CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3899|Reply: 16

biar betul Mufti ni?!

[Copy link]
Post time 17-12-2014 09:32 PM | Show all posts |Read mode
Betul ke Mufti Dikuburkan di Perkuburan Kristian ??


Kisah ini terjadi di India...

Pada suatu hari, seorang mufti meninggal dunia dan beliau pun disemadikan di tanah perkuburan Islam. Pada hari yang sama, seorang remaja perempuan Kristian telah meninggal dunia dan disimpan di tanah perkuburan Kristian. Disebabkan oleh suatu kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan, pihak polis terpaksa menggali semula kubur remaja perempuan Kristian tersebut. Alangkah terkejutnya mereka tatkala mendapati mayat perempuan tersebut tidak ada di situ bahkan di kubur itu tersemadinya jenazah seorang mufti! Mereka semua bingung dan hairan bagaimana jenazah boleh bertukar dengan lain. ..

Hasil perbincangan bersama-sama penduduk Muslim, pihak polis kemudiannya menggali semula kubur mufti tersebut yang asalnya berada di tanah perkuburan Islam. Sekali lagi mengejutkan. Di kubur tersebut, mereka telah menjumpai jenazah remaja perempuan Kristian tadi. Orang ramai semakin bingung. Berita itu tersebar luas sehingga memaksa mereka bertanya kepada waris si mati mengenai apa yang telah remaja perempuan dan mufti itu amalkan ketika di dunia. Mesti ada sesuatu yang Allah hendak jadikan pengajaran terhadap peristiwa bertukarnya kubur itu...

Ibu bapa kepada jenazah perempuan Kristian itu memberitahu, ”Ketika anak kami hidup, dia ada berhasrat untuk memeluk agama Islam tetapi kami menghalangnya. Kami sendiri tidak tahu status agamanya ketika dia meninggal dunia. Adakah masih dalam Kristian atau memeluk Islam secara senyap-senyap...”

Isteri kepada mufti itu pula menceritakan, ”Sepanjang hidup, suami saya memang seorang yang banyak membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai masalah agama. Ramai orang bertanyakan kepadanya pelbagai perkara dan dia dapat menyelesaikannya dengan baik. Setiap malam dia akan bangun bersolat tahajjud.” Mereka yang mendengar masih tidak menemui kecacatan kepada sifat mufti itu. Dia seorang yang mulia dan berjasa kepada masyarakat. Tapi, mengapa Allah menukarkan kuburnya ke tanah perkuburan Kristian. Sehinggalah, si isteri meneruskan ceritanya. ”… Cuma, kadang-kadang saya terdengar suami saya merungut sesuatu. Sewaktu dia bangun untuk solat malam, dia berkata, ’Susahnya jadi orang Islam. Kena solat, kena buat itu … kena buat ini … . Jadi orang agama lain kan senang? Tak perlu nak susah-susah buat semua tu’.”

Kadang-kadang, kita tak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Sebab itulah, kita perlu menjauhi semua perkara dan jangan banyak soal mengapa Allah menyuruh kita berbuat sesuatu dan melarang kita berbuat yg lain...

Kadang-kadang, dengan niat yang salah pun Allah murka! Kita juga tidak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan ’senyuman’ Allah. Sebab itulah, kita mesti berusaha untuk melakukan segala kebaikan dan jangan banyak soal mengapa Allah perintahkan kita berbuat itu dan berbuat ini. Dengan niat yang baik pun, Allah suka!

Berhati-hatilah tatkala anda memberi pendapat mengenai sesuatu pelaksanaan hukum-hukum Allah. Tidak takutkah anda dimurkai Allah? Siapa kita untuk mempertikaikan perintah Allah?- Wallahua'lam...

Sumber : http://norainimemories.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 09:35 PM | Show all posts
cerita betul ke rekaan semata mata? tiada kena mengena dgn yg hidup atau mati
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 10:46 PM | Show all posts
Ni betul2 kejadian ke hanya sekadar rekaan
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 10:51 PM | Show all posts
cerita rekaan, psl takde report polis
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 12:20 AM | Show all posts
percaya la sangat dengan cerita kat whatsapp
xde saksi xde lokasi xde kenyataan serta bukti camne nak pcaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn sebarkn cerita yg x betul
Nnti salah tanggapan jadi lain pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2014 06:03 AM | Show all posts
kurang setuju dengan cerita fitnah berantai macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 07:23 AM | Show all posts
xbaik tau buat cerita tipu gini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 08:53 AM | Show all posts
cm cerita rekaan jer ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 09:18 AM | Show all posts
ramai ummah dah mula sedar tentang kesahihan cerita2 balasan macam ni terutamanya cerita mcm slot tanah kubur kat astro tu....Alhamdulillah......tuhan pon dah ingatkan kita dalam surah al-hujurat ayat 6...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 11:38 AM | Show all posts
baca boleh percaya jangan
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 12:00 PM | Show all posts
Rekaan je lebih....isi tu ok la, nak ingatkan kita jangan tergelincir akidah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 12:07 PM | Show all posts
ambil sebagai iktibar...jangan leka dan lalai...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 12:26 PM | Show all posts
hanya sebuah cerita rekaan... kalau betul... harus disebut nama, tempat, tarikh... ada berani?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 04:40 PM | Show all posts
sekadar mengingatkan bole la kot..tp kalo nk caye cte ni,,,mmg x laaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 05:36 PM | Show all posts
Kena cari fakta/berita yang sahih ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 12:20 AM | Show all posts
cerita dari mastika ke....????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.077460 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list