CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7789|Reply: 53

MEMO STAFF

[Copy link]
Post time 18-12-2014 08:47 AM | Show all posts |Read mode
MEMO KEPADA SEMUA STAFF

'Staff' Sekalian,

Perhatian kepada semua 'staff'. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua 'staff'. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-
A. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di 'level' yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
B. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari Sabtu dan Ahad.
C. WAKTU 'LUNCH':
1) 'Staff' yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
D. CUTI SAKIT:
Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.
E. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai 'staff' yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan 'stuck', pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.
Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di 'notis board' di bawah korum 'staff sembelit'.
F. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi 'staff' di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
G. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% 'staff' di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 09:27 AM | Show all posts
aptb
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 09:55 AM | Show all posts
dah penah baca
tp still hillarious!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 09:59 AM | Show all posts
Majikan yang cukup perihatin....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 10:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 10:06 AM | Show all posts
Hahahahahhaha... Takot woo dapat majikan bgini. Syukur kampeni aku baik hati. Ekekeke~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2014 10:14 AM | Show all posts
gigih buat sistem tandas camtu
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 11:02 AM | Show all posts
ngeri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 11:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 12:05 PM | Show all posts
Kalau aku tak sanggup nak keja situ
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 03:15 PM | Show all posts
malang sungguh staff tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 03:42 PM | Show all posts
hahaha...scary..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 04:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 05:08 PM | Show all posts
ahhahaha.. lol lol
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 05:32 PM | Show all posts
A. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di 'level' yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

>> Abis yang mana ada kenaikan gaji kalau dah semua tiada??
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 08:31 PM | Show all posts
lawak juga walau pun dah pernah baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 09:19 PM | Show all posts
Masaalahnya...syarikat tersebut ada ke pekerjanya.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 09:37 PM | Show all posts
hahahahaha memang larik laju2 laa kalau kompeni aku macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 09:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 02:26 AM | Show all posts
hehehehehheheheheh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.707565 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list