senyum.. didalam rumah, dia disajikan dengan makanan yang
sedap-sedap, lauk pauk yang tak pernah dia tengok sebelom ni. apalagi, dia yang tengah
lapar, terus makan tanpa membaca doa makan dan bismillah.. makan sehingga dia terasa
kenyang yang amat. lazat sungguh makanan yang dijamahnya itu hingga tertidur..

esoknya, apabila dia terjaga.. dia terkejut besar bila dia berada dia perdu pokok salak!
abis tubuh dia calar balar akibat terkena duri pokok salak.. hairan dia bagaimana dia boleh
berada disitu.. mujur sampan dia tak hanyut. dia kemudiannya terus pulang dengan seribu
pertanyaan yang bermain dibenaknya... mungkinkah itu kampung bunian??
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 06:01 PM | Show all posts
Akhirnya...habis juga merempit benang Ida nibanyak rupanya kejadian mistik yang berlaku
Kisah 42 tu scary...
rasanya mana2 hospital ada lif berhantu kot..
like my sister...tiba2 lif overloaded..padahal masa tu, sorang je nak masuk dan dia sorang diri dalam lif tu..
dah tu, lif berhenti lama kat satu tingkat seolah ramai yang masuk dan keluar dari lif
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2017 12:39 PM | Show all posts
Edited by Hatida at 16-1-2017 12:42 PM
Ipo replied at 15-1-2017 06:01 PM
Akhirnya...habis juga merempit benang Ida nibanyak rupanya kejadian mistik yang berlaku
Kisah 42  ...

hehehe.. tq Ipo. ada lg sebenarnya ni..kekangan masa sikit... nak settle keje dulu.

yup.. betul tu Ipo. mana2 hospital pun ada kisah tersendiri.
hospital kan.. tmpt org sakit, ada yg meninggal, ada bilik mayat
malah ada mayat yang tak dituntut bertahun lamanya.
ditambah pulak tapak hospital yang dulunya bekas
markas tentera jepun utk jalankan hukuman, seksa tawanan..
macam-macam... jin dan syaitan mmg suka la tempat camtu.agaknya ramai kut yg masuk lif masa tu.. pakat serbu ramai2.
hihihi.. agaknya la kan kalau kita boleh nampak, cmner rupanya ek?

p/s : ada masa nanti ida hapdet citer yer..
         Ipo jgn lupa baca tau..


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 08:17 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 16-1-2017 08:45 PM
Hatida replied at 16-1-2017 12:39 PM
hehehe.. tq Ipo. ada lg sebenarnya ni..kekangan masa sikit... nak settle keje dulu.
...

hehehe..memang ya pun..
tu kat hospital taiping tau...
nasiblah my sister  dah habis praktikal kat situ, dah nak pindah ke hospital ipoh pulak
tak tahulah kalau kat hospital ipoh pun ada benda gini..
rasanya macam pernah baca je kejadian mistik kat spital ipoh ni..dah lupa nama thread tu..

yang mayat tak dituntut tu, apa pihak hospital buat ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2017 01:36 PM | Show all posts
Ipo replied at 16-1-2017 08:17 PM
hehehe..memang ya pun..
tu kat hospital taiping tau...
nasiblah my sister  dah habis praktikal k ...

hehehe... nak keje kt hospital ni hati kene kental sikit la
kental dah hadap pesakit ngan peel perangainya yg macam2
ngan darah, muntah, nanah etc.. pelbagai jenis penyakit lg
termasuk la benda2 perkara2 mistik ni

ada tred tu kalu tak silap pengalaman jururawat/pesakit/doktor
di hospital... rasanyalah.. ida dh bc tred tu..

entah Ipo.. rsny ada yg dijadikan bahan kajian
dijadikan bahan rujukan untuk bakal2 doktor
bahan amali la.. cara bedah, nak tahu kedudukan organ
dalam badan.. eeiii tak sanggup rsnya ida nk buat cmtu
ada kwn ida ms dia praktikal.. kene bedah mayat
seminggu dia tak lalu mkn, badan jd tak bermaya..
terbau2 mayat tu.. melekat kt tgn, pakaian..
seb baik tak jadi apa2..

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 06:36 PM | Show all posts
Hatida replied at 17-1-2017 01:36 PM
hehehe... nak keje kt hospital ni hati kene kental sikit la
kental dah hadap pesakit ngan peel pe ...

Haaa...thread hospital tu. Correct!
Seram jugak citer dlm thread tu.

Masa student dulu pernah teman member yg ambik medic ni kat bilik mayat atau muzium tempat letak organ2 tu.
Ralit pulak tgk benda tu semua.
Mayat dh tk serupa mayat dah..dah dirobek dan dikorek2

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2017 10:53 AM | Show all posts
Ipo replied at 17-1-2017 06:36 PM
Haaa...thread hospital tu. Correct!
Seram jugak citer dlm thread tu.

haaa... yg tulah
ida dah abis baca dh tred tu..

oohh ye ke?
tulah kn... mcm wooww.. hebatnya kuasa Allah
dapat tgk secara dekat depan mata.. hihihi
aritu ms kt muzium terengganu ada buat pameran organ dalaman manusia
pameran keratan rentas wajah manusia
nak tgk kita punya otot2, salur darah.. rupabentuk otak
lepas tu ada keratan tgn yg dah disiat kulit..
urat2 darah merah dan biru yang berselirat
ms tu tak pikir seram pn.. just... woww so amazing!
subhanAllah.. besarnya kuasaMu ya Allah..
bayi yg bercantum kat kepala pn ada tau..
lepas tu ada satu mayat ni dikerat tengah2..
mcm dibahagi dua.. ramai org duk tilik2
bleh kita tahu serba sedikit psl organ dlman kan?
ilmu sains tuu.. hihihi



Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 11:36 AM | Show all posts
fuhhhh...

terbaik lah kak.. .habis jugak merempit dari page 1..seram sejuk rasa nk terkucil semua ada

2 - 3 thn lepas penah jugak jejak kaki kat muzium terengganu tu..saya pergi berdua je dgn member..
terasa jugak aura kesuramannya masa nak masuk kat area haiwan liar tu..pintu pun kecik jer kan..

lagi satu kat tingkat atas sekali..area sejarah lama zaman penjajahan jepun kot? ke bukan..lupe dah..dah la masa tu org pun tak ramai..rasa mcm muzium tu ana yg punya..hehe..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 12:13 PM | Show all posts
nauze replied at 19-1-2017 11:36 AM
fuhhhh...

terbaik lah kak.. .habis jugak merempit dari page 1..seram sejuk rasa nk terkuc ...

hehehe tenkiu @nauze sudi bc cerita akak ni

ada lg ni cerita2 seram.. ada ms nnt akak hapdet yerr

urmm yup.. betul2. mmg muzium tu kat mana2 area pon seremmm
sebabnya kurang visitors.. tp kalu tim coti skola ramailah visitors
akak pn sebenarnya tak suka duk situ lama2.. dgn mcm2 bunyi audio visual
suara binatang, ditambah pulak dgn keadaan yg suram.. eiii..

a'ah ye kot.. aras paling ats kn? mmg sunyi..
sama gak kt pameran bot, perahu tu..
pernah dgr org bgagitau kt situ 'keras' sikit
ada penampakan la.. wallahu'alam..
akak jarang g situ.. hihihi

btw.. nauze ni org mana? org trg gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 01:41 PM | Show all posts
Hatida replied at 19-1-2017 12:13 PM
hehehe tenkiu @nauze sudi bc cerita akak ni

ada lg ni cerita2 seram.. ada ms nnt a ...

yeah..akak apdet jer..semua yg akak share berjaya menaikkan bulu roma bulu idong bulu bala segala mala yg ada lah..ehh?

saya pergi time tu bukan cuti sekolah..memang sendu sangat lah dlm tu.
blh kira dgn jari pelawat yang ado..huhu

yg bot perahu rasanya kitorang tak gi kot..sebab besar ya hamat muzium tu kak..
pegi sendiri takde org guide mmg masing2 hentam kromo je jalan sana sini baca seketol2 info yang ada..

aras paling atas tu kak masa tu x berapa sunyi sebab depa pasang muzik gamelan..sebab tu berani lagi naik atas..
kalau sunyi sepi krikk krikk bunyi cengkerik mintak maap ler..hehe..

saya org bdr ikan patin kak..saje jalan2 kat tganu..makanan sedap byk giler kat sana..kelaut diet ai...hahaha






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.339276 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list