CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15937|Reply: 56

Rumah Semakin Mahal? Jom Beralih ke Rumah Kontena

[Copy link]
Post time 3-12-2014 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Tidak dapat dinafikan, harga rumah di Malaysia semakin hari semakin mahal. Hal ini menyebabkan mereka yang ingin membeli rumah, lebih-lebih lagi golongan belia yang mahu membeli rumah pertama mereka, buntu untuk memiliki keperluan asas ini.

Memahami masalah ini tidak dapat dielakkan, seorang anak muda tempatan yang juga seorang web designer, Mohd Azree mengambil langkah alternatif iaitu dengan membina sebuah rumah kontena, trend rumah yang semakin popular di barat.
Rumah kontena, atau dalam bahasa inggerisnya, container house merupakan rumah yang terbina dari beberapa blok kontena, yang biasanya boleh dijumpai di atas kapal pengangkut barang. Kemudian blok-blok kontena ini disambungkan menjadi sebuah rumah yang selesa mengikut citarasa pemilik sendiri.Rumah









Menurut Mohd Azree, kos keseluruhan yang diperlukan untuk membina rumah kontena ini adalah RM 50,000 termasuklah sebidang tanah seluas 2400 kaki persegi. Lebih menarik, rumah tersebut hanya mengambil masa selama seminggu untuk siap.





Apa yang paling menarik tentang rumah kontena adalah harganya yang murah dan juga ketahanannya. Sebab itu anda boleh melihat kontena ini digunakan oleh syarikat-syarikat pembinaan untuk dijadikan sebagai 'pejabat' di tapak pembinaan. Malah ada juga syarikat perhotelan yang menjadikan kontena sebagai bilik hotel mampu bilik.

Baca : 6 Hotel Unik Mampu Milik di Malaysia

Tetapi rumah kontena Mohd Azree yang anda lihat di dalam gambar diatas masih belum siap sepenuhnya. Bagi yang belum tahu, rumah kontena tidak semestinya berbentuk kotak sahaja. Lihat gambar dibawah dan bayangkan apa yang boleh anda cipta dengan rumah kontena.







Mungkin rumah kontena boleh dikomersialkan dan menjadi alternatif yang serius kepada rumah-rumah di Malaysia yang semakin mahal. Di beberapa buah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, rumah kontena sudah pun digunakan secara meluas malah ada yang membina rumah mewah dengan menggunakan kontena sahaja.

Bagi yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rumah kontena boleh melayari www.rumahkontena.com. - Siakapkeli.com.my









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2014 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
perghh lawa!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 08:53 PM | Show all posts
Kacaknya kamu Mohd Azree. Lara pun minat rumah kontena. Murah dan cepat dibina. Di luar negara terutama di Amerika sudah lama gunakan kontena untuk buat rumah. Tapi diorang buat insulating kontena mereka. Encik Mohd Azree bagaimana? sebab kalau tidak tentu panaskan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 11:04 PM | Show all posts
Esmiria posted on 3-12-2014 08:50 PM
perghh lawa!!!!

Sayang, kita kahwin nanti, kita tinggal kat rumah kontena macam tu sememtara abang gigih mengumpul wang untuk membeli rumah yang besar untuk kita kelak. Kita upah designer buatkan kontena tu cantik-cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 posted on 3-12-2014 03:04 PM
Sayang, kita kahwin nanti, kita tinggal kat rumah kontena macam tu sememtara abang gigih mengumpul ...

Betul ke bang? jgn2 tipu je.,
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 11:19 PM | Show all posts
Esmiria posted on 3-12-2014 11:17 PM
Betul ke bang? jgn2 tipu je.,

Betul....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2014 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 posted on 3-12-2014 03:19 PM
Betul....

dah cukup ke duit hantaran tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 11:22 PM | Show all posts
Esmiria posted on 3-12-2014 11:21 PM
dah cukup ke duit hantaran tu?

Setakat hari ini cuma RM25,087.85 terkumpul. Masih kurang banyak!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 12:19 AM | Show all posts
x berasap ke ddk dlm kontena di melesia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 08:00 AM | Show all posts
AcikLijah posted on 4-12-2014 12:19 AM
x berasap ke ddk dlm kontena di melesia ni?

buat insulating ler...kat universiti terengganu dah guna kontena sbg ofis fakulti. x rasa panas sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 09:12 AM | Show all posts
ltk la ekon...haisshhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 09:41 AM | Show all posts
Tak panas ke tinggal kat dalam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 09:47 AM | Show all posts
eh eh Azree!....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 01:13 PM | Show all posts
best gak idea ni, buat umah kontena,murah cikit.. tp untuk sementara ok la kot, sementara nk kumpul duit.. for long term, umah batu gak yg selesa..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 02:52 PM | Show all posts
membahangnye dlm tu..malaysia ni cuacanye sesuai ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 04:13 PM | Show all posts
company aku pakai kontena ni jer wat opis kat site ... ok jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 04:28 PM | Show all posts
mattzzx posted on 4-12-2014 09:41 AM
Tak panas ke tinggal kat dalam tu?

pasanglah aircond.....barulah sejuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 04:30 PM | Show all posts
Kena on aircon je le 24 jam nanti
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 04:31 PM | Show all posts
kejoraria posted on 4-12-2014 04:28 PM
pasanglah aircond.....barulah sejuk

kena pasang aircond 24jam lah kot.....

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa kecik2 teringin nak tinggal dlm rumah kotak.

Masa besar2 teringin stay kondo pulak. :lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.062740 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list