CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2739|Reply: 19

DAP Perlu Terima Hudud Atas Semangat Demokrasi - PAS

[Copy link]
Post time 16-12-2014 04:56 PM | Show all posts |Read mode
DAP Perlu Terima Hudud Atas Semangat Demokrasi - PAS

Details Published on Monday, 15 December 2014 15:27





DAP perlu menghormati semangat demokrasi termasuk menerima keputusan suara majoriti jika usul Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 dibawa ke Dewan Rakyat, selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata DAP tidak boleh menghalang usaha Pas membawa usul itu untuk diluluskan di Parlimen kerana ia adalah hak demokrasi yang perlu dihormati oleh semua pihak.
"Saya (Pas) tidak boleh minta PR gugurkan prinsip demokrasi dan saya tidak boleh minta gugurkan konsep demokrasi.
"Semua itu kerana kembali kepada proses demokrasi termasuk di Kelantan (laksana hudud)," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang memberi amaran kepada pimpinan PR supaya bertegas untuk tidak melaksanakan hukum hudud di negara ini jika menang pada PRU14.
Guan Eng juga menegaskan kepimpinan PR perlu menyatakan pendirian yang jelas dan tegas dalam hal tersebut bagi memenuhi aspirasi pengundi khususnya dari Sabah dan Sarawak.
Mengulas lanjut, Mahfuz bagaimanapun berkata Pas juga perlu akur kepada prinsip demokrasi jika usul hudud itu tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.
"Pas hormati semangat demokrasi, Pas akur kepada keputusan demokrasi mengikut keputusan undian dalam Parlimen.
"Pas juga kena ikut suara majoriti, kalau Jawatankuasa Teknikal memutuskan pindaan itu akan dibawa kerajaan pusat, maka terpulang.
"Semua ahli Parlimen bebas buat pendirian, kalau pendirian mereka menolak pelaksanaan hudud, saya kena terima," ujarnya.
Beliau menegaskan Pas akan terus mempertahankan semangat demokrasi dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak guna cara yang salah.
"Demokrasi kena dipertahankan, kita tidak boleh paksa (DAP sokong hudud) dan melalui pintu belakang.
"Pas berpegang kepada konsep demokrasi, tetapi jangan halang Pas buat (hudud) ke Parlimen, kena ikut demokrasi," katanya lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2014 04:58 PM | Show all posts


Betulkah MCA mengugut akan keluar Barisan Nasional sekiranya UMNO menyokong PAS laksanakan hudud di Kelantan? Ini sebenarnya satu berita yang amat mengejutkan sekiranya benar. Mereka seolah-olah gagal mengukur baju di badan sendiri. Dalam PRU13 yang lepas prestasi MCA amat teruk sekali. Kegagalan mereka dalam menyumbang dengan baik dalam pembentukan kerajaan Barisan Nasional sebenarnya telah meletakkan MCA sebagai parti yang tidak lagi relevan.
Melalui analisis terhadap PRU13 yang lepas kita boleh membuat kesimpulan bahawa bangsa Cina di dalam MCA telah berpaling tadah menyokong DAP demi semangat rasis melampau Cina. Oleh itu sebenar MCA tidak berhak untuk mengkritik tindakan UMNO menyokong Hudud Islam bukannya Hudud PAS.
Ini merupakan sumbangan UMNO terhadap Islam sebagai agama rasmi negara. MCA tidak boleh menolak hudud Islam dengan membabi buta kerana ianya merupakan undang-undang dari Allah dan merupakan yang terbaik. Tidak mungkin ada undang-undang buatan manusia yang lebih baik daripada undang-undang Allah s.w.t.
Hakikatnya penolakan Hudud oleh DAP dan MCA di Kelantan berkemungkinan kerana bimbang Pas dan Umno bergabung. Ini akan menyebabkan kedudukan Islam dan Melayu lebih kukuh di negara ini. Sekiranya ini benar-benar berlaku maka ianya akan menjadi mimpi ngeri DAP dan MCA sekali lagi. Dengan itu impian DAP dan MCA untuk memastikan kuasa pemerintahan beralih kepada bangsa Cina akan gagal.
Perpaduan antara UMNO dan PAS akan menjadikan Melayu sebagai majoriti yang kuat. Hakikatnya UMNO dan PAS merupakan parti Melayu Islam. Desas desus kecaman dari MCA dan Gerakan kepada Umno sekiranya mereka menyokong pelaksanaan hudud telah mula kedengaran. Kononnya MCA akan keluar BN jika UMNO sokong hudud. Ini merupakan suara yang sama dari DAP yang tidak mahu sokongan Umno kepada Pas mengenai hudud. Mereka sedar isu ini memang akan menyatukan parti Melayu.
Walaupun UMNO dan PAS tidak bersatu dalam satu parti politik namun gabungan dari segi ideologi agama dan isu Melayu seperti penggunaan Bahasa Melayu, agama Islam termasuk hudud dan kepentingan Raja-Raja Melayu bakal menakutkan parti Cina yang sememangnya rasis. Mereka cuba membuang identiti bahawa Islam agama rasmi negara, ketuanan Melayu dan Bahasa Melayu bahasa rasmi negara.
Tambahan pula pemahaman DAP dan MCA terhadap perundangan Hudud Islam amat lemah sehingga menyebabkan mereka menolak hudud tanpa berfikir panjang pun. Selain dari itu juga orang Melayu Islam yang gagal memahami sepenuhnya hudud Islam juga antara punca utama kegagalan mereka menerangkan kepada bangsa Cina kesempurnaan Hudud Allah. Sebenarnya kita tahu bahawa hudud PAS sendiri tidak menepati hudud Allah yang maha sempurna.
Perlaksanaan Hudud Allah ini merupakan cabaran untuk umat Islam di negara kita untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Mungkin dalam pencarian ini maka perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu dapat dipulihkan. Dengan itu keamanan negara yang selama ini kita pertahankan dapat dipulihkan. Disamping itu kita dapat “membunuh” musuh Islam dan musuh Melayu pada masa yang sama.


JOM KITA BERGABUNG DEMI ISLAM..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2014 05:01 PM | Show all posts
351 12 0 486


Tidak mustahil PAS keluar dari Pakatan Rakyat
FMT Staff
|        April 30, 2014


PAS pernah keluar dari Barisan Alternatif pada tahun 2001


PETALING JAYA: Tidak mustahil PAS keluar dari Pakatan Rakyat kalau PKR dan DAP terus menentang pelaksanaan hukum hudud.
Menurut Pensyarah di Jabatan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Kamarul Zaman Yusoff, berdasarkan kepada sejarah, Pas pernah keluar daripada  pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA) pada tahun 2001.
Katanya semasa pimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor  (gambar) sebagai presiden, parti, PAS telah menyatakan persetujuannya bahawa PAS tetap mengekalkan dasar perjuangan bagi menegakkan negara Islam dan prinsip itu akan dipertahankan walaupun terpaksa kehilangan DAP dalam pakatan BA.
“Akibat ketegasan PAS mempertahankan prinsipnya pada waktu itu, maka Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pun memutuskan penarikan diri DAP daripada BA mulai 22 Sept 2001,” katanya.
Beliau berkata Pas perlu mengikuti ketetapan Majlis Syura Ulama yang mengenakan syarat penyertaan parti itu dalam pakatan pembangkang.
Katanya lagi, Majlis Syura Ulama PAS mempunyai kuasa menentukan kedudukan parti itu sama ada untuk terus bersama pakatan pembangkang atau sebaliknya, jika cadangan pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan terus ditentang sekutunya, PKR dan DAP.
“Ini kerana penyertaan PAS dalam pakatan pembangkang mempunyai enam syarat termasuk tiada halangan daripada mana-mana pihak untuk PAS meneruskan agenda menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.
Katanya, syarat-syarat itu termaktub dalam Kertas Kerja Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh, dan diterima pakai oleh Majlis Syura Ulama Pas pada 10 Okt 2010.
“Antara syarat lain ialah memastikan kedudukan orang Islam tidak tergugat dan PAS boleh terus melaksanakan syariat Islam.
“Selain itu, Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siasi berdasarkan kepada maslahah dan mafsadah (kepentingan dan keburukan politik) dari semasa ke semasa untuk mengkaji semula dan seterusnya menarik balik penyertaan Pas dalam pakatan pembangkang,” katanya.

RETRO- JOM MASUK UMNO..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2014 05:03 PM | Show all posts




Mencetak





E-mel








Facebook


12









Pakatan Rakyat Perlu Buat Ketetapan Tidak Laksana Hudud - Guan Eng
[size=0.688em]Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 3:06 PM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Pakatan pembangkang perlu jelaskan pendirian bahawa mereka tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
[size=0.98em]Katanya pakatan itu perlu ada dasar yang jelas, konsisten dan boleh meyakinkan rakyat.
[size=0.98em]"Kita hanya boleh berjaya sekiranya pendirian dan kedudukan kita jelas bahawa Pakatan yang memerintah di Putrajaya (nanti) tidak akan melaksanakan undang-undang hudud.
[size=0.98em]"Itu mesti jelas. Kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi (berhaluan) sederhana, bukan (aspirasi) pengundi ekstrem," katanya pada perasmian Persidangan Kebangsaan Parti DAP 2014 dekat sini, Ahad.



[size=0.98em]Katanya, parti-parti dalam pakatan itu juga perlu ada ketetapan siapa calon perdana menteri mereka.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2014 05:06 PM | Show all posts
Bab 1 : Pengertian Jinayat
Bab 2 : Bentuk Hukuman Yang Dikenakan Ke Atas Penjenayah
Bab 3: Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir
Bab 4 :Pembunuhan
Bab 5 : Zina
Bab 6 : Liwat
Bab 7 : Qazaf
Bab 8 : Minum Arak (Khamar)
Bab 9 : Mencuri (Sariqah)
Bab 6: Liwat
Liwat ialah melakukan persetubuhan di dubur, sama ada dubur lelaki atau dubur perempuan walaupun dubur isterinya sendiri.
Melakukan persetubuhan didubur hukumnya adalah haram dan sama seperti bersetubuh difaraj perempuan yang bukan isterinya, dan juga sama hukumannya dengan berzina. Mereka yang melakukan liwat, wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu direjam sehingga mati, jika orang yang berliwat itu muhsin. Dan dikenakan hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun, jika berliwat dengan bukan muhsin.
(Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 111-112)
MUSAHAQAH (LESBIAN)
Melakukan sesuatu perbuatan untuk memuaskan nafsu seks diantara perempuan dengan perempuan dengan mengeselkan faraj dengan faraj mereka berdua hingga mendatangkan berahi dan merasa kelazatan dengan sebab pergeselan faraj diantara kedua-dua orang perempuan itu.
Musahaqah adalah suatu perbuatan yang haram dan wajib dikenakan hukuman takzir, dimana kesalahan musahaqah itu boleh disabitkan dengan bukti-bukti yang dikehendaki untuk mensabitkan kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman takzir. Dan kesalahan liwat hendaklah disabitkan kesalahan itu dengan bukti –bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak untuk membuktikan zina.
MENDATANGI BINATANG
Seseorang yang mendatangi binatang tidak boleh diistilahkan sebagai orang yang berzina. Perbuatan mereka itu boleh diistilahkan suatu perbuatan yang haram dan keji yang wajib dijatuhkan hukuman takzir.
BERSETUBUH DENGAN ORANG YANG TELAH MATI
Lelaki yang mensetubuhi perempuan yang telah mati yang bukan isterinya tidak boleh diistilahkan melakukan perzinaan, tetapi lelaki itu wajib dikenakan hukuman takzir. Begitu juga perempuan yang memasukkan zakar lelaki yang telah mati yang bukan suaminya ke dalam farajnya tidak boleh juga dikira sebagai berzina, tetapi perempuan itu wajib juga dikenakan hukuman takzir.
Oleh itu bagi perkara tersebut diatas lelaki dan perempuan itu tadi wajib dikenakan hukuman takzir sahaja dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud.
BUKTI-BUKTI UNTUK MENSABITKAN KESALAHAN ZINA
Untuk mensabitkan seseorang itu bersalah dalam kes zina yang wajib dikenakan hukuman hudud mestilah dibuktikan dengan salah satu perkara-perkara berikut:-
i) Perzinaan itu mestilah disaksikan oleh empat orang saksi lelaki. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:

”Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) diantara perempuan-perempuan kamu maka carilah empat orang lelaki diantara kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan mereka”.
( Surah An-Nisaa' - Ayat 15)

ii) Ikrar (pengakuan) daripada orang yang melakukan zina. Ikrar ini hendaklah dibuat dihadapan imam atau wakilnya seperti hakim atau kadhi.

iii) Qarinah, iaitu perkara-perkara yang menunjukkan berlaku perzinaan, misalnya hamil bagi perempuan-perempuan yang tidak bersuami, atau tidak diketahui perempuan itu ada suami.

KELAYAKAN SAKSI –SAKSI DALAM KES ZINA

Saksi-saksi yang layak untuk menjadi saksi dalam kes kesalahan berzina yang boleh diterima penyaksiannya ialah mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:-
1. 4 orang lelaki
2. Baligh, telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.
3. Berakal
4. Orang yang adil, iaitu tidak melakukan dosa besar dan dosa –dosa kecil.
5. Orang Islam
6. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri masuk kemaluan lelaki itu kedalam kemaluan perempuan itu seperti keris masuk kedalam sarungnya.
7. Keterangan saksi-saksi itu mestilah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki masuk zakar lelaki itu ke dalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku – bukan secara kiasan.
8. Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa).


( Rujukan Kitab - Kitab Mathla’al Badraian –
Syeikh Muhammad Daud Al-Fathani )


Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 09:36 AM | Show all posts
Nila hakikatnya kalo melayu xbersatu, selagi parti kita bergabung dgn parti bukan islam, memang susah+payah yang amat untuk kite laksanakan hudud. Lihat negeri pakatan contohnya, betapa kuat mereka tentang hukum hudud, adakah senario seperti ini yang kita bangsa melayu nak tgk. Moh la kite beramai-ramai bersatu kembali demi kedaulatan melayu,agama, dan bangsa kita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2014 12:10 PM | Show all posts


okay la tu...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2014 05:58 PM | Show all posts
KENA TAHU SEJARAH ISLAM TENTANG PERLAKSANAAN HUDUD..DAN SIAPA YANG LAYAK JADI HAKIM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2014 09:50 PM | Show all posts
uniq61 posted on 19-12-2014 05:58 PM
KENA TAHU SEJARAH ISLAM TENTANG PERLAKSANAAN HUDUD..DAN SIAPA YANG LAYAK JADI HAKIM.


yang pastinya bukan PAS .

dalil berdiri kerana PAS sendiri tidak mampu merekanya

adil bila diberi taggungjawab .  buktinya depa tidak mampu kes moral bila berlaku

dikalangan pemimpinnya sendiri .  jelasnya depa taksub pada pemimpin

hingga tidak mampu mengangkat hukum2 syariah bila diperlukan .

juga tidak kemampuan parti PAS mengangkat sunnah2 juga mennunjukkan

kelemahan depa didalam memahami kepentingan terhadap agama .

saya memandang PAS hanya parti serpihan yg bukan melambangkan Islam sebenar .

PAS hanya mengguna agama untuk disesuaikan mengikut kepentingan depa .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2014 12:40 PM | Show all posts
KITA TUNGGU JAWAPAN PAS..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 07:04 PM | Show all posts
uniq61 posted on 21-12-2014 12:40 PM
KITA TUNGGU JAWAPAN PAS..



adekk tunggu jawapan depa kaa ..      




beruban laa .  depa sendiri tak tahu

yg mana satu PAS yg mana satu agama .

yg depa tahu agama itu adalah pemimpin depa .










Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 02:19 AM | Show all posts
dess402 posted on 24-12-2014 07:04 PM
adekk tunggu jawapan depa kaa ..      

mamat nazar bogel bercakap hal agama ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 08:48 AM | Show all posts
koliba posted on 25-12-2014 02:19 AM
mamat nazar bogel bercakap hal agama ?


kan .  setakat berpuloh tahun ini ,  tidak ada satu hujah pun

yg bersandar kepada agama bagi menjawab segala kemunafikan PAS ..

cakap yg berpusing2 ..  tidak berpegang kepada janji ..   semudah2nya

membuat fitnah hinggakan keperingkat tertinggi .  dan tidak kesanggupan

menegakkan hukum2 Allah ..  menjadikan Islam hanya dipandang serong oleh

penganut lain .   cuma kalau keberjayaan menunjukkan sunnah ..

hanyalah berkahwin 4 dikalangan pemimpin depa .

mmg seharusnya nama Islam diharamkan digunakan depa kerana jika tidak ..

selagi itulah Islam terus dipandang lekeh .  Islam sepatutnya disayangi ..

dijagai seluruh ummahnya agar tidak terus dipergunakan oleh puak2 yg

yg sesempit ini .  semoga ada sinar utk Islam kembali menjelma sebagai

agama yg boleh diterima sebaiknya seperti sepatutnya .

Islam patut diletakkan sebagai satu junjungan .  bukan hanya digunakan

untuk memperbodohkan rakyat .




Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 03:13 PM | Show all posts
dess402 posted on 25-12-2014 08:48 AM
kan .  setakat berpuloh tahun ini ,  tidak ada satu hujah pun

yg bersandar kepada agama bagi  ...

Johan bercakap bohong adalah anwar ibrahim dan pkr

bohong tentang 16 september

bohong tentang isu langkah kajang

bohong kena racun arsenik

bohong kena suntikan hiv

bohong adalah salah satu sifat orang munafiq

pas konsisten memperjuangkan Islam menerusi dasar tertinggi dalam perlembagaan parti iaitu berdasarkan Al quran,hadis,ijma ulama dan qiyyas

pas sanggup hilang rakan kerana memperjuangkan Islam ,kedai judi ditutup sejurus mendapat kuasa di kelantan dan terengganu, hukum hudud yg terkandung dlm Quran dan hadis diperjuangkan sejak dahulu sampai skrg

anwar sanggup buang rakan baik yg tak bersalah dari jawatan Menteri Besar kerana gila kuasa tetapi Allah tidak izin kepadanya atau isterinya untuk menjadi MB ....tiada keberkatan , dasar parti tidak menyebut tentang Islam, nak memperjuangkan islam jauh sekali
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 10:03 PM | Show all posts
koliba posted on 25-12-2014 03:13 PM
Johan bercakap bohong adalah anwar ibrahim dan pkr

bohong tentang 16 september



salam..     

bertambah satu lagi teori banggang disini

yg seolah2 ketidak mampuan parti PAS memahami Islam sebenarnya disebabkan

Anwar menipu didalam soal isu 16 sept atau mungkin nuar menipu pasal

isu arsenik ataupun disebabkan juga nuar menipu didalam isu langkah kajang .

seolah2 anwar lah punca selama ini PAS terpaksa sentiasa cakap berdolak dalih

dan anwar jugalah sebabnya PAS terpaksa bermunafikan didalam caranya .

dan anwar juga sebabnya terpaksa membuat fitnah meskipun sesama rakan .

seolah2 anwar lah punca segalanya .   



tidak perlu saya menerruskan cara  .meletakkan segala kesalahan ke pehak lain ..

cuma saya rasa cara terbaik ..  PAS di alu2kan sangat keluar dari gabungan PAKATAN

dan berdiri dgn cara depa sendiri .  Keluar la ..  kerana setakat kini pun jalan keluar

mmg lama telah di tunjukk ..   dan kita pun sedar PAS tidak lagi di perlukan

setelah banyak progrem2 yg di lancarkan kebelakangan ini tanpa sebarang merujuk kepada

keujudan PAS .  cuma ..  PAS dilihat tidak mampu juga untuk sedar diri .



sekian ..  terima kaseh .

wsslam .     







Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 10:10 PM | Show all posts
dess402 posted on 26-12-2014 10:03 PM
salam..     

bertambah satu lagi teori banggang disini

Balachi pkr yg bangsat seekor ni tak dapat menafikan pemimpin idolanya suka berbohong

pemimpin kantoi berbohong

balachi kantoi buat nazar bogel


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2014 01:14 PM | Show all posts



ada posting hilangg .




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 05:10 PM | Show all posts
BAGUIH LA..RAMAI DAH SEDAR...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan soal parti sekarang ni. Tanggungjawab pemimpin negara sendiri kan...nak seribu daya..

Kepimpinan parti Islam pun nampak sangat lemah. Ahli2 yang tidak sesuai diletakkan dalam parti. Maka buruklah parti itu dilihat umum.  

Jadi tak nampak di sini perjuangan sebenar mereka, sbbkan keperibadian yang tidak tulus suci dan berwibawa. Sedangkan sebagai wakil, haruslah diketahui akan sifat yang wajib ada untuk menjadi contoh terbaik dan penyelamat umat.  
Salah siapa? Diri sendiri. Ujian. Bala. Negara terkontang kanting. Hukum Tuhan dibelakangkan. Xrelevan pulak, kata  pertubuhan yang satu lagi. Akai xdak. Berani melawan pencipta. Bala datang bertubi2. Tabahlah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 03:19 PM | Show all posts
uniq61 replied at 16-12-2014 04:58 PM
MCA Keluar BN Jika Kelantan Laksana Hudud?Betulkah MCA mengugut akan keluar Barisan Nasional sek ...

Sekarang nie pun....MCA macam tak ada dlm BN....tinggal beberapa kerat aje ahli parlimennya.....jadi tak payahlah nak ugut-mengugut....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.402758 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list