CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3609|Reply: 12

[Jenayah] Biar KuRasa Kesejukan Freezer Dan Air!

[Copy link]
Post time 12-12-2014 07:26 AM | Show all posts |Read mode
Melaka: Tiga lelaki warga Kemboja sanggup memanjat siling menggunakan sambungan kain perca untuk menyembunyikan diri selepas menyedari kehadiran Jabatan Imigresen Melaka (JIM) di sebuah rumah teres dua tingkat didiami mereka di Taman Seri Tanjung Minyak, di sini, semalam.

Dalam serbuan  jam 4 pagi itu, seorang daripada mereka yang  berseluar dalam dan singlet sanggup masuk ke dalam tangki air di atas siling bagi mengelak diberkas.

Sebelum memanjat siling, mereka dikatakan terserempak dengan anggota imigresen di luar pagar rumah, namun enggan membuka kunci pintu dan bergegas naik ke tingkat atas rumah.


Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka yang berusia 20-an itu diberkas sejurus penguat kuasa imigresen memanjat siling dan mengesan kedudukan mereka.

Pemangku Pengarah Imigresen negeri Abu Bakar Sidek Hasan berkata, tiga lelaki Kemboja itu antara 76 pendatang asing tanpa izin (PATI)  ditahan dalam operasi di sekitar daerah Melaka Tengah.

“Pelbagai cara PATI menyembunyikan diri termasuk memanjat siling dan menyorok di dalam tangki air, selain seorang lagi warga Kemboja yang bertindak bersembunyi di dalam peti sejuk ketika serbuan di sebuah rumah sewa di Bukit Rambai.

“Kami melakukan operasi termasuk di kawasan perumahan selepas mendapat aduan penduduk sekitar. Selain kawasan perumahan, kami turut menyerbu kedai makan selepas ada maklumat PATI bekerja di restoran tanpa permit atau permit tamat tempoh,” katanya ketika ditemui selepas tamat operasi, semalam.

Operasi bermula jam 10 malam kelmarin hingga 10 pagi semalam membabitkan  32 pegawai imigresen.

Menurut Abu Bakar, hasil serbuan  itu,  105 orang diperiksa membabitkan lima kawasan iaitu Taman Merdeka Permai, Bukit Katil Damai, Taman Seri Tanjung Minyak, Bukit Rambai dan Batu Berendam.

Pemeriksaan dilakukan di kedai makan, kawasan perumahan serta kilang dan seramai 76 PATI berusia 15 hingga 40 tahun diberkas atas pelbagai kesalahan iaitu 58 lelaki dan 18 perempuan.

Semua yang ditahan terdiri daripada 45 warga Myanmar, Bangladesh (11), Kemboja (sembilan), Indonesia (enam) dan Thailand (lima) yang disiasat mengikut Seksyen Peraturan 39b kerana melanggar syarat pas, 6(1)(c) kerana masuk negara ini tanpa permit yang sah dan seksyen 15(1)(c) kerana tamat tempoh permit.

Abu Bakar berkata, semua yang ditahan itu akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo di Alor Gajah bagi siasatan lanjut.
http://www.hmetro.com.my/node/15561
      Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 6:20 AM   

PENGUAT kuasa imigresen memeriksa permit warga asing di  tapak pembinaan rumah di Bukit Katil Damai.  




PENGUAT kuasa imigresen memeriksa permit warga asing di  tapak pembinaan rumah di Bukit Katil Damai.  

LELAKI warga  Kemboja menyorok di dalam sebuah tangki air di atas siling rumah di Taman Seri Tanjung Minyak.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2014 07:34 AM | Show all posts
tangki air
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 07:43 AM | Show all posts
ramai pulak pati nih..yang permit tamat tempoh tu kite paham la dorg ikut saluran betul cuma xrenew je.tp yg lain2 pati ni??byk sgt ke jalan tikus kt mesia nih?ka ade loophole kt authority?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 12:05 PM | Show all posts
Kalau dah wat salah mcm2 cara nak selamatkan diri..haish..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Alvin macam nih ler sok...
Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 12:32 PM | Show all posts
mak aihh... kaler air dlm tangki tu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2014 12:54 PM | Show all posts
minahmanja posted on 12-12-2014 12:32 PM
mak aihh... kaler air dlm tangki tu.....

khenn
nak termuntah aku tgk
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 01:05 PM | Show all posts
ko tercirit ke dekk dlm tangki tu..aiyooo kaler air pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2014 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
~anya~ posted on 12-12-2014 12:08 PM
Alvin macam nih ler sok...
Hahahaha

Time tu mula la mintak tolong bak balik.mesia...
Cit..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 01:58 PM | Show all posts
bagi je laa IC....... nanti kita ada PERSATUAN SUKU KEMBOJA lak


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangki ke tu perigi? Keruh nya. So kisahnya last2 kena cekup gk lah kn even gigih menyorok mcm mna pn.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2014 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz posted on 12-12-2014 01:17 PM
Time tu mula la mintak tolong bak balik.mesia...
Cit..

Itulah....
Nanti meracau nak balik nak mampos kat malaysia kohnon...akai tadak tak pikir home is where your loved ones are...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2014 06:12 PM | Show all posts
air parit ke sedut masuk tangki tu..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.064718 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list