CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4528|Reply: 17

[Tempatan] NASA temui petunjuk kehidupan di Marikh

 Close [Copy link]
Post time 18-12-2014 11:46 AM | Show all posts |Read mode

IMEJ yang disiarkan oleh NASA ini menunjukkan lubang yang digali oleh Curiosity untuk mengambil sampel batu di satu kawasan di planet Marikh. - NASA

[B]WASHINGTON – Sebuah robot penjelajah Marikh, Curiosity berjaya menemui gas metana yang biasanya dihasilkan oleh kehidupan biologi, sekali gus menjadi bukti pertama kewujudan kehidupan luar dari Bumi.[/B]

Kewujudan gas metana yang dikesan oleh robot penjelajah milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) itu mungkin terhasil daripada bakteria berbanding kebanyakkan gas metana di bumi yang wujud dari pelbagai sisa dihasilkan oleh orga*nisme hidup.

Curiosity sebelum ini menemui kewujudan air dalam tanah halus di Marikh yang merupakan sumber penting kepada kehidupan.

“Apa yang menariknya disini ialah kewujudan gas metana itu berlaku secara berterusan,” kata Dr. Paul Mahaffy dari NASA.

Ujarnya, para saintis belum boleh membuat sebarang kesimpulan berhubung penemuan tersebut tetapi mereka yakin satu bukti yang kukuh akan dijumpai nanti.

“Kami masih terbuka dengan semua kemungkinan. Penemuan ini mungkin menunjukkan adanya kehidupan atau bukti gas metana yang terperangkap yang dihasilkan oleh kehidupan terdahulu.

“Lebih menarik lagi, penemuan ini menunjukkan gas mentana ini berasal daripada sumber di planet itu,” jelasnya.

Menurutnya, NASA perlu menjalankan kajian yang lebih terperinci untuk menguji tahap isotop bagi membuktikan bahawa gas metana itu terhasil daripada sumber biologi yang wujud di planet tersebut.

Curiosity yang dilancarkan pada November 2011 berjaya mendarat di Marikh pada Ogos 2012 dalam misi mencari bukti kehidupan di planet merah berkenaan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz3MBH4FoJN
Hakcipta terpelihara


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 11:58 AM | Show all posts
Petronas kena sediakan peruntukan untuk RnD di Marikh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
harap sehemsem loki atau thor makhluk marikh tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 12:20 PM | Show all posts
penduduk marikh hidup dalam perut buminya..mana nak nampak di luar...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan aku pun speku tamadun yg ada kat marikh hanyalah tamadun bakteria
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2014 02:00 PM | Show all posts
stania83 posted on 18-12-2014 01:58 PM
Kan aku pun speku tamadun yg ada kat marikh hanyalah tamadun bakteria

kalau ada bakteria..mestilah nanti dia akan berevolusi jadi serangga dan lain-lain..mungkin juga spesis dekat marikh ni duk dalam tanah jer macam yakjuj dan makjuj..mereka akan datang serang bumi menggunakan kapal angkasa dari bumi sendiri..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2014 02:16 PM | Show all posts
akak tunggu masa akan ketemu fossil jah di marikh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2014 02:19 PM | Show all posts
Changa posted on 18-12-2014 02:16 PM
akak tunggu masa akan ketemu fossil jah di marikh

akak dah apply x untuk pergi marikh??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 02:22 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 18-12-2014 02:19 PM
akak dah apply x untuk pergi marikh??

boring jah akak tengok marikh macam padang pasir, so no.

kalau di takdirkan pada suatu hari kelak ada jumpa ruins tamadun lampau di marikh, akak tidak hairan sangat.
tak silap akak sekarang di duniawi ini udah ada satellite yg boleh sensor ala2 peninggalan arkeologi bawah tanah sebab banyak penggalian arkeologi sekarang memang guna satellite untuk detect katanya.

so hantar jah seketul satellite yg boleh detect peninggaka arkeologi yg mungkin sudah tertimbus ke planet marikh, who knows sejarah alam semesta akan di review balik. Last edited by Changa on 18-12-2014 02:23 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 02:23 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 18-12-2014 02:00 PM
kalau ada bakteria..mestilah nanti dia akan berevolusi jadi serangga dan lain-lain..mungkin juga s ...

kalau bakteria kat marikh boleh cipta kapal angkasa, kau ingat bakteria kat bumi bodoh ke? aku rasa bakteria kat bumi masa tu dah cipta makhluk robot gundam macam sekngucing punya. tu tak termasuk trasnformer. iron man. dan bermacham macham lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2014 02:27 PM | Show all posts
Changa posted on 18-12-2014 02:22 PM
boring jah akak tengok marikh macam padang pasir, so no.

kalau di takdirkan pada suatu hari kel ...

betul juga tu..xpun lancar jer satelit canggih sikit..jangan mengelilingi planet..keliling galaksi bima sakti terus..banyak sikit info boleh di scan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 02:29 PM | Show all posts
ada sekor lepas kt bumi suka tukar2 nick @lavasuperb
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 02:36 PM | Show all posts
ada..john carter
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 03:51 PM | Show all posts
hidupan kat markih tak dpt berevolusi. bila terhumban ko bumi baru dia rakus membiak dan berevolusi kerana sumber di bumi sangat kaya
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 18-12-2014 02:00 PM
kalau ada bakteria..mestilah nanti dia akan berevolusi jadi serangga dan lain-lain..mungkin juga s ...

Bila bakteria tu nak berovolusi jadi dinasour?  
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 03:54 PM | Show all posts
mari bercucuk tanam di marikh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2016 04:43 PM | Show all posts
hihihih.. pasni pakat ramai2 duk kat marikh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 04:46 PM | Show all posts
stania83 replied at 18-12-2014 01:58 PM
Kan aku pun speku tamadun yg ada kat marikh hanyalah tamadun bakteria



kehidupan mcm cite ni la kot.... mana la nak jumpa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.072546 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list