CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13708|Reply: 151

Edisi Mission Impossible:Novel RAM bakal diterbitkan dilayar perak!

[Copy link]
Post time 17-12-2014 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Karangkraf terbit filem Tombiruo

SHAH ALAM – Jika sebelum ini banyak novel popular terbitan Kumpulan Media Karangkraf dijadikan filem atau drama oleh penerbit luar, kali ini mereka mengorak langkah menjadi penerbit bersama menerbitkan sebuah novel popular Tombiruo: Penunggu Rimba ke layar perak.

Novel tersebut ditulis oleh novelis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid, dijangka menemui penonton pada pertengahan tahun hadapan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Karangkraf, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, percubaan ini adalah sebagai langkah mula untuk menambah satu lagi cabang dalam bidang seni iaitu penerbitan filem.

“Walaupun Karangkraf tidak terlibat secara menyeluruh, namun kerjasama ini dianggap sebagai permulaan untuk kami mengembangkan lagi empayar Karangkraf. Umum mengetahui, Karangkraf terkenal dengan penerbitan majalah, buku, novel dan akhbar sehinggalah beberapa novel seperti Ombak Rindu, Adam & Hawa, Setia Hujung Nyawa dan yang terbaharu Suamiku En Sotong dan Manisnya Cinta di Cappadocia diadaptasi ke layar perak dan drama televisyen.

“Jadi, kali ini kami cuba memainkan peranan berbeza. Kami berharap jalinan kerjasama ini akan menjadi satu pelaburan lumayan selain hasil filem ini dapat dimanfaatkan masyarakat,” katanya dalam sidang media pra pelancaran filem itu Auditorium Muhammad V, di sini, semalam.

Katanya, pemilihan karya Ramlee Awang Murshid berdasarkan populariti dan keunikan yang ada pada novel berkenaan. “Kami mencari kelainan dalam penerbitan filem. Kita dapati, karya Ramlee lain daripada kisah cinta selain novelnya antara paling laris. Kita yakin, apabila novelnya mendapat tempat di hati pembaca, mudah-mudahan filem juga begitu,” katanya.

Sementara itu, Ramlee ketika ditemui berkata, pemilihan novel Tombiruo: Penunggu Rimba merupakan kejayaan terawalnya.

“Ia begitu dekat dengan jiwa saya. Tombiruo bermaksud hantu dalam bahasa Kadazan Dusun. Sejak dahulu lagi saya mahu karya ini difilemkan dan tidak sangka Karangkraf dan Ideate Media menjadikan ia satu realiti.

“Saya memang suka buat novel triller, lain daripada kebiasaan. Ia berkisarkan seorang lelaki yang membesar di hutan setelah dibuang keluarga pada waktu kecilnya kerana dianggap membawa sial. Jadi, saya harap filem ini akan dapat diterima terutama pengikut novel saya,” katanya.

Filem ini mendapat kerjasama antara syarikat penerbitan milik Ramlee, Layar Sunan dan Kumpulan Media Karangkraf,  diarahkan sutradara, Nasir Jani.

Selaku pengarah, Nasir tidak menjanjikan kehebatan dalam filemnya, namun mengakui bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar dalam mengadaptasi karya tersebut.

“InsyaALLAH, filem ini akan menjadi visual terbaik dalam penceritaan yang ada dalam novel itu sendiri. Sebagai pengarah, saya akan cuba yang terbaik,” ujarnya.

Penyanyi Datuk M Nasir, Ito Blues Gang, Mohd Supyan Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyan Habib dan Ketua Pegawai Operasi Indeate Media, Zainir Aminullah turut hadir pada sidang media tersebut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
kat bod wayang ade sebut pasal bajet n pengarah
tp iols tak letak harapan tinggi
risau ok..
kalo produksi luar cth yg buat cite the lord of the ring ke yg buat iols setujuk
tp malaysia ngn bajet 3 juta
iols sgt risau
sedangkan merong mahawangsa yg mcm gah tu pun mengecewakan jua.

karya RAM sgt bagus syg kalo ia rosak bila diadaptasikan.
harap xde ubah skrip atau jln cerita buat 2 kali mcm Ketika cinta bertasbih pun takpe.. yg tu mmg bebetul ikut jln cerita siap buat 2 pilem sbb xnk potong sans sini cam ombak rindu tu.
yg penting novelis turut serta dlm pembikinan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 10:58 AM | Show all posts
Baharu lah berbaloi untuk diadaptasi....
Banyak review kata best novel ni...mak teh blm baca pun...
But please ambik pelakon2 yg berkaliber bkn pelakon2 akasia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 11:04 AM | Show all posts
please jgn rosakkan novel2 feberet aku ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 11:21 AM | Show all posts
novel nye memang best.....filem nye belum tentu
pengarah filem ni Nasir Jani, orang lama ni
kite tunggu hasilnye
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 11:24 AM | Show all posts
akhirnya ada gak buat filem adaptasi dari novel RAM... huhu... excited tp dlm masa sama risau takut kecewa tgk citernya jadi lain... mintak2 la pengarah buat citer ni betul2... kalau tak, sayangnya karya terbaik ni jadi buruk... kena baca balik trilogi tombiruo ni.. dah lama tinggal citer ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2014 11:26 AM | Show all posts
iolss ni dahla peminat tegar RAM dari zaman memula RAM ni menulis lagi. siri tombiruo nih semua dah baca...

tapi sangatla risau kalau novel ni nak dibuat movie. baca novel siap ada rasa debor debor dari awal citer sampai habis citer.
mmg mission impossible sangat nih.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 11:27 AM | Show all posts
tak pernah baca buku ni lagi...
sbb lewat minat RAM hehe

apa2pun..try and error la..atleast kita leh tahu novel RAM patut difilemkan atau tak..
tugas besar semua krew sbb harapan pembaca tinggi..
siap sedia la kena kutuk..

dan jgn samakan novel RAM dgn mana2 novel2 lain yg telah difilemkan/dramakan.
beza langit dan bumi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 11:28 AM | Show all posts
tp...
buku akan always better dr movie
tbukti kat us sana tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 11:28 AM | Show all posts
novel Tombiruo ada 2 kot tak silap..lama dah novel ni..
kene cari n baca balik..cam tak yakin je kalu difilemkan.
akak mmg peminat RAM
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 12:56 PM | Show all posts
harap percubaan ni menjadi.... carilah pelakon yang betul2 layak, bukan modal muka dan populariti jer..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mak posted on 17-12-2014 11:28 AM
novel Tombiruo ada 2 kot tak silap..lama dah novel ni..
kene cari n baca balik..cam tak yakin je ka ...

3 siri...beli dan baca yg first jer...mmg suspen...yg second hero dia dh mati kut sbb kemalangan ke ape. Tinggal heroin je tp watak hero diambil alih oleh adik hero
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap pergunakan populariti Tok Ti utk sound track filem ni...sekurang2nya org ke panggung nk dgr suara Tok Ti
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 01:30 PM | Show all posts
RAM..sama la..lewat mengenali penulis ni...
first time nampak kat rumah mertua tapi belek mcm bosan...tapi last2 ambik baca jugak sebab kebosanan melanda kat kg..
dan...memang cara penulisan dan penyampaian dia menarik...
dan dari ADAM aku kenal RAM
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
joey_mcintrye posted on 17-12-2014 01:10 PM
Harap pergunakan populariti Tok Ti utk sound track filem ni...sekurang2nya org ke panggung nk dgr su ...

kann.. buat lagu ala2 saspen sedih merintih2 gituu.. mcm lagu2 alanis moriste (btul ke aku eja ni).. tok ti pn belum ad lagu pilem yg meletop.. lagu hati utk filem hati malaya sendu.. bagaikan sakti utk PGL bestt tp agak sendu popular sikit je.. lagu utk filem paloh, flop. menanti pasti utk filem kayangan, flop. untuk selamanya utk filem laila isabella pn x pemes.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 01:40 PM | Show all posts
wah tak sabar nak tengok
minat  RAM  ni dengan novel pasal Haryani and Sunan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 01:42 PM | Show all posts
Peminat2 novel tombiruo ni mesti letak harapan tinggi utk novel adaptasi ni. Tapi, bila fikir2 balik, kalau filem2 adaptasi utk novel2 cinta pun xberapa nak menjadi (contoh : ombak rindu, lagenda budak setan), bagaimana agaknya filem ni nak adaptasi novel thriller/misteri macam tombiruo ni.

I sebelum ni berharap yg kalau tombiruo ni difilemkan, pengarah yg sesuai mungkin Khabir Bhatia atau U-Wei. Tapi xpe kita tgkla mcm mana hasilnya nanti.

Utk pelakon, ikut imaginasi i maybe Ejim/Amiruddin(Remy Ishak), Wan Suraya(Amyra Rosli atau Tiz Zaqyah)
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 01:43 PM | Show all posts
Orix posted on 17-12-2014 01:35 PM
kann.. buat lagu ala2 saspen sedih merintih2 gituu.. mcm lagu2 alanis moriste (btul ke aku eja ni) ...

Uninvited? Best jua lagu tu...

Lagu2 dlm soundtrack city of angel tu memang best...
Ada lagu iris goo goo dolls dan angel Sarah McLachlan.

Ct, misha, dayang, norazimah rahmat antara yg mak teh rasa sesuai...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 01:46 PM | Show all posts
iols ada buku ni

tombiruo
semangat hutan
tombiruo terakhir

sayang oo kalau karya RAM rosak time adaptasi
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Peminat novel ram
tapi memang tak pernah berharap ade buat movie ke drama sebab mesti kecewa debgan hasilnye nanti...
ntahla bukan taraf industri filem malaysia lagi nak buat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.092338 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list