CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14856|Reply: 36

10 Lokasi Sarang Maksiat Yang Terkenal Di Dunia!

[Copy link]
Post time 15-12-2014 11:37 AM | Show all posts |Read mode
10 Lokasi Sarang Maksiat Yang Terkenal Di Dunia!


Maksiat semakin berleluasa saban hari ke hari.. Sejajar dengan arus permodenan yang kian berkembang pesat, begitulah itu industri maksiat ini berkembang. Malah ianya turut menjadi tarikan  pelancong untuk berkunjung di bandar-bandar utama ini...

Jadi jom kita selongkar antara lokasi sarang maksiat di Bandar-bandar utama dunia..

1. Pattaya, Thailand - Ibu Kota Pelacuran






Pattaya: Ibu Kota pelacuran Pattaya adalah syurga kepada aktiviti seks di dunia. Sebut apa jenis pelacuran, semua boleh didapati di sana termasuklah pelacuran kanak-kanak!. Thailand membenarkan aktiviti pelacuran dijalankan dengan sebebas-bebasnya bagi menarik minat pelancong-pelancong asing bertandang ke Thailand.

Di Pattaya, pelancong tidak perlu menunggu malam untuk memuaskan nafsu. Siang hari pun boleh jalan!
Pattaya sememangnya dipenuhi dengan pekerja-pekerja seks.


2. Amsterdam - Ibu Kota Dadah





Amsterdam: Ibu Kota dadah

Amsterdam tidak perlu diperkenalkan lagi. Semua orang tahu bahawa Amsterdam adalah salah sebuah kota di Belanda yang menempatkan sebuah kelab gergasi Eropah iaitu Ajax Amsterdam. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa Amsterdam adalah bandar yang membenarkan rakyat mereka menjual beli dan menggunakan dadah secara sah tanpa kekangan undang-undang. Bukan itu sahaja, bagi yang mempunyai naluri seks songsang, di sinilah tempatnya. Anda boleh berkahwin, memadu kasih atau bercekerama tanpa ada mata-mata liar yang memerhatikan anda. Syurga dunia!
Namun, yang peliknya mengenai bandar ini walaupun membenarkan penjualan dadah secara terang-terangan, ia tidak pula dipenuhi dengan para penagih tegar seperti di negara dunia ketiga! Pelik bukan?
Amsterdam meghalalkan penjualan dadah dan pelacuran


3. Manama, Bahrain - Ibu Kota Pesta


Manama: Ibukota pesta di padang pasir
Bandar Manama atau al-Manamah adalah ibukota bagi aktiviti malam bagi orang Arab. Terletak di negara Bahrain, bandar ini mampu membuatkan pengunjung menghabiskan malam dengan mabuk dan berjoget. Pengunjung terbesarnya adalah sheikh-sheikh Arab yang kehausan seks dan hiburan. Bandar Manama mula menghala kepada ‘kehancuran’ apabila pemerintah Bahrain mula berpandangan Liberal(bebas) dan mula menolak nilai-nilai moral dan etika Islam.
Bandar Manama merupakan bandar yang paling memalukan dunia Islam ditambah pula ia terletak di tanah para Anbiya dan Auliya. Inilah harga tinggi untuk dibayar apabila Allah swt memberikan kenikmatan duniawi. Nauzubillah.

4. Las Vegas - Ibu Kota Perjudian



Las Vegas: Ibukota Perjudian

Terang-terangan kota ini adalah kota maksiat apabila papan tanda untuk memasuki bandarnya tertera ‘Go on and Sin’. Hakikatnya, Las Vegas adalah sebuah kawasan tandus dan kering ketika sebelum diteroka untuk dijadikan kota perjudian. Kota ini dibuka ketika era pembangunan semula Amerika Syarikat selepas krisis ekonomi tahun 30-an dengan perjudian telah dikecualikan undang-undang pada 31 March 1931. Kota ini berkembang secara berperingkat sehinggalah kepada kemuncaknya pada tahun 60-an apabila Howard Hughes(pernah dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio dalam filem The Aviation) telah melabur jutaan ringgit untuk membuka pusat perjudian di sana.  Pada tahun 80-an, Las Vegas sudah pun terkenal sebagai pusat pejudian terbesar di dunia sehinggakan diibaratkan bahawa seorang pope yang tua pun jikalau singgah bermalam di sana akan terpengaruh dengan kenikmatan duniawi di Las Vegas.


5. Rio de Janeiro - Ibu Kota Bogel


Rio de Janeiro: Ibukota bogel
Ibukota Brazil ini memang tidak pernah lari daripada pesta dan seks. Kota penuh dosa ini sering dihiasi dengan wanita-wanita sawo matang Brazil yang berseparuh telanjang dengan tanpa rasa malu berpelesiran di pantai-pantai dan resort. Pantai paling terkenal di Rio adalah Ipenama Beach yang terletak di selatan bandar Rio de Janeiro.
Saban hari, pantai ini dihiasi dengan pelbagai aktiviti maksiat seperti pesta tarian dan mabuk-mabuk malahan jangan terkejut jika terdapat warga tempatan atau pelancong asing melakukan hubungan terlarang secara terbuka di sini. Apa komen anda?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2014 11:37 AM | Show all posts
6. Moscow - Ibu Kota Disco



Moscow: Ibukota Disco
Kerajaan Rusia melarang aktiviti pelacuran dan aktiviti malam yang menjangkaui siang hari. Namun, ia masih boleh didapati di sini tanpa ada pihak berwajib melakukan serbuan. Sepertimana di tempat lain termasuk di Malaysia, dengan suapan wang, segala macam boleh jadi. Dan bergitulah juga di Moscow. Jika di saat pemerintah Soviet, disco dan lagu-lagu barat dilarang dibina dan dimainkan kerana bimbang rakyatnya terpengaruh dengan idealogi Barat. Namun, dengan runtuhnya rejim Komunis pada tahun 1991, budaya disco secara beransur-ansur meracuni rakyat Moscow dan Rusia.
Dan akhirnya Moscow menjadi terkenal sebagai destinasi tarian bogel gadis Rusia yang cantik dan tidak terlepas pandang juga tarian daripada kaum Adam yang menghiburkan hati wanita semasa Lady Night. Terliur? Penulis ingatkan supaya lupakan sahaja. Neraka jawapannya!.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2014 11:38 AM | Show all posts
7. Genting Highland - Ibu Kota Perjudian Asia



Genting: Ibukota perjudian Asia
Barang siapa beritahu penulis bahawa mereka ke Genting untuk sekadar makan angin, penulis langsung tidak percaya. Genting sudah sinonim dengan aktiviti perjudian dan pelacuran kelas atasan. Miskipun dihiasi dengan permainan-permainan seperti roller coaster dan hanging chair, tetapi itu hanyalah sampingan sahaja. Aktiviti paling utama di sini adalah perjudian dan pelacuran. Genting yang terletak di pergunungan negeri Pahang telah digelar The City of Entertainment kerana merujuk kepada aktiviti yang menghala kepada keseronakan dan hiburan di sana.
Genting adalah menduduki tempat sebaris dengan Las Vegas menurut kajian daripada majalah Forbes yang merujuk kepada keuntungan dan kemewahan infrastruktur di sana.
Genting..city of entertainment

8. Bali, Indonesia - Ibu Kota Maksiat





Bali: Ibukota maksiat

Pantai Bali sudah terkenal di seluruh dunia sebagai pantai yang cantik dan hebat servisnya. Ia sering didatang ribuan pelancong asing saban tahun terutama tahun-tahun sebelum peristiwa pengeboman Bali berlaku. Jika sudah didatangi pelancong asing, ia tidak akan lari daripada dosa yang utama ini, MAKSIAT!. Miskipun masyarakat Islam di sini adalah golongan minoriti kerana masyarakat beragama Hindu adalah paling dominan di sini namun ia tidak semestinya kerajaan Indonesia menganggap itu sebagai satu pengecualian.

Bali hancur di sebalik keindahan pantainya. Saban hari, ia akan dihiasi dengan pelancong-pelancong asing yang tidak memakai seurat benang berjemur di pantai. Ia bukan sahaja merosakkan rakyat tetapi merosakkan nama Indonesia sebagai negara paling ramai rakyat yang beragama Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2014 11:40 AM | Show all posts
9. Tijuana, Mexico - Ibu Kota Maksiat





Orang-orang di jalanan kini boleh mendapatkan ubat-ubatan haram untuk dijual, Terdapat kelab bogel menggalakkan "tangan" dengan strippers, dan penjualan minuman keras tequila adalah murah di Tijuana. Keselamatan tidak pernah menjadi keutamaan di sini.

10. Amsterdam, Netherlands - IbuKota Maksiat





Tidaklah menjadi satu kehairanan apabila anda mendapati sebuah cafe menjual sehingga 5 KG ganja sehari tidak kira samada melalui teh, dalam bentuk rokok, dalam pai, kek dan juga brownies di bandar Amsterdam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 12:11 PM | Show all posts
walaupun Singapore dah ada Marina Bay Sands, tapi Genting tetap gah.
Bangga..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 12:26 PM | Show all posts
Gelinyaa   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2014 01:06 PM | Show all posts
tempat2 camni laa yg menjana ekonomi negara2 tersebut... dgn adanya tempat2 camni, manusia dari seluruh pelusuk dunia akan dtg dan membazirkan wang utk hiburan keduniaan semata...

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 02:08 PM | Show all posts
nikmat duniawi yg sementara... duit, pompuan, arak, dadah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2014 05:10 PM | Show all posts
waaa!! camna blh lepas pulok amik gmbar kt red light district kt Amsterdam tu? setau aku takleh.plus, klo diorang nmpak ko pegang tepon,diorang rampas n hancur kt ctu gak.huhu..

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 05:24 PM | Show all posts
genting pon masuk? ohh maiii..terbesar di asia lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 05:58 PM | Show all posts
Bukit Bintang tak masuk list kah??
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 10:48 PM | Show all posts
Genting...sedihhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
genting sebaris las vegas?

ermm iols org pahang x penah naik genting highland ni takat lalu genting sempah adalah..
tak terasa teringin pun nk g situ
walopun masa kecik2 dulu kalo berdiri kat depan umah bleh nmpk genting dr jauh
mcm kat atas awan je kelihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 01:44 PM | Show all posts
macau tak masuk list????
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 01:59 PM | Show all posts
Ni tahun berapa punya list agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 03:56 PM | Show all posts
jauhilah dr tempat2 mcm ni...jgn tempah tiket ke neraka yer bg yg muslim......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2014 04:38 PM | Show all posts
pattaya, bali, genting...semua dekat je
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 05:00 PM | Show all posts
teringin nak p
5. Rio de Janeiro - Ibu Kota Bogel

mana tahu. alang-alang boleh nampak neymar bogel. lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 07:42 AM | Show all posts
Amsterdam sampai dua kali?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 09:52 AM | Show all posts
anees~nuhara posted on 15-12-2014 09:24 AM
genting pon masuk? ohh maiii..terbesar di asia lak tu

bangga kerajaan mesia ye dok
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.077057 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list